Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212)

Salam sejahtera buat semua.

Info pilihan raya kecil (PRK) Sibu:

Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April 2010.

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 9 April 2010 yang mengandungi 54,695 orang pemilih, terdiri daripada 52,158 pemilih biasa dan 2,537 pemilih pos.

  • 54,695 pemilih berdaftar
  • 52,158 pengundi biasa
  • 2,537 undi pos (1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis)

Pecahan Mengikut Kaum

  • Cina 67%
  • Melayu/Melanau 10.5%
  • Bumiputera Sarawak 22%

Lagi info mengenai PRK Sibu (P212).

PRU 12 Sibu Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 12 bagi Parlimen Sibu (malaysiakini.com)

Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihanraya Kecil Sibu

5:00 Petang: DAP – 810 BN – 1029 Bebas – 15

5:10 Petang: DAP – 1029 BN – 2959 Bebas – 18

6:00 Petang: DAP – 1819 BN – 3804 Bebas – 37

6:30 Petang: DAP – 7026 BN – 6243 Bebas – 52

7:00 Petang: DAP – 10,733 BN – 9229 Bebas – 97 [Jumlah keluar mengundi ialah 32,742 (59.86%)-SPR]

7:30 Petang: DAP – 15,655 BN – 12,838 Bebas – 132 [Calon pertama yang mendapat 16,372 undian berpeluang untuk menang]

8:00 Petang: DAP – 16,538 BN – 13,490 Bebas – 136 [DAP berkemungkinan memenangi kerusi Parlimen Sibu, menanti keputusan rasmi]

9:00 Malam: DAP – 18,570 BN – 15,980 Bebas – 201 [Keputusan rasmi masih lagi belum diumumkan atas sebab-sebab tertentu]

No. Nama Parti Jumlah Undi Semasa
1 Richard Wong Ho Leng Democratic Action Party 18,570
2 Robert Lau Hui Yew Barisan Nasional 15,980
3 Narawi Haron Bebas 201

Sumber: Perisik Rakyat dan Malaysiakini

*****

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (p212)

Pengumuman rasmi mengisytiharkan DAP menang kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398. Statistik penuh akan dimasukkan kemudian.

DAP – 18,845 || BN – 18,447 || Bebas – 232
Majoriti – 398

Keputusan PRK Sibu

Sumber: Malaysiakini.com

36 thoughts on “Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212)

  1. ada kebaikan jugak dap menang, ada kebaikan juga BN kalah…
    hopefully mereka semua ikhlas membantu rakyat…
    Semoga Allah memberi keamanan, kesejahteraan kepada kito semuo…
    Dan tergolong orang yang beriman…
    renung2kan, selamat beramal….

  2. Salam sejahtera,saya anak jati bumi kenyalang,1 malaysia memang kami telah amal dari nenek moyang kami dulu,di sarawak berbilang agama,kaun etnik,kami berpuluh bangsa,jika dibandikan di semanjung ,keputusan pilihanraya cbu mmg perlu dap menang,swk perlu,ada perubahan,sy lihat BN,DI swk perbangunan,sekadar lepas batuk ditangga,jika dibandingdi semenajung,perbangunan pesat,yg kaya,terus kaya,jgn tggu ada piliraya baru tabur janji,sy simpati dgn rakyat bumi kenyalang.

  3. Walau apapun parti yang menang, kerajaan yang sedia ada harus terus komited dalam menjalankan tanggungjawabnya seperti yang ditetapkan dalam NKRA. Kebajikan, infrastruktur, kebudayaan,sosialisasi dan pembangunan ekonomi perlu diberi perhatian yang serius terhadap mereka di luar bandar dan pedalaman. Dah 50 tahun merdeka namun masih banyak kawasan luar bandar yang tidak dapat menikmati pembangunan seperti di bandar… Jadi jenguk-jenguk lah jalanraya yang belum bertar, kawasan yang perlu bekalan elektrik dan kemudahan komunikasi dan internet. Ramai anak muda mudi di pedalaman dan luar bandar mempunyai kelulusan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat dari internet terutamanya dari segi peluang pekerjaan, peluang melanjutkan pelajaran dan berita terkini…. So..pls ..

  4. saya tak akan sokong 100% apa kurangnya orang melayu,kalau nak pembangkang memimpin biarkan bandar lama,buat bandar baru utk org bumi dan org cina yg menyokong kerajaan,beri kpd bumiputra,ini negara malaysia,negara islam,apa maok tunduk,kalau sokong kerajaan sampai ank cucu kita senang hidup aman damai,nak ubah tgoklah nanti,menang sorak kpg tergadai..jgn222 lu fikir lah sendiri.(asal perjuagan org kita,senang senang nak cakap itu ini,kerajaan jgn bagi muka dgn mereka)

  5. Pingback: ACER ASPIRE ONE is Yours for FREE!! | Denaihati

  6. kekalahan di sibu tu pertama tpt byk banjir,byk pengundi tak mengundi,sepatutnya apabila banjir minta bantuan askar,polis dan bomba utk sediakan bot utk hantar mereka mengundi..kalau tak saya jamin BN boleh mng..nak maju mcm mana lagi,luar bandar takkan nak buat bangunan tinggi,mestilah serba kurang,kamu tengok sekarang,kerajaan janji,beri peruntukan mcm2,masih nak bangkang,kalau aku kerajaan biarkan kwasan tu,biar dia bangkang,kita majukan kwasan lain..begitu juga dgn sekolah,dpt tak kita buat semua sekolah kebangsaan,tak perlu nak bagi sekolah cina,sekolah tamil ..dpt tak..memang tak dpt..kita kalau bahagian lain mereka nak satu malaysia..betul tak..nak kibar bendera hari merdeka kamu tengoklah rumah siapa yg kibar,belum lagi satu malaysia,tengok indon hari merdeka semua rumah kibar bendera..lu fikirlah sendiri..

  7. saya ada cadangan tentang satu malaysia,kpg oklah dah asal,bandar kita nakkan dibahagi kuota bumi dan cina sama rata,kedai kedai,gerai gerai,pekerja-pekerja,apa yg saya lihat di sarawak buka supermarket,hypermarket 95 % diorang,kedai makan ada satu dua saja,kadang kadang diorang tokey, di depan org melayu jaga,tulis halal,kalau saya kerajaan tidak ada halal mknan utk diorang,kerana org kita tak ada di beri kedai,perasan tak,kenapa kita tak bangkang,kedua kenaikan gaji,kalau nak naik,naikkan semua jabatan jgn pilih jabatan tertentu di bawah menteri berpengaruh dan menteri tertinggi,jadi perasaan pekerja yg diabai 100% membangkang,betul tak.Mcm raja kita,TYT kita kalau boleh jgn diberi muka dgn org yang berani menghina atau mempertikai mereka..kita ada rukun negara..jgn dia orag nak itu nak ini,kita ikut juga,peduli diaorang,kalau nak satu malaysia ikut mcm indon,bahasa sama,tak ada diasing2kan kecuali,makanan halal dan haram..jgn buat satu malaysia ikut kehendak mereka,masih membangkang,lebih baik berkers dari berlembut,tengok ank2 sekarang kalau belembut,dia naik atas kepala,mcm tu lah rasa2nya..betul tak.

  8. saya anak jati sarawak dah bosan dengan kerajaan BN.dah 50 tahun mentadbir negara tetapi masih lagi kelihatan mundur seperti di sarawak.kemudahan asas,jalan2 kampung,elektrik ke kawasan tertentu,pendidikan dan sebagai nya masih lagi kekurangan.apakah ini seriring dengan 50 tahun?sampai parti pembangkang bersuara di dewan parlimen dan dewan undangan negeri baru mereka tahu apa sebenar.hidup PR……teruskan usaha anda untuk bersuara.apa yang saya lihat hanya untuk org2 tertentu sahaja yng menerima manfaat daripada mereka.biarlah mereka mereka tahu pada hari mengundi……kalau tak bersuara dia fikir kita bodoh tetapi pada musim pilihan raya di sanalah kita tahu sama tahu.tiap2 kali ke pusat perkhidmatan cakap tak ada YB di sini,masih bz sana sini dan bermacam macam jawapan…thanks

  9. membangkang lebih senang dari berbuat,u boleh kata ini,kata itu,tapi bila u di tempat itu,apa jadi,jgn terpengaruh dengan kata2,lihat pulau pinang habis tanah melayu,mcm2 isu..jgn lah kita lupa,belum berkuasa dah minta sama dgn bumiputra,belum lagi berkuasa,lu fikirlah sendiri,kita saja yg tak guna peluang yg ada diberi kerajaan dgn kita..betul tak,jgn peduli siapa dia selagi parti Kerajaan,kita tetap tidak ditindas..melayu jgn mudah lupa..peduli dgn kekayaan mereka..cukup umur kita mati juga..yg penting ank cucu kita akan datang terus menikmati kerajaan yg ada ..jgnlah kita dgr satu hari semua di manopoli mereka,sesal dahulu pendatan,sesal kemudian tiada guna,.betul tak..merdeka.

  10. kita dah lama dgn kerajaan,kita hidup aman,tidak bergaduh atau berbunuh sama lain,yg isu demontrasi,melawan polis,membaling,membuat rusuhan siapa mereka? belum tubuh kerajaan dah tak berpuas hati dgn kedudukan,nak jadi PM juga kononnya,wahai kwn2 cubalah fikir..kita bersyukur negara kita aman dan damai,ank cucu tak kebuluran,..kita tak marah bangsa apa mereka,tapi yg penting parti kerajaan yg sedia ada,dah teratur,dgn wakil rakyat mereka masing2,dgn pimpinan kerajaan UMNO dan PBB,apa lagi nak kita nak,parti ketam,parti ikan,renung2kan dan selamat beramal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge