Salam sejahtera buat semua.
Info pilihan raya kecil (PRK) Sibu:
Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April 2010.
Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 9 April 2010 yang mengandungi 54,695 orang pemilih, terdiri daripada 52,158 pemilih biasa dan 2,537 pemilih pos.
- 54,695 pemilih berdaftar
- 52,158 pengundi biasa
- 2,537 undi pos (1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis)
Pecahan Mengikut Kaum
- Cina 67%
- Melayu/Melanau 10.5%
- Bumiputera Sarawak 22%
Lagi info mengenai PRK Sibu (P212).
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 12 bagi Parlimen Sibu (malaysiakini.com)
Pengiraan Undi Semasa dan Terkini Pilihanraya Kecil Sibu
5:00 Petang: DAP – 810 BN – 1029 Bebas – 15
5:10 Petang: DAP – 1029 BN – 2959 Bebas – 18
6:00 Petang: DAP – 1819 BN – 3804 Bebas – 37
6:30 Petang: DAP – 7026 BN – 6243 Bebas – 52
7:00 Petang: DAP – 10,733 BN – 9229 Bebas – 97 [Jumlah keluar mengundi ialah 32,742 (59.86%)-SPR]
7:30 Petang: DAP – 15,655 BN – 12,838 Bebas – 132 [Calon pertama yang mendapat 16,372 undian berpeluang untuk menang]
8:00 Petang: DAP – 16,538 BN – 13,490 Bebas – 136 [DAP berkemungkinan memenangi kerusi Parlimen Sibu, menanti keputusan rasmi]
9:00 Malam: DAP – 18,570 BN – 15,980 Bebas – 201 [Keputusan rasmi masih lagi belum diumumkan atas sebab-sebab tertentu]
| No. | Nama | Parti | Jumlah Undi Semasa |
|---|---|---|---|
| 1 | Richard Wong Ho Leng | Democratic Action Party | 18,570 |
| 2 | Robert Lau Hui Yew | Barisan Nasional | 15,980 |
| 3 | Narawi Haron | Bebas | 201 |
Sumber: Perisik Rakyat dan Malaysiakini
*****
Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (p212)
Pengumuman rasmi mengisytiharkan DAP menang kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398. Statistik penuh akan dimasukkan kemudian.
DAP – 18,845 || BN – 18,447 || Bebas – 232
Majoriti – 398
Sumber: Malaysiakini.com
Leave a Reply