Keputusan Piala Thomas 2010: Malaysia vs Denmark

Salam sejahtera buat semua.

Piala Thomas 2010

Hari ini, perlawanan suku akhir Piala Thomas 2010 diantara Malaysia dengan Denmark pastinya dinanti-natikan. Tambahan lagi dengan prestasi skuad negara semasa perlawanan Malaysia dengan Jepun di peringkat kumpulan.

Kalau semalam tengok keputusan perlawanan di antara Malaysia – Jepun, agak kecewa sikit la. Mula-mula tu, ingatkan Malaysia lawan Jepun tu dah di peringkat suku akhir (saya yang salah faham). Tu pun tak sedar yang semalam ada perlawanan. Hari ini, kasi sedar sikit. Jadi, apa ramalan awal perlawanan kali ini?

Keputusan Penuh Peringkat Suku Akhir

Berikut adalah keputusan semasa Piala Thomas 2010 di antara Malaysia – Denmark mengikut susunan pemain dan perlawanan.

Malaysia [3] – Denmark [2]

Perseorangan 1
Lee Chong Wei vs Peter Hoeg Gade
Keputusan: 21-17, 21-17

Beregu 1
Koo Kean Keat/Tan Boon Heong vs Carsten Mogensen/Mathias Boe
Keputusan: 21-17, 21-19

Perseorangan 2
Wong Choong Han vs Jan Ø Jørgensen
Keputusan: 20-22, 21-16, 18-21

Beregu 1
Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen
Keputusan: 26-24, 12-21, 19-21

Perseorangan 3
Mohd Hafiz Hashim vs Joachim Persson
Keputusan: 21-12, 21-10

Nak dimainnya juga kelima-lima perlawanan Malaysia ni. Mendebarkan sunggu la mereka ni [kemaskini sebelum perlawanan terakhir]

Dengan kemenangan Hafiz Hashim, maka bermulalah langkah dan cabaran Malaysia untuk ke pusingan separuh akhir. Lawan Malaysia di separuh akhir? Siapa lagi kalau bukan China, lawan yang mahu dihindari sejak dari awal lagi. Harapnya, Malaysia akan memberikan cabaran yang hebat dalam perlawanan dengan China nanti. MALAYSIA BOLEH! Tahniah kepada pemain kerana mara ke pusingan seterusnya.

beliamuda: [1] Harapnya Internet tidak meragam untuk sentiasa memberikan keputusan semasa perlawanan peringkat suku akhir Piala Thomas 201o diantara Malaysia – Denmark. [2] Permainan Hafiz yang lebih baik daripada semalam menamatkan debaran untuk malam ini…

Comments

24 responses to “Keputusan Piala Thomas 2010: Malaysia vs Denmark”

  1. penaberkala Avatar

    klu tenet meragam, mai tengok kat bilik ak,haha
    .-= penaberkala´s last blog ..KEJUARAAN =-.

  2. MrRollies Avatar

    Go MALAYSIA !!
    .-= MrRollies´s last blog ..Latest Single By Katy Perry “California Gurl” =-.

  3. boy Avatar

    biarlah kali ni malaysia menang piala thomas…………tapi sy x faham bahawa tiada guna walaupun malaysia menang perlawanan di antara denmak……….macam mane ye???????????????

  4. Wan Avatar

    Malaysia lwn Jepun tu aku memang kecewa banyak.. huhu
    .-= Wan´s last blog ..Oh! Treasure Isle-ku =-.

  5. Tims Avatar
    Tims

    harap2 harini prestasi hafiz tak mengecewakan 🙁

    1. bro liu Avatar
      bro liu

      @Tims, yes sgat dissapointed masa tgk hafiz lwn sato.. sampai x sggup nk tgk die lwan smalam..pg2 ni bgun tdo tgk die mnang gak.. ok la tu.. MALAYSIA BOLEH..

      1. Sakolar Avatar
        Sakolar

        @bro liu, agaknya Malaysia kalah tu sbb kau yg tngok. Btul x? Hahaha…gurau je..

  6. shuhada Avatar
    shuhada

    cepat2 ek update result terkini ^_^

    1. tuah perkasa Avatar
      tuah perkasa

      emmm ari ni msia mesti meng!!!!!!!!
      msia boleh!!!!!!!!!

  7. Wan Perlis Avatar

    hafiz mantap
    Malaysia Boleh !
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis part 2 =-.

  8. chybee Avatar

    mm bile ek malaysia lwn china tu? sok ke?

    1. bro liu Avatar
      bro liu

      @chybee, ar ni la kan? btul ke?

    2. bro liu Avatar
      bro liu

      @chybee, salah2.. ptg sok…

  9. zuls Avatar

    ah.. sememangnya mendebarkan pertandingan tadi.. tapi Hafiz memang control game lah tadi.. best tengok.
    .-= zuls´s last blog ..Blog Anda di label? =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge