Kenapa Mereka Senyap Apabila Saya Menjawab Soalan Ini?

Salam sejahtera buat semua.

kenapa-artwork

Suatu masa dahulu, saya sering ditanya pelbagai soalan. Terutama oleh rakan-rakan yang baru saya kenali. Pastinya soalan itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh orang yang baru berkenalan dalam mengenal lebih rapat rakan tersebut.

Dalam banyak-banyak soalan ni, ada satu soalan yang sering ditanya kepada saya namun mengundang bisu apabila saya menjawabnya. Apakah soalan tersebut dan mengapakah mereka diam apabila saya memberikan jawapan?

Nak tahu soalan tersebut? Baca di bawah:

“Ayah ko kerja apa?”

Lantas, saya memberikan jawapan berikut sebagai respon kepada persoalan yang ditanya itu:

“Ayah aku kerja kat bengkel membaiki kereta”

Sebaik sahaja jawapan diberikan, mereka terus senyap dan kelihatan menyesal mengajukan pertanyaan itu. Saya tak tahu di mana silapnya pertanyaan itu dan apa kurangnya jawapan yang diberikan oleh saya. Saya juga tidak pernah bertanya balik. Dah orang pun senyap, takkan nak terjah dia balik kan?

beliamuda: Pernahkah rakan-rakan semua menghadapi situasi yang seperti di atas?

Comments

47 responses to “Kenapa Mereka Senyap Apabila Saya Menjawab Soalan Ini?”

  1. DaHLia Avatar

    arwah ayah sis pun bekerja di bengkel kereta 🙂
    .-= DaHLia´s last blog ..Akhirnya debaran itu menjadi suatu yang menggembirakan. Alhamdulillah. =-.

  2. acab Avatar

    aku alami perkara yg sama. bila aku jawab,bapak aku kerja pekebun sekolah semua senyap (bunyik cengkerik kruk kruk kruk)

  3. -Asy- Avatar

    Diorang ni bongok tak sedar diri
    kalau takde bapak diorang yang keje kuat bagi diorang makan diorang ingat boleh belajar tinggi ke langit
    !!!

  4. Wan Perlis Avatar

    ayah saya keja petani

  5. Eddie Avatar

    biasanya bila respon dia macam tu, tu menunjukkan sifat diri dia sendiri. so kita boleh tahu bagaimana character dia. maybe dia memandang kerja kat bengkel kereta tu bukan satu profession yg boleh dibanggakan atau lebih teruk jika dia anggap tu sebagai satu kerjaya yang low class. Jadi dengan meletakkan dirinya ditempat orang tu, dia merasakan rendah diri dan dengan sendirinya dia terasa seperti ‘ish! aku tak sepatutnya tanya soalan ni tadi!’.

    but anyway, pada aku seorang ayah yang hanya tamat darjah 6 tapi berjaya menyekolahkan anaknya sehingga akhirnya bekerjaya yang bagus-bagus itu jauh lebih hebat dari menteri besar yang ada anak yang hanya tahu menghabiskan hartanya je.

    just my 2 cent.

    for the record… bapak aku peneroka felda dan juga cowboy sambilan. And I’m proud of that~! 🙂
    .-= Eddie´s last blog ..Warcraft III Frozen Throne DOTA – FATAL ERROR! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Eddie, setuju dengan kenyataan bro. Apabila anak tidak dididik dengan baik, walau sebagus mana ayahnya, seorang anak mungkin tidak akan mampu untuk berjaya.

  6. eyriqazz Avatar

    saya pernah mengalaminya..
    .-= eyriqazz´s last blog ..Lisa Surihani Oh Lisa Surihani =-.

  7. denaihati Avatar

    Serupa juga bila masuk suatu tempat dengan pakaian kemas berkasut layanan berbeza dgn pakaian selamba je… manusia melihat luaran kita..
    .-= denaihati´s last blog ..Hidup Untuk Memberi : Tabung Sumbangan Muslim Cambodia =-.

  8. Pisyek Avatar

    tu zaman dolu-dolu je kan? ke skg nih ade gak cmnih?
    .-= Pisyek´s last blog ..Tips menjadi pelajar cemerlang =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, skg dah takde yg tanya. harap2 dah takde.

  9. […] jawapan kepada soalan yang mengundang bisu, saya ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi komen dan pandangan. Saya akan balas balik […]

  10. luqman hakim Avatar

    salam

    pada aku..kawan ko tu nak jaga hati kawan.. aku yakin dia xde niat nak downkan..

    ayat mudah.. diorg bimbang ko terasa..

    p/s,,yg paling best kawan aku sorng ni.. dalm borang pinjaman buku teks.. dia isi

    pekerjaan ayah : kerja kilang..

    terus dapt buku teks..padahal..bapak dia Pengurus kilang..
    mentality masyarakat@ stigma umum..so, bnda tu.. jgn sampai membebankan perasaan
    .-= luqman hakim´s last blog ..Ingin mendaki gunung pada umur 60 tahun~~ =-.

    1. beliamuda Avatar

      @luqman hakim, huhu.. aku isi anak cikgu pun dah dapat. tapi, kat sekolah aku, isi je apa-apa pun, semua dapat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge