Salam sejahtera buat semua.
Suatu masa dahulu, saya sering ditanya pelbagai soalan. Terutama oleh rakan-rakan yang baru saya kenali. Pastinya soalan itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh orang yang baru berkenalan dalam mengenal lebih rapat rakan tersebut.
Dalam banyak-banyak soalan ni, ada satu soalan yang sering ditanya kepada saya namun mengundang bisu apabila saya menjawabnya. Apakah soalan tersebut dan mengapakah mereka diam apabila saya memberikan jawapan?