Kenapa Mereka Senyap Apabila Saya Menjawab Soalan Ini?

Salam sejahtera buat semua.

kenapa-artwork

Suatu masa dahulu, saya sering ditanya pelbagai soalan. Terutama oleh rakan-rakan yang baru saya kenali. Pastinya soalan itu adalah soalan yang biasa ditanya oleh orang yang baru berkenalan dalam mengenal lebih rapat rakan tersebut.

Dalam banyak-banyak soalan ni, ada satu soalan yang sering ditanya kepada saya namun mengundang bisu apabila saya menjawabnya. Apakah soalan tersebut dan mengapakah mereka diam apabila saya memberikan jawapan?

Nak tahu soalan tersebut? Baca di bawah:

“Ayah ko kerja apa?”

Lantas, saya memberikan jawapan berikut sebagai respon kepada persoalan yang ditanya itu:

“Ayah aku kerja kat bengkel membaiki kereta”

Sebaik sahaja jawapan diberikan, mereka terus senyap dan kelihatan menyesal mengajukan pertanyaan itu. Saya tak tahu di mana silapnya pertanyaan itu dan apa kurangnya jawapan yang diberikan oleh saya. Saya juga tidak pernah bertanya balik. Dah orang pun senyap, takkan nak terjah dia balik kan?

beliamuda: Pernahkah rakan-rakan semua menghadapi situasi yang seperti di atas?

Comments

47 responses to “Kenapa Mereka Senyap Apabila Saya Menjawab Soalan Ini?”

  1. Nasrullah Avatar

    haha…
    xde pe nk dimalukan dgn pekerjaan bapa kita..
    patut bangga ade la…..
    ayah aku kerja kat pertanian…
    penah ikut dia gi ladang,jd petani sawah,jadi pesawit..
    bangga ade pengalaman cam tu yg hanye ayah kita bleh bg…

    take advantage of that.to have a better life (^_^)

    1. beliamuda Avatar

      @Nasrullah, beyeh nash. 🙂

  2. Bro Framestone Avatar

    pernah gak bila bertanya

    “sudikah awak bermadu demi saya” he..23x
    .-= Bro Framestone´s last blog ..Hujung Minggu Bro di Ipoh =-.

  3. zaiMi Avatar

    em ada macam2 kerja kat dunia. selagi kerja tu halal tak perlu nak malu pun. lain la kalau buat kerja jahat. memang patut malu.
    .-= zaiMi´s last blog ..Pondan : Ciptaan Tuhan Atau Ciptaan Manusia? =-.

  4. Sir Marcello Avatar

    family aku org gomen~ tue jer aku jawab kalo lect etc tanya…bukan malu…tp nt banyak soalan akan diutarakan..pujian melambung2…tak faham aku~
    .-= Sir Marcello´s last blog ..Jangan Sampai Hilang Kebebasan Kita =-.

  5. Nurlulu Avatar
    Nurlulu

    Emm soalan tu biasa je ditanya sebab awak belajar di UTP, mungkin. Kebanyakan student situ kan ayah diaorg PET.

  6. along rufaidah Avatar

    selalu akan cuba mengelak bila org tanya soalan2 ni:
    asal mana? ermm…dekat2 je…
    ayah kerja apa? ermm…ada je kt utp ni.
    oh..keje ape? staff? admin? registry? technician? ermmmmmmm..lecturer
    o0oooooooo0 (yg bertanya terdiam)
    .-= along rufaidah´s last blog ..Tautkanlah ikatannya =-.

    1. beliamuda Avatar

      @along rufaidah, ada la tu timbul benda2 pelik dalam kepala masing2…

  7. hazwan Avatar

    ada satu benda yang aku tak faham..
    bila aku bgtau ayah aku ni pemandu lori balak, semua org cakap mesti orang kaya..
    sampai skarang aku x fhm..
    .-= hazwan´s last blog ..5 Keinginan Manusia =-.

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, err, aku pun bingung ni. apa kaitan dua tu ya?

  8. Amir Avatar

    aku kalau orang tanya soalan ni pun aku akan rasa serba salah. bukan malu dan bukan segan. tapi aku tak berapa selesa.

    -arwah ayah aku meninggal masa aku 5 tahun.
    -arwah ayah tiri aku meninggal masa aku abis SPM.

    tp aku ada ayah tiri no 2.
    .-= Amir´s last blog ..Senarai Top 15 Blog Yang Menggunakan Domain OH =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Amir, kalau nak jawab panjang2 pun tak best jugak.

  9. MrRollies Avatar

    mungkin dia sangka kamu orang yang berada..
    .-= MrRollies´s last blog ..Blog Minggu Ini : Syahirul.Com =-.

    1. beliamuda Avatar

      @MrRollies, mungkin juga ada betulnya. Tapi, penampilan saya biasa sahaja…

  10. din Avatar

    bg aku sbb dorg senyap adlh takot soaln tu mnguris hati..kadang2 orang akn rse mlu bile ayh kita keje bese2 tu yg dorg senyap..
    .-= din´s last blog ..Kalau Dah Boring =-.

    1. beliamuda Avatar

      @din, tiada apa yang nak dimalukan selagi apa yang dilakukannya adalah halal.

      1. din Avatar

        @beliamuda, betol tu cme aku ada perasan mmbe aku bile dorg tny ayh aku keje ape mmg akn bkak topik lain..bkn dorg kerek ke ape cme takut mngguris hati kita.
        tp aku bngga ngn ayah aku..sklh smpai drjh 6 jugak tp blh je sara hdup aku sekeluarga..=p
        .-= din´s last blog ..Kalau Dah Boring =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge