Festival Belia Terbesar di Malaysia – YOUTH’10

Salam sejahtera buat semua.

YOUTH'10

Adakah anda seorang belia? Belia adalah mereka yang berumur 15-35 tahun (takrifan berbeza mengikut negara). Jika ya, jom ke YOUTH’10.

YOUTH’10 adalah festival belia terbesar di Malaysia yang dianjurkan secara tahunan. Acara ini akan dilangsungkan di menara PWTC Kuala Lumpur sepanjang tiga hari iaitu daripada 28 hingga 30 Mei 2010.

Banyak acara yang bakal berlangsung sepanjang tiga hari acara dijalankan seperti acara sukan, muzik dan juga membeli-belah. Anda boleh juga menyertai pelbagai persidangan yang disertai oleh individu seperti Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan (karier), Paul Moss (kreativiti) dan Fara Fauzana (personaliti media).

sidang karier YOUTH'10

Harga tiket adalah RM5 bagi kesemua acara (tidak termasuk persidangan) dan RM20 jika termasuk Persidangan YOUTH’10. Tetapi anda boleh mendapatkan tiket ke semua acara secara percuma dengan menempahnya di laman web YOUTH’10. Jumpa anda di sana!

beliamuda: beliamuda {dot} com menyokong YOUTH’10. Maklumat penuh mengenai acara ini boleh dilihat di YOUTH’10 Festival.

Comments

5 responses to “Festival Belia Terbesar di Malaysia – YOUTH’10”

  1. mrahfa Avatar

    aiseh, sayangnya tak dapat nak hadir. Tunggu yang 2011 atau 2012 la pulak nampaknya 🙂

  2. kuyam Avatar

    nifi g ke?
    .-= kuyam´s last blog ..Can y’all help her? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @kuyam, dop kot. ada plan lain ngan sep2 ni.

  3. ieyra Avatar

    pegi ker??

    1. beliamuda Avatar

      @ieyra, tak kot. ada aktiviti lain dengan kawan2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge