Berblog Semula Dengan Penuh Bergaya

Salam sejahtera buat semua.

blog bergaya

Sepanjang menempuh kesibukan melampau sepanjang sem ini, akhirnya tiba juga kepada penghujungnya. Study week akan bermula minggu depan sebelum bermulannya tiga minggu final exam.

Tidaklah melampau jika saya katakan sem kali ini adalah yang paling sibuk sepanjang saya berada di UTP. Kewujudan Engineering Team Project (ETP) memerlukan kepada kerja yang konsisten sepanjang sem (walaupun tidaklah sebegitu kerana ada komitmen lain).

Hampir setiap minggu juga saya dan rakan-rakan memakai baju kemeja formal ke kelas disebabkan subjek Professional Communication Skill (PCS) yang meliputi 8 minggu presentation (satu minggu untuk technical group presentation, tiga minggu untuk technical individual presentation, satu minggu untuk business meeting dan tiga minggu terakhir untuk persuasive presentation, paling sukar antara semua).

pcs-persuasive-presentation

Mungkin sebab itu jugalah saya lebih senang dengan entri-entri personal yang terarah kepada taip dan lepas, tidak seperti entri informatif yang memerlukan maklumat tambahan dan sumber luar yang selalunya banyak menelan masa.

Kalau sebelum ni sempat untuk menilai sama ada entri itu ada nilai SEO yang tinggi atau tidak, sekarang ni saya rasa lebih senang untuk melepaskan entri personal. Tidak kisahlah sama ada ia akan menerima komen yang banyak atau tidak (trafik mesti mahu), asalkan saya tahu ianya dibaca oleh beberapa orang tertentu terutamanya rakan-rakan terdekat saya.

Kali ini juga saya tidak berkesempatan untuk menjejak blog rakan blogger yang lain dan jika berkesempatan, sekadar membaca tanpa meninggalkan jejak. Masa saya paling suka menjelajah ialah awal pagi sebab internet pun laju, tapi masanya singkat sangat. Waktu malam pula lebih suka dihindari sebab ianya banyak mengundang pilu di hati (internet siput babi).

Sebagai penutup, akhirnya perasaan untuk berblogging dengan lebih bergaya sudah mula menyala kembali. Rasa sedikit lapang untuk berfikir dengan lebih tenang walaupun rasa macam daya fikir dah makin tumpul. Nak buat ayat pun rasa payah. Bak kata Irda, “inspirasi kena ada”.

beliamuda: Sebaik sahaja kertas terakhir final exam, saya ada lebih kurang empat hari sebelum memulakan Latihan Industri (baca: Internship) di Celestica, Kulim Hi-Tech, Kedah selama lapan bulan atau 32 minggu. Lama kan?

Comments

26 responses to “Berblog Semula Dengan Penuh Bergaya”

  1. kuyam Avatar

    internet siput babi…

    tiba2 teringat td terpijak siput babi kt depan blok
    rasa bersalah + geli menyelubungi jiwa
    isk~

    1. beliamuda Avatar

      @kuyam, ish2. tgk apa la kuyam time jalan ni…

  2. zik Avatar

    wah… kembali aktif lah nie yerk bro… 🙂
    .-= zik´s last blog ..Mampukah Malaysia menjadi Johan Piala Thomas dan Uber 2010?? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @zik, insyaALLAH. boleh lebih aktif sedikit. harapnya tiada aral melintang.

  3. hanis Avatar

    Oh, dak UTP rupenya…
    .-= hanis´s last blog ..Makhluk Kecil Itu.. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @hanis, yup, saya…

  4. fiD Avatar

    nama pun student kan, memang busy… Tapi orang kata, time student inilah time best ada blog… enta betul ke tak? hehe

    1. beliamuda Avatar

      @fiD, hehe.. betul tu.. takde la busy sangat kalau nak banding orang yang kerja…

  5. mie Avatar

    teruskan berblog!!!1
    hehehee
    .-= mie´s last blog ..:: kenapa perlu pakai pampers :: =-.

  6. velasrizal Avatar
    velasrizal

    welcome back bro..mari memeriahkan dunia blogging ini..

    Mati Akibat Belut Bersarang Dalam Dubur !

  7. arefiefmufanzzz Avatar

    assalamualaikum belia muda..
    juz nk tye..
    klu pergi UTP as private student, boleh mintak pinjaman ape eyk? tak au nak tye sape ni.. huk8.. PTPTN boleh tak tuk tahun pertama tu?

    sory la komen kt cny.. huk8

    1. beliamuda Avatar

      @arefiefmufanzzz, kalau tgk keadaan di UTP ni, ada je yang membuat pinjaman PTPTN… lepas tu, ada tawaran daripada badan2 lain untuk biasiswa (bergantung kepada result tahun pertama biasanya)

      1. arefiefmufanzzz Avatar
        arefiefmufanzzz

        @beliamuda, sy akn masuk UTP dlm masa terdekat ni.. tp skrg ni, saya boleh tak buat pinjaman PTPTN semasa program asasi?

        1. beliamuda Avatar

          @arefiefmufanzzz, tak tahu la boleh buat terus masa asasi (even PET pun tak menaja student untuk asasi, MARA je yang ada bagi, tapi terhad kepada peminjam dia sahaja).

      2. arefiefmufanzzz Avatar
        arefiefmufanzzz

        @beliamuda, sy akn masuk UTP dalam beberapa hari lagi.. so, skrg ni, boleh tak sy buat loan PTPTN semasa program asasi? pasal loan tu, saya perlu uruskan sndiri, atau pihak UTP yg akan tlg uruskan?

        1. beliamuda Avatar

          @arefiefmufanzzz, loan tu uruskan sendiri. cuma hebahannya sahaja kalau ada akan dimasukkan dalam saluran sebaran UTP.

          1. arefiefmufanzzz Avatar
            arefiefmufanzzz

            @beliamuda, klu budak asasi, dieorg bese tnggl v brape? n satu bilik, brape org? huk8.. mesin basuh ade tak? huk8

          2. beliamuda Avatar

            @arefiefmufanzzz, di village yang paling terasing. huhu. tapi tempat ni best je dengan cafenya. sebilik dua orang je. mesin besin ada je. dobi pun ada, tapi kat village yang terasing ni takde pun.

  8. Luth Textile Avatar

    hang dapat calestica? member aku fathi (mungkin hang kenai kot) dpt kt bayan lepas. nanti dah prac kat kulim bolehla kita jumpa eh.. dekat dah dgn rumah aku
    .-= Luth Textile´s last blog ..Hafiz – Nokhtah Cinta =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Luth Textile, Fathi? hmm, tak pernah dengar lak nama tu. kalau batch Jan 2007, mungkin kenal la gak kot.

      ok, itu bisa diatur.. 🙂

  9. Amir Avatar

    all da best hanifi 4 the upcoming exams. aku pun dah start busy skg. blog kena tinggalkan dulu buat sementara waktu. belajar tu lagi penting…
    .-= Amir´s last blog ..Kasih Ibu Sampai ke Syurga =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Amir, yeah, thanks!

  10. imran Avatar

    Gambar bro ke tengah buat presentation wordpress tu? Blogging is cool 😀

    1. beliamuda Avatar

      @imran, yup, untuk ajak diorang guna WP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge