Month: April 2010

  • Keputusan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor P94

    Salam sejahtera buat semua.

    Info pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor:

    Pilihan Raya Kecil P.94 Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Dato’ Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad pada 25 Mac 2010.

    Daftar Pemilih yang digunakan ialah daftar pemilih yang dikemaskini dan diwartakan semula pada 26 Mac 2010. Pecahan daftar pemilih seperti di bawah:

    Jumlah pemilih berdaftar: 64,500 orang

    Jumlah pemilih biasa: 63,701 orang

    Jumlah pemilih pos: 799 orang

    Sumber: Laman Web SPR

    Jumlah pusat mengundi: 48 pusat melibatkan 47 sekolah dan dewan masyakat

    Jumlah saluran mengundi: 136 saluran

    (more…)

  • Bukan Diri Aku Yang Sebenarnya

    Salam sejahtera buat semua.

    topeng manusia

    aku bukan bisu, cuma aku berdiam diri.

    aku bukan buta, cuma aku menutup mata.

    aku akan kembali hidup semula bila tiba masanya….tapi bukan bermakna aku mati sekarang ini.

    Tulisan ni dah lama ada di profil Facebook saya. Berada di sudut yang entah berapa ramai sebenarnya yang baca…

  • Pada Erti Senyuman Manismu

    Salam sejahtera buat semua.

    senyuman manis

    Senyuman manismu, tersirat satu erti yang engkau tidak tahu maknanya. Tafsiran yang berbilang ada pada insan yang memandangnya.

    Senyuman yang lahir daripada keihlasan di lubuk hati adalah manisnya senyuman yang paling bermakna.

    Pada senyuman manismu ada makna yang tidak terucap dalam bicara, yang tidak terungkap dalam madah indah.

    (more…)

  • Nota Malam: (Bab 3) Bukan Tanya Sama Pokok

    Salam sejahtera buat semua.

    pokok gersang

    Aku pelik juga kadang-kadang dengan sikap sesetengah orang ni. Untuk suatu hal yang sangat mudah, mereka cenderung untuk merumitkannya. Kenapa la nak menjadikan keadaan lebih rumit?

    Untuk lebih spesifik, cuba hayati keadaan ni. Katakanlah korang tanya sesuatu kepada seseorang. Soalan yang mudah je la sebenarnya. Tapi dijawabnya tiada apa-apa. Padahal mesti ada sesuatu disebaliknya.

    (more…)