Month: April 2010

  • Ayah, Saya Nak Beli Masa Ayah Boleh Tak?

    Salam sejahtera buat semua.

    beli masa

    Pada suatu hari, seorang ayah pulang daripada bekerja lewat malam. Seperti hari-hari sebelumnya, hari itu sangat meletihkan baginya. Tiba sahaja di rumah, dia mendapati anaknya yang berusia lapan tahun sudah menunggunya di depan pintu rumah. Sudah lama anak kecil itu menunggunya.

    “Kenapa belum tidur?” sapa sang ayah pada anaknya. Biasanya si anak sudah tidur ketika dia pulang dari kerja dan baru bangun ketika dia bersiap untuk berangkat ke pejabat di pagi hari.

    (more…)

  • Oh Bulan Purnama Malam Ini, Bukan Pada Gemilau Cahayanya

    Salam sejahtera buat semua.

    bulan purnama penuh

    Malam ini bulan purnama penuh.

    Sempat juga menjenguk sekejap walaupun TP minta ditatap lama. Ku akan cuba fahamimu segera!

    Selepas esok, nak tarik nafas lega sekejap, tapi PCS masih membayang di depan mata.

    Oh bulan purnama, gemilau cahayanya… (bersambung)

    (more…)

  • Nota Malam: (Bab 4) Tercipta Sebuah Kenangan Dalam Memori Indah

    Salam sejahtera buat semua.

    Blok Bahagia MRSM PC

    [Lagu tema: Amuk – Matahari]

    Kali kedua saya ditag dalam video di Facebook baru-baru ni. Sebelum ni dah pernah ditag sekali, tapi tak boleh tengok pun sebab line Internet di UTP tidak membenarkan pelajar membuka laman streaming. Lagipun kena tag pada video yang langsung tiada kaitan.

    Namun tag dalam video yang kedua ini nyata berbeza dan membawa kembali semula ingatan beberapa tahun lepas. Ingatan kepada sebuah memori yang pelbagai yang telah dirangkai bersama teman-teman seperjuangan di MRSM PC.

    (more…)

  • Dedikasi Buat ETP 35 Dalam Rakaman Gambar

    Salam sejahtera buat semua.

    ETP 35, UTP

    ~Ini adalah entri dedikasi buat ETP 35~

    Dengar sahaja Engineering Team Project (ETP), pasti pelajar-pelajar UTP (Third Year Engineering) akan berasa susah hati. Manakan tidak, subjek ini banyak menelan masa dan tenaga. Kena buat projek kejuruteraan yang menggabungkan semua disiplin kejuruteraan yang ada di UTP (matlamat asal ETP).

    Pengagihan kumpulan telah dibuat beberapa minggu sebelum bermulanya semester Januari 2010. Masing-masing pasti nak tahu siapa yang bakal sama-sama menanggung beban ETP ni.

    (more…)