Motorola Charity Night – Meraikan Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Salam sejahtera buat semua.

charity night 2010 ticket

Satu undangan tanpa perancangan semalam membawa saya berada di Chancellor Hall (CH), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Motorola Charity Night yang diadakan sempena dengan Child Provision (Child Pro) 2010.

Lewat petang tu dah keletihan bermain badminton dengan rakan-rakan daripada pukul 3 hingga 5, saya diajak oleh Farhan untuk ke CH. Sepatutnya kena bayar RM5 untuk tiket masuk ke sana (yang kemudiannya akan didermakan kepada Rumah Perlindungan Kanak-Kanak) tetapi telah disumbangkan oleh Rektor (yang diberi melalui beberapa orang pelajar lain).

Pergi dengan meredah hujan renyai-renyai ke CH, kami tiba sekitar 8.30. Dewan semakin dipenuhi. Malu jugak bila terserempak dengan salah seorang komiti (yang juga rakan sekelas semasa di MRSM PC) yang telah awal-awal mengajak datang ke sini, tetapi telah ditolak mentah-mentah.

charity night 2010 utp

Majlis dimulakan dengan tayangan montaj Child Pro 2010, diikuti dengan ucapan daripada Pengarah Projek. Selepas itu majlis diteruskan dengan persembahan daripada tiga orang pelajar Tronoh Theater Shop (TTS) dengan gaya yang cukup menggelikan hati yang seterusnya membawa kepada perasmian Motorola Charity Night oleh Rektor (dijemput naik oleh tiga pelajar ini yang gayanya macam badut).

Persembahan seterusnya adalah daripada Orang Kurang Upaya (OKU). Seorang wanita yang lumpuh tangan kirinya memainkan harmonika. Melodi yang dimainkan agak menyentuh perasaan dan audien turut sama bertepuk tangan mengikut alunan melodi harmonika tersebut. Antara melodi yang dimainkan ialah Rasa Sayang. Tarian daripada OKU berkerusi roda dan lima yang lain menyusul selepas itu. Terpancar kegembiraan daripada mereka berlapan.

child-pro-donation

Menjadi simbolik perasmian dalam majlis semalam ialah Rektor memasukkan duit syiling yang dikumpulkan ke dalam tabung khas. Di pertengahan majlis, kanak-kanak daripada Rumah Perlindungan yang hadir menulis harapan mereka di atas belon dan dibeli oleh audien dengan harga RM2 sebagai sumbangan derma. Tersenyum sendiri dengan harapan yang ditulis oleh mereka di atas belon-belon tersebut.

liyana fizi

Turut memeriahkan majlis tersebut ialah persembahan silap mata yang menarik dan memukau penonton, serta nyanyian lagu daripada Liyana Fizi (Estrella), Vick (Malaysian Idol) dan Danell Lee (Malaysia Idol 2). Masing-masing menyanyikan tiga lagu kecuali Liyana Fizi yang menyanyikan satu lagu tambahan atas permintaan audien.

Yang paling menyentuh perasaan dalam Charity Night ini ialah perkongsian kisah kehidupan daripada pasangan En. Mohd Ridzuan Mohd Yusof dan Pn. Suriani Sumardi. Anak mereka, Mohd Iman Akhbar yang menderita penyakit hydrocephalus (air dalam kepala), memerlukan sumbangan bagi membiayai perubatannya.

adik iman akhbar

Untuk mendapatkan perubatan bagi adik Iman, mereka terpaksa berulang-alik daripada Kuala Ketil, Kedah ke Hospital Pulau Pinang. Selalunya ia menelan kos RM150 untuk kenderaan sahaja. Pernah juga mereka pergi dengan motor sahaja kerana kos perjalanan yang mahal. Untuk pengetahuan, sudah enam kali adik Iman menjalani pembedahan.

Melihat kisah sedih mereka, terfikir begitu mudah bayi dibuang sekarang ni. Pasangan ini bersusah payah untuk keselesaan anak mereka. Tambahan lagi, mereka mempunyai empat orang anak termasuk adik Iman. Sedikit bantuan diharapkan dapat meringankan beban mereka.

beliamuda: Laman Child Pro 2010.

23 thoughts on “Motorola Charity Night – Meraikan Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

  1. Salam perkenalan…tu la…kadangkala kita rasa tak cukup dengan apa yang kita ada padahal ramai lagi orang yang takda apa yang kita ada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge