Tawaran Biasiswa JPA untuk Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan biasiswa untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti dalam negara ataupun luar negara di peringkat ijazah pertama.

Bantuan biasiswa yang ditawarkan ialah:

Menurut JPA, biasiswa yang ditawarkan pada tahun ini disasarkan untuk bidang-bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, ubat-ubatan veterinar, kejuruteraan dan sains dan teknologi serta sains sosial yang diperlukan oleh sektor awam dan negara.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

25 thoughts on “Tawaran Biasiswa JPA untuk Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2009

  1. Salam Belia. Bila baca artikel ni teringat zaman belajar dulu. Saya tak pernah dapat biasiswa ni, alangkah bagusnya dapat peluang macam ni. Kepada anda yang bergelar pelajar gunalah wang biasiswa ni sebaik mungkin di tempat orang. Jangan guna untuk melancong!

  2. saya nak tanya berape lama masa yg diambil untuk tahu keputusan biasiswa jpa PILN ini????semasa nak tunggu keputusan tersebut adakah perlu masuk matrikulasi atau upu????mana yg lebih sesuai antara kedua-duanya????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge