Senarai 40 Individu Terkaya Di Malaysia 2010

Salam sejahtera buat semua.

duit kaya

Majalah Malaysian Business hari ini mengeluarkan senarai 40 Manusia Terkaya di Malaysia (baca: Malaysia’s 40 richest people).

Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2010 dengan anggaran kekayaan masing-masing:

  1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b
  2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas)  RM27b
  3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group)  RM11.92b
  4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
  5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group)  RM10.38b
  6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
  10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b

Mengikut majalah tersebut, jumlah kekayaan 40 individu tersebut meningkat berbanding tahun lalu, namun masih belum setinggi tahun 2008 sebanyak RM171.9 billion. Untuk tahun 2010, direkodkan, jumlah kekayaan terkumpul untuk 40 individiu tersebut ialah RM156.7 billion.

Lima muka baru dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

beliamuda: [1] Banyak betul kekayaan mereka-mereka ini. Tapi, bukan bermakna jumlah duit yang mereka ada adalah banyak tu. Kan? Sebab kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari yang lalu. 😀 [2] Info dipetik daripada dua sumber; Utusan Malaysia Online dan The Sun Daily. Berita asal daripada BERNAMA.

Senarai Orang Terkaya Malaysia

Comments

34 responses to “Senarai 40 Individu Terkaya Di Malaysia 2010”

  1. syin Avatar

    fuhh………alangkah indahnya jika kaya harta dan tidak ketinggalan kaya budi akhlak….

    p/s : aku tak nak jadi kaya tapi aku nk berduit……

  2. matpapaya Avatar
    matpapaya

    DUNIA BELAKE……

  3. kuzi Avatar

    drpd bnyk2 org yg terkaya di Malaysia, cuma ade 2 org je org Melayu… Tan Sri Mokhtar n datuk mokhzani…yg tan sri mokhtar tu pn kire mcm bukan org melayu sb die sbnrnya org kacukan Arab yaman…yg mokhzani pulak dpt trsenarai org terkaya pn sebab die anak mahathir n pegang tender besar petroleum malaysia (bak kata perpatah sekang “klu x kaya bukan anak mahathir namanya”)….hahahaha!!!!
    Mcm ner la Malaysia leh jadi mcm ni erk? Aku rase klu orang Cina takde kt Malaysia ni ase2nye negara kite x sekaya skang…huhu…Ni la kan org Melayu kite…hehe…

    (Cuba korg baca biodata al-bukhari kt cni… http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546 )
    Beliau sendiri bnyk bekerjasama dgn org Cina…Sebab ape erk? sedangkn krjaan sendiri bnyk bukak peluang2 perniagaan kt bumiputra tp kenapa bukhari pilih org Cina gak? Sebab nye mudah je… org Melayu Malas n cpt putus asa…tu ja…klu dh mcm tu sifat org Melayu kite, org bg duit berbilion-bilion tuk uruskn pn xkn kemana duit tu kn…hehe…jgn marah…kate2 ni sekadar fakta…aku sndiri x marah sb aku pn org melayu sb bnda ni mmg btol…hehe…

  4. […] bulan Februari lalu, Malaysian Business ada mengeluarkan senarai 40 Individu Terkaya di Malaysia [Malaysia’s 40 richest people]. Kali ini, Forbes Asia pula yang mengeluarkan senarai 40 Individu Terkaya di […]

  5. ahmad Avatar
    ahmad

    maaf mencelah…mana ada melayu pun yg kaya dalam 20 org tu..tan sri mokhtar al bukhari tu adalah keturunan arab..bukan darah melayu pun..keturunan arab mmg darah biznes dari zaman nabi lg..so,pikir2 lah.

    1. beliamuda Avatar

      @ahmad, bukan 20 orang, 10 orang.

  6. Tengku Putra Avatar
    Tengku Putra

    bukan masalah darah arab ke,cina ke ape ke derr.suma tu atas usaha diri sendiri.dlm quran dah tertulis,allah akan ubah kehidupan seseorang tu kalau seseorang tu berusaha utk mengubah kehidupannya.tak kira laa darah arab ke,cina ke,apa ke.tak payah pertikaikan pasal darah apa,keturunan apa..yg pernting mahu berusaha.bkn cakap kosong jaa..

  7. kurimon Avatar
    kurimon

    money is not everything but,everything is about money…. : )

  8. yimaster Avatar

    bila nak jdi cam mereka..
    hahaa

  9. raisya Avatar
    raisya

    sedekah dpt tambah rezeki. Klu dphatikan kebanyakan mrka mpnyai yayasan utk mbntu org len.Itu janji ALLAH S.W.T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge