Senarai 40 Individu Terkaya Di Malaysia 2010

Salam sejahtera buat semua.

duit kaya

Majalah Malaysian Business hari ini mengeluarkan senarai 40 Manusia Terkaya di Malaysia (baca: Malaysia’s 40 richest people).

Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2010 dengan anggaran kekayaan masing-masing:

  1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b
  2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas)  RM27b
  3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group)  RM11.92b
  4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
  5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group)  RM10.38b
  6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
  10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b

Mengikut majalah tersebut, jumlah kekayaan 40 individu tersebut meningkat berbanding tahun lalu, namun masih belum setinggi tahun 2008 sebanyak RM171.9 billion. Untuk tahun 2010, direkodkan, jumlah kekayaan terkumpul untuk 40 individiu tersebut ialah RM156.7 billion.

Lima muka baru dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

beliamuda: [1] Banyak betul kekayaan mereka-mereka ini. Tapi, bukan bermakna jumlah duit yang mereka ada adalah banyak tu. Kan? Sebab kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari yang lalu. 😀 [2] Info dipetik daripada dua sumber; Utusan Malaysia Online dan The Sun Daily. Berita asal daripada BERNAMA.

Senarai Orang Terkaya Malaysia

Comments

34 responses to “Senarai 40 Individu Terkaya Di Malaysia 2010”

  1. ikin Avatar

    jap..saya di tangga ke berapa yea~ :p

    kat UUM ada satu DPP dinamakan dengan DPP Yayasan Al-Bukhary.
    .-= ikin´s last blog ..the reason =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, YB Ikin (Usahasama Karpet Merah SDN BHD) – $$

  2. zool Avatar

    Agak2 kita boleh masuk senarai tak??
    .-= zool´s last blog ..Bowling, karaoke dan ikan bakar Malim =-.

    1. beliamuda Avatar

      @zool, entahla. ada perusahaan yg macam tu, boleh la kot.

  3. aman Avatar

    mana nama aku? hoho~
    .-= aman´s last blog ..Google Menguji Topik Hangat Pada Google News =-.

    1. beliamuda Avatar

      @aman, AMANZ – Jutawan IT – $$

  4. MrRollies Avatar

    DUit macam air

  5. hazwan Avatar

    dengki rase~~

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, npe lok nok dengki nya. huhu~

  6. imran Avatar

    Bila la nama bumiputera nak duduk tempat no 1, sedangkan dalam ranking 10 teratas pun 1 je bumi…

    1. beliamuda Avatar

      @imran, bila bumiputera sedar dan mahu bersaing secara serius. mampu tolong-menolong. bukan cantas-mencantas.

    2. sham mayung Avatar

      @imran, sebenarnya ada tapi tak di masukan.mentri2 tu tapuk kekayaan mareka

  7. huda Avatar

    wah.murah rezeki mereka~
    .-= huda´s last blog ..nak tengok cerita ini 最後の約束 (Saigo no Yakusoku) =-.

  8. eyriqazz Avatar

    Seorangje melayu dari 10 nama itu?Umm..namaje Malay+sia
    .-= eyriqazz´s last blog ..Bestnya Diurut Gadis Cantik =-.

  9. arif Avatar
    arif

    Kite sbagai orang melayu jangan hanya pandai cakap sahaja kerana sebab itulah orang melayu tak maju,kite buat dulu ape2 bisness.

  10. Wan Perlis Avatar

    semoga mereka kaya dengan pahala juga dan dermawan.
    dah send banner link via emel.
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Bagaimana Pensil Warna mengajar Kita tentang Kehidupan? =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge