Semakan Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Semakan Matrikulasi Sesi 2010/2011]

Seperti yang diberitahu dalam pengumuman Tarikh Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011, para pemohon boleh mula membuat semakan mulai hari ini, 8 Februari sehingga 19 Februari 2010.

Semakan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah membuat Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.

Proses semakan dan kemaskini boleh dilakukan di laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran, Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011. Untuk membuat semakan dan kemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM sebelum membuat pindaan dan pembetulan.

Ini bagi memberi peluang kepada pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan (seperti yang dimaklumkan sebelum ini).

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4100 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.

Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 8 Februari sehingga 19 Februari dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja sahaja.

165 thoughts on “Semakan Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011

  1. assalamualaikum…
    saya nak tanya…
    sekiranya saya nak buat rayuan matrikulasi…
    saya kena sediakan salinan kad pengenalan, salinan keputusan SPM, E-rayuan, dan borang rayuan…
    semuanya perlu disahkan…
    tetapi macam mana untuk disahkan…
    adakah saya perlu ambil semua ini untuk Guru Besar disahkan(cop)?

    • @cat, proses rayuan matrik ada minta semua ni ke? sebab ada yg kata rayuan tu hanya sekadar klik je lepas kita semak keputusan tu.

      tpi, kalau btul nak pengesahan semua tu, minta daripada pegawai kerajaan gred A la..

  2. salam 1 malaysia,

    sy ada 1 sln..
    sy dh dpt twrn matriks,masalahnyer sy dh tersalah isi pndptn/gaji..
    sy dh pernah try kemaskini tp,cma bleh tkar lokasi kolej n bbrp maklumat len aje..
    adakah twrn tuh akan ditolak serta merta disebabkan kesilapan itu??

    answer me plz..!! tQ

  3. camna nk wt rayuan??kalu diew ckp x lyak mna2 aliran,,bleyh wat rayuan ak??ada cra len x?tq kpd sesiapa yg sudi membn2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge