Salam sejahtera buat semua.
Program Biasiswa Nasional pertama kali diumumkan adalah semasa pembentangan Belanjawan 2010 pada 30/10/2009 yang lalu oleh Y.A.B Perdana Menteri. Sebanyak 30 tajaan biasiswa akan diberikan kepada 30 pelajar terbaik lepasan SPM 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti terkemuka, sama ada universiti dalam negara ataupun universiti luar negara.
Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengenal pasti pelajar yang layak melalui keputusan SPM 2009 yang akan diumumkan kelak. Pelajar yang mendapat kesemua A dalam mata pelajaran SPM 2009 akan mempunyai kelayakan ditaja dibawah Program Biasiswa Nasional.
Pelajar yang akan ditaja berpeluang untuk meneruskan pembelajaran untuk ijazah pertama dalam pelbagai bidang berdasarkan pilihan masing-masing di universiti dalam negara ataupun universiti luar negara.
Kelayakan
-
Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 yang mendapat semua A+ (berdasarkan sistem gred baru SPM) dalam subjek yang diambil, dengan minima 9 subjek.
-
Berumur di bawah 18 tahun (19 tahun untuk pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009.
-
Lulus temuduga yang akan dijalankan kelak.
-
Pelajar yang berjaya dengan permohonan ini akan mengikuti kursus persediaan yang akan diuruskan oleh JPA kelak.
Kriteria Pemilihan
-
Pencapaian akademik yang cemerlang, seperti dalam syarat kelayakan di atas.
-
Prestasi semasa temuduga dijalankan kelak.
Maklumat Tambahan
Maklumat lanjut mengenai Program Biasiswa Nasional boleh didapati di www.jpa.gov.my ataup dengan menghubungi terus (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri di kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.
Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.
seronak la siapa yg berkelayakan.
eh bila result spm kuar ?
.-= Wan Perlis´s last blog ..Freemason – Tak Perlu Takut =-.
@Wan Perlis, tak pasti la pulak. ura-ura kata sekitar awal Mac.
huii..bestnye sape dpt bsiswa nih..msti pgi uni top2 nye kn?
btw, result spm mgkn tgh bln 3 kot..rmai yg ckp..
eh. ada A+ ?
Macam 1A la kan?
.-= ariff´s last blog ..Dapatkan Lebih Banyak Trafik Dengan Penulisan yang Menarik! =-.
@ariff, kalau tak silap, macam tinggi sikit la level A+ tu.
Hehe.. memang best.. dulu waktu aku masuk U, ekonomi tengah down. Tahun 2 kat U baru mintak biasiswa.
zaman kita dulu xdop pn..[jeles]
.-= Wan Pai´s last blog ..Bila Islam Dititikberatkan[Saya Suka dan Sayang Negeri Saya] =-.
@Wan Pai, tu pasal.
“menaja 30 pelajar terbaek Malaysia..”
susah nak dapt tuh…
Pingback: Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010 | beliamuda {dot} com
eh… entah2X saya tak ade dalam 30 pelajar terbaik tu !
Pingback: Tawaran Biasiswa JPA untuk Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2009 | beliamuda {dot} com
biasiswa nasional nk plajar semua A+? Habis kalau plajar aliran agama yg amik 11-12 subjek x kan la nk semua A+..