Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2010 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Pendaftaran SPM dan SPMU 2012 telah dibuka]

Dalam keadaan pelajar SPM 2009 semakin menghampiri tarikh keputusan untuk diumumkan, pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat. Pendaftaran lewat tidak akan dilayan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh melayari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di www.moe.gov.my/lpm.

beliamuda: SPMU ni untuk kertas Julai la kan? Berapa subjek yang boleh diambil semula?

Comments

210 responses to “Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2010 Kini Dibuka”

  1. anna Avatar

    assalamualaikom…
    sy xlah pandai pun so,sy kena ambik paper julai balik sbb skrg susah nak cari kerja klau bm x cdit.nak daftar kat nee.

    1. beliamuda Avatar

      @anna, better pergi ke JPN (kalau calon persendirian).

  2. anem Avatar
    anem

    hye . i lepasan spm 2009 but result math xcdit . mcm mne nk dftr tok paper julai ek ?

    1. beliamuda Avatar

      @anem, kalau calon persendirian, boleh daftar di JPN.

  3. Mazni Zain Avatar

    Assalamualaikum.
    saya kagum dgn blog awk yg byk info n active ni.
    tp sy nk tau ape beza persendirian dan yg tak?
    confuse2…

    1. beliamuda Avatar

      @Mazni Zain, persendirian ni calon yang ambil inisiatif belajar sendiri. ada institut di luar sana yang mengambil pelajar untuk ambil semula paper julai.

  4. HANIS Avatar
    HANIS

    TARIKH NAK ISI PAPER JULAI DAH TUTUP KE?NAK ISI MCMANA YE TOLONG G TAU JAP!!!

    1. beliamuda Avatar

      @HANIS, 31 Mac tutup. Boleh hubungi JPN untuk maklumat lanjut.

  5. esyah Avatar
    esyah

    askum..nk daftar ambil spm semula nk kne bwk ape je?borang ape erk?

  6. esyah Avatar
    esyah

    paper julai tu ape?

    1. beliamuda Avatar

      @esyah, orang yang ambil SPM ulangan.

  7. lutfi Avatar
    lutfi

    salam..paper julai untuk bhsa inggeris ada ke tidak..??

  8. najla Avatar
    najla

    nak tanyer nie…paper jlai tarikh tamat die biler?

    1. beliamuda Avatar

      @najla, pendaftaran ditutup 31 mac lalu.

  9. anne Avatar

    salam….

    saya pelajar diploma..baru-baru ini saye ingin mendaftar untuk pengajian ijazah separuh masa, tetapi saya tidak boleh ditawarkan masuk disebabkan Matematik saya tidak credit, dan pihak universiti memaklumkan pada saya supaya mengambil paper julai, tetapi masalahnya sekarang, kemasukannya telah ditutup, dan pada waktu sekarang saya amat kecewa kerana sekiranya saya ingin mendaftar saya terpaksa menunggu sehingga tahun hadapan, dan kemudian untuk kemasukan ke universiti itu pula hanya boleh saya apply pada sesi jan 2012, tempoh itu sangat lama bagi saya, disini saya ingin bertanya pada saudara sekiranya adakah cara untuk saya mendaftar untuk paper julai, rayuan atau budi bicara, kerana saya begitu ingin menyambung pengajian saya, dan tempoh itu sangat lama bagi saya, saya harap saudara dapat membantu saya.

    Terima Kasih.

    1. beliamuda Avatar

      @anne, minta berhubung terus dengan pihak berkenaan.

  10. faryza Avatar
    faryza

    klw xde pmr n spm leh amik paper julai ke??

    1. beliamuda Avatar

      @faryza, xde pmr n spm?

      1. faryza Avatar
        faryza

        @beliamuda, haah xde pmr n spm.. xksah la thun bile pon dpt amik..bleh ke ni xde pmr n spm??

        1. beliamuda Avatar

          @faryza, kalau tak pernah ambil PMR dan SPM, rasanya macam tak boleh je. Lebih baik tanya pihak JPN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge