Salam sejahtera buat semua.
Kalau tak silap, sudah hampir sebulan kejadian kecurian talian kabel telefon di kawasan rumah saya. Dalam sebulan ini jugalah segala servis berkaitan TM yang dihubungkan ke rumah tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya. Ok, tidak boleh guna langsung.
Nasib baik kejadian kecurian kabel ni berlaku pada minggu terakhir saya berada di rumah. Laporan kecurian telah dibuat seawal hari pertama kejadian lagi. Dengan harapan, masalah dapat diselesaikan segera. Dua hari kemudian, saya sendiri ke Kedai TM di Kota Bharu untuk membuat pertanyaan berkaitan.
Hampa, pergi semata-mata untuk bercakap dengan pegawai TM di Kuala Lumpur dan lagaknya seperti laporan baru sahaja dibuat. Sungguh membazir masa. Ok. Boleh sabar lagi. Tidak lama kemudian, telefoni TM mula menelefon untuk melaporkan keadaan semasa.
Nasib baik awek TM yang call. Boleh tolerate lagi masa tu. Selang beberapa hari, ada call lagi. Juga perkara sama. Katanya kabel yang dicuri tu akan diganti dalam masa terdekat. Tambahnya lagi, pekerja TM dah mula melakukan kerja-kerja memasang semula.
Masa tu saya dah berada di UTP, jadi saya tidak tahulah keadaan sebenar. Selang seminggu, mereka telefon lagi. Kali ni katanya stok kabel masih belum ada. Sungguh pelik. Tempoh hari katanya dah mula memasang kabel baru. Memang masa tu dah panas sangat. Ada ke patut dia bagi alasan macam tu?
Sorry to say. That not shit I really want to hear from every calls you made to me. I don’t know whether they have been trained to tell that stupid reasons everytime they called their customers. At least, they should mention that rebate will be given because of that incident. Maybe they just lucky the other affected house is not a heavy TM user.
TM are lucky because we are orang kampung that rarely complain directly to them. I just pity my Mom because everytime she had something important to check using Internet, she will ask me to do so. And now she is planning to buy a broadband. Sigh…
Tapi sekarang, hal macam ni dah masuk dalam blog ni, TM nak marah pasal burukkan nama dia pun biarlah. Ini rahsia yang kebanyakan orang tahu. TM memang sangat tak pro dalam buat bisnes.
beliamuda: [1] Sebagai pengguna yang dah cukup bersabar, saya nasihatkan TM sepatutnya lebih berhati-hati dalam hal macam ni. Mereka beruntung sebab tiada persaingan yang sengit dalam bidang yang mereka kuasai. [2] I tend to speak English when angrya and excited. Pengaruh daripada bekas kaunselor MRSM PC dulukah? [3] Asalnya dah buat pasal benda lain. Lain benda pulak yang keluar.

Leave a Reply