Bawa Hatimu Pulang Ke Rumah, Melepaskan Rindu di Hati

Salam sejahtera buat semua.

pen jam kad matrik utp

Nombor matrik???

Akhirnya, dapat jua saya menjejakkan kaki ke rumah untuk cuti pertengahan semester kali ni. Terasa baru sahaja memulakan semester Januari 2010. Nampaknya kesibukan seharian telah banyak menelan masa yang ada, lalu dirasakan ianya cepat berlalu.

Sepatutnya petang Khamis lagi dah boleh berangkat pulang ke rumah sebab hari Jumaat memang tiada kelas langsung untuk sepanjang sem. Cuti hujung minggu tiga hari. Oleh kerana pulang dengan bas yang disewa rakan, kena ikut seperti biasa la.

Kabel Telefon Dicuri, TM Lambat Bertindak

Salam sejahtera buat semua.

kabel elektrik

Kalau tak silap, sudah hampir sebulan kejadian kecurian talian kabel telefon di kawasan rumah saya. Dalam sebulan ini jugalah segala servis berkaitan TM yang dihubungkan ke rumah tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya. Ok, tidak boleh guna langsung.

Nasib baik kejadian kecurian kabel ni berlaku pada minggu terakhir saya berada di rumah. Laporan kecurian telah dibuat seawal hari pertama kejadian lagi. Dengan harapan, masalah dapat diselesaikan segera. Dua hari kemudian, saya sendiri ke Kedai TM di Kota Bharu untuk membuat pertanyaan berkaitan.

Continue reading