Pelikkah Lelaki Berbicara Soal Hati?

Salam sejahtera buat semua.

Sentuhan Cinta

Pernah sekali aku bingung. Satu soalan diaju kepadaku suatu masa dulu. Nah, aku dah banyak kali bingung. Kau jangan turut bingung sekali ya.

Aku tahu ada yang pelik. Ini blog seorang lelaki, walaupun ada juga yang ingat aku seorang wanita. Sebab namakah? Aku rasa nama beliamuda ini bukanlah menggambarkan mana-mana gender, bukan macam Syinrayafa (pinjam nama ya) kan? Kau rasa apa gendernya?

Ketika tulisan berbunga, biasanya aku cuba berbicara soal hati. Mulalah yang pelik. “Kenapa kau berbicara soal hati?” tanya mereka. Apakah salah aku bicara soal hati? Aku tak kisah kalau dipanggil jiwang karat. Susah bermain persepsi setiap manusia ni.

Sejuk juga hati bila ada yang memberi definisi lebih tepat untuk tulisan serupa itu. Sesekali berbahasa puitis gaya ciptaan sendiri. Puas juga rasanya. Setiap orang mempunyai jiwa yang puitis kan?

At the touch of love everyone becomes a poet.” – Pujangga yang jatuh cinta bermadah kata.

Seksisme? Bukan kot. Genderisme kah? Entah…

Kalau lelaki berbicara soal hati, mulalah yang timbul pelbagai andaian pelik lagi nakal. Kalau seorang wanita, semua pasti boleh terima begitu sahaja. Err, kena cop lembut, gay atau homoseks kah?

beliamuda: Nah, ambil tulisan yang dah lama sangat terbuku ni. Dah lama aku tidak menulis soal hati. [Satu], tiada sebab untuk berbuat begitu, walau ada satu baru-baru ini. [Dua], baru tergerak untuk menulis semula soal hati. [Tiga], bicara soal hati bukan hanya pada cinta.

Comments

18 responses to “Pelikkah Lelaki Berbicara Soal Hati?”

  1. jan Avatar

    aik.ade ke yg kate camtu…?kan xsalah kalo laki bicarakan soal cinta [:
    .-= jan´s last blog ..s a y a taw saya salah tp =-.

    1. beliamuda Avatar

      @jan, pokok tak bergoyang kalau takde angin…

  2. fana164 Avatar

    Lelaki juga ada perasaan bukan…
    jadi xsalah kalau mereka nak luahkan rasa..

  3. aidi-safuan Avatar

    alah,pandangan typical manusia memang camtuh. ingat lelaki semua wajib berbadan tough je ke?
    .-= aidi-safuan´s last blog ..Twilight Jacob? Twilight Edward? Stop admiring them Girls! =-.

    1. ariff Avatar

      @aidi-safuan, wajib2. haha.. Tapi aku x la.
      .-= ariff´s last blog ..Menara Tertinggi Di Dunia Dibuka Hari Ini =-.

  4. aini Avatar

    x ade masalah lelaki pun seorang manusia yangn ade perasaan kan..
    .-= aini´s last blog ..Bukan Untuk Di Makan =-.

  5. Kujie Avatar

    bezanya lelaki dan perempuan – mereka jarang bercakap soal hati seolah-olah bila bercakap hal hati – mereka beremosi seperti perempuan
    .-= Kujie´s last blog ..Blogger WordPress Sombong? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Kujie, mungkin inilah antara punca utama. tapi bukan sentiasa pun. hanya sesekali.

  6. nOj Avatar

    heheh haha ape salahnye kan… dh tu laki xde perasaan?
    teringat ade org penah panggil aku BRO…pejaddah laa
    .-= nOj´s last blog ..hantuk rak tv murahan tu kuat kuat sampai berdarah bibir dan lebam dahi =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nOj, sebab nama…

  7. Irsyaduddin Zakwan Avatar
    Irsyaduddin Zakwan

    Lelaki juga manusia

  8. ikin Avatar

    hati-hati tentang hati..:)

  9. zuls Avatar

    Lelaki jarang bercakap soal hati, kerana ada kekuatan logik. Logik yang dipakai biasanya dapat merungkaikan permasalahan yang melibatkan perasaan. Ada golongan yang bercakap soal hati – bagaimana nak baiki hati.. Golongan macam ni eloklah didekati..
    .-= zuls´s last blog ..Poll : Tambah kawan atau tambah follower Twitter =-.

  10. zafirah Avatar

    baru2 ni my kawan lelaki cakap, geli la lelaki cakap miss you miss you ni…hahaha…maybe sbb lelaki dah terbiasa x sweet2 cantu kot sbb tu diorang geli…pompuan rilek je…cakap la pape pon x de org salah paham…
    .-= zafirah´s last blog ..demam exam datang lagi~ =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge