Pantang Larang Seorang Jejaka Bernama Lelaki

Salam sejahtera buat semua.

Kesayangan Lelaki

Pantang larang ni bukan sembarangan. Bukan juga pantang larang seorang lelaki semasa mengandung. Tak kisahlah mana-mana jejaka pun. Yang penting bukan jejaka terlampau. Jejaka tampan boleh la kot. πŸ˜€

Saya dapat benda ni daripada Bro Edi. Nak tergelak baca entri tu. Tapi dalam omputih la. Men’s rules! Sekali tengok kat bawah entri tu ada ayat bagi kebenaran untuk disebar, apa lagi sambar aja la.

Jom layan satu persatu. Baca dan gelak~

Pelikkah Lelaki Berbicara Soal Hati?

Salam sejahtera buat semua.

Sentuhan Cinta

Pernah sekali aku bingung. Satu soalan diaju kepadaku suatu masa dulu. Nah, aku dah banyak kali bingung. Kau jangan turut bingung sekali ya.

Aku tahu ada yang pelik. Ini blog seorang lelaki, walaupun ada juga yang ingat aku seorang wanita. Sebab namakah? Aku rasa nama beliamuda ini bukanlah menggambarkan mana-mana gender, bukan macam Syinrayafa (pinjam nama ya) kan? Kau rasa apa gendernya?

Perkongsian di hari Jumaat

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perkara yang berlaku di sekitar saya pada hari ini. Saja perkongsian suka-suka dan santai. Ayat kasi sopan sikit la kali ni. Bagaimana dengan hari Jumaat anda?

Hari ini, saya telah mempelajari sesuatu yang baru di kelas tutorial Reaction Engineering. Ada sesuatu di dalam soalan tutorial yang nyata menarik perhatian saya. Lagipun, ia sesuatu yang boleh diagak daripada seorang pensyarah yang menyatakan objektif utama subjek kami ialah β€˜to have fun”.

Continue reading