Salam sejahtera buat semua.

Akhirnya terjawab sudah teka-teki mengenai Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL 24) yang baru sahaja tamat sebentar tadi di TV3. Kalau tak silap, konsep AJL 24 ialah origami. Music unfolds? Apa-apa jela kan.
Keputusan Anugerah Juara Lagu ke-24

[Vokalis Terbaik] Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
[Persembahan Terbaik] Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
[Tempat Ketiga] Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
[Naib Juara] Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
[Juara Lagu] Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo, Amran Omar)
*****
Aizat – Pergi
*****
Live Streaming dan Twitter oleh TV3
Namun, apa yang mengecewakan dengan AJL 24 kali ini adalah kekurangan di sebalik live streaming yang digembar-gemburkan. Mana taknya, belum pun AJL 24 bermula secara rasmi, laman web AJL 24 telah pun menunjukkan tanda-tanda tidak mampu untuk menampung jumlah pengguna.
Sekurang-kurangnya pada waktu itu laman web AJL 24 masih lagi boleh diakses dengan mudah. Tapi, sebaik sahaja Anugerah Juara Lagu tahun 2010 ini bermula, akses semakin sukar dan asyik keluar “Problem loading page”. (saya tengok kat TV3 je, saja test bukak). Laman-laman berkaitan pun turut mengalami masalah sama.
Salah satu impak daripada AJL 24 ialah pengenalan twitter secara lebih meluas kepada rakyat Malaysia. Dalam laman web AJL 24 sendiri dipaparkan twit #AJL24, disamping status FB. Memang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia untuk mengikut apa yang diperkatakan oleh selebriti. Mungkin juga sekali dengan stail penghinaan fizikal oleh pengacaranya tadi?
beliamuda: [1] Kepada blogger, jangan lepaskan peluang anda untuk menangi RM20 melalui contest mudah ini. [2] Langsung tak best kalau blackout tiba-tiba. Haha… [3] Sempat ke #AJL24 jadi trending topic di twitter?

xbest langsung ajl24…. bowing.
AJL 24..
lain dr thn2 lepas..
Sempoi;)
@zwairy, agak sempoi jugak.. hehe. jom la join contest RM20 tu..
Tak dapat tgk… huhu….
Bro, saya ada pengalaman tak manis di AJL 2010. Apa pun, tahniah kepada Aizat, Yuna, Faizal Tahir dan Black.
@Adam, dah baca pasal pengalaman tu. tak patut berlaku untuk majlis yg agak grand macam ni.
pergi nyanyian aizat mmg mantop. 🙂
.-= mohdisa´s last blog ..Pari-Pari Gigi =-.
@mohdisa, sebab tu la menang kan.. 😀
@beliamuda, tapi ada gak yg tak suka dia menang. mbr aku ckp td. sia2 je penumbuk aku kena kat bahu dia. haha
thank so much pd beliamuda sbb buat ruangan ni….mlm td saya x dpt tgk ajl…bgs2…tingkatkn mutu penyampaian anda…
@hani, sama-sama dan terima kasih atas nasihat anda.. 😀
tak dapat tengok live eh semalam..sebab aku tgk ok je..beberapa orang lain tengok pun ok…hoho..
.-= izzat´s last blog ..Top 10 2009 Must Watch Movies =-.
@izzat, sje test bukak. lagipun tv ada kat depan. lepas dapat bukak tu, baru ok. cuma nak dapat tu la yang payah sikit.
macam mana yuna buleh dapat tu, boring nya. naib juara kalu black baru okkk
@suhaila yusoff, masing-masing ada taste sendiri. kalau itu yang juri rasa terbaik, yang itulah dipilihnya.
Nampaknya penyanyi MUDA mengusai AJL24. Trend lagu pun dah sangat berbeza dengan 4-5 tahun dulu. Dunia sudah berubah selera muzik juga sudah berbeza.
@denaihati, nyatanya begitulah. trend muzik terlalu pantas berubah sekarang ni. tapi muzik evergreen tetap segar walau masa berlalu. muzik sekarang belum pasti mampu untuk menjadi sebuah karya evergreen.
aku x penah dgr lagu aizat tu, dh la x best… rasenye lagu lain lebih layak menang…. hurrmm ape2 la… tp best sgt tgk opening dato siti… bestttt
.-= nOj´s last blog ..arwah RODZELIN dalam kenangan =-.
@nOj, opening Siti tu terlepas la pulak…