Salam sejahtera buat semua.

Di kala pelajar kejuruteraan Tahun Tiga UTP sibuk dengan permulaan Engineering Team Project (ETP), masih lagi mencari idea, semalam Datuk Seri Najib telah melancarkan satu teknologi baru iaitu alat berwuduk automatik yang pertama di dunia.
Alat berwuduk auto ini dilancarkan oleh PM semalam. Ianya direka oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez, seorang rakyat Malaysia.
Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci Al-Quran.
Alat ini mempunyai sensor yang akan mengeluarkan sukatan air yang tepat, selain sistem elektronik canggih untuk pengeringan segera dan ia berupaya memperdengarkan bacaan doa yang dirakamkan untuk sebelum dan selepas mengambil wudhu.

Menurut pencipta alat mengambil wuduk auto ini, beliau mendapat idea semasa melihat orang Islam sedang mengambil wuduk di sinki semasa berada dalam sebuah feri. Kos untuk penyelidikan dan pembanganunan (R&D) protataip telah menelang belanja sebanyak US$2.5 juta.
Katanya alat itu yang dianggarkan berharga RM10,000 setiap set dijangka berada di pasaran dalam tempoh enam bulan lagi dan syarikat itu yang beroperasi di Petaling Jaya telahpun menerima tempahan awal dari Arab Saudi dan Kuwait selain menerima banyak pertanyaan dari negara-negara Timur Tengah.

Kalau dengan harga RM10,000 untuk satu set, rasanya tak melihat mana la teknologi ni di pasang dalam negara kita. Kalau ada pun mungkin di masjid yang berteknologi tinggi dan berkos tinggi. Negara Arab nampak berminat pula dengan alat canggih ni.
beliamuda: ETP adalah satu projek kejuruteraan yang menggabungkan semua disiplin kejuruteraan yang ada di UTP iaitu kimia, elektrik, awam, mekanikal dan petroleum.
Leave a Reply