Alat Berwuduk Automatik Pertama di Dunia

Salam sejahtera buat semua.

tempat berwuduk auto dinding

Di kala pelajar kejuruteraan Tahun Tiga UTP sibuk dengan permulaan Engineering Team Project (ETP), masih lagi mencari idea, semalam Datuk Seri Najib telah melancarkan satu teknologi baru iaitu alat berwuduk automatik yang pertama di dunia.

Alat berwuduk auto ini dilancarkan oleh PM semalam. Ianya direka oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez, seorang rakyat Malaysia.

Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci Al-Quran.

Alat ini mempunyai sensor yang akan mengeluarkan sukatan air yang tepat, selain sistem elektronik canggih untuk pengeringan segera dan ia berupaya memperdengarkan bacaan doa yang dirakamkan untuk sebelum dan selepas mengambil wudhu.

alat berwuduk auto

Menurut pencipta alat mengambil wuduk auto ini, beliau mendapat idea semasa melihat orang Islam sedang mengambil wuduk di sinki semasa berada dalam sebuah feri. Kos untuk penyelidikan dan pembanganunan (R&D) protataip telah menelang belanja sebanyak US$2.5 juta.

Katanya alat itu yang dianggarkan berharga RM10,000 setiap set dijangka berada di pasaran dalam tempoh enam bulan lagi dan syarikat itu yang beroperasi di Petaling Jaya telahpun menerima tempahan awal dari Arab Saudi dan Kuwait selain menerima banyak pertanyaan dari negara-negara Timur Tengah.

alat berwuduk auto sudut pandang

Kalau dengan harga RM10,000 untuk satu set, rasanya tak melihat mana la teknologi ni di pasang dalam negara kita. Kalau ada pun mungkin di masjid yang berteknologi tinggi dan berkos tinggi. Negara Arab nampak berminat pula dengan alat canggih ni.

 

beliamuda: ETP adalah satu projek kejuruteraan yang menggabungkan semua disiplin kejuruteraan yang ada di UTP iaitu kimia, elektrik, awam, mekanikal dan petroleum.

Comments

29 responses to “Alat Berwuduk Automatik Pertama di Dunia”

  1. sayang2kita Avatar

    sure masjid putrajaya pakai alat ni lepas ni…wiiii…nak try~
    .-= sayang2kita´s last blog ..na o mei~ =-.

  2. ariff Avatar

    wah. hebat.

    tak berpeluang nak join projek2 engineering macam ni
    .-= ariff´s last blog ..Innity Aku Sayang Kamu =-.

  3. denaihati Avatar

    Tahniah pada si pencipta yang ada otak kreatif…ramai lagi rakyat Malaysia yg kreatif tapi hilang ditengah jalan
    .-= denaihati´s last blog ..Blog Review : Hidup Biar Sedap memang Sedap =-.

  4. Nazz Avatar

    Bangga di Malaysia sudah ada alat sedemikian.. tetapi kurang bangga kerana org Islam ‘belum mampu’ utk memikirkannya.. hrmmm
    .-= Nazz´s last blog ..Penggunaan Blog Mungkin Akan Disekat =-.

  5. topo Avatar

    hohoho memang canggih.. nama dia pon dah canggih.. harga dia paling canggih la.. 😀
    .-= topo´s last blog ..4 Tips Tingkatkan Trafik Dengan Memahami Pelawat =-.

  6. Pisyek Avatar

    tuk sape2 yang xde lagi projek ETP, buleh minta idea dari pisyek…

    pisyek ade byk idea nih…

    hehe…
    .-= Pisyek´s last blog ..Cara membuang generator Joomla! 1.5 dan WordPress =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, bak la satu. nak tahu gak ni. hehe~

  7. Jaws Avatar

    haha..
    alat ni pon ada?!
    hehe..
    nampak cam stylo jer..
    hehe
    ko amik etp sem ni erk?
    haha..
    aku dah abis semua itu..
    mau habiskan sisa-sisa hidupku disini sahaja lagi..

    1. beliamuda Avatar

      @Jaws, yup. takde idea lagi. huhu~

  8. Shahrul Avatar

    Betul ke yg pertama? sebelum ni dh ada gmbr alat ni yg berada di negeri Arab.

    1. beliamuda Avatar

      @Shahrul, itu yang dilaporkan.

  9. PutraMalaya Avatar

    mak cik die la..mahal gelo..bgus2..made in malaysia..wooot

    good lux yek ETP korang…o_O
    .-= PutraMalaya´s last blog ..Jom Layan Lagu Paling Cantik Abad Ini ! =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge