Tawaran Biasiswa MNRB 2010

Salam sejahtera buat semua.

TABUNG BIASISWA MNRB, sebuah tabung yang ditubuhkan oleh MNRB HOLDINGS BERHAD (sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia) mempelawa permohonan biasiswa daripada pelajar-pelajar Malaysia yang berjaya menamatkan pengajian SPM/STPM dan bercadang untuk mengikuti pengajian bagi kursus-kursus Matrikulasi/Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau kursus professional sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang diiktirafkan.

BIDANG PENGAJIAN

• Sains Aktuari (pengajian dalam dan luar negara)

• Insuran (pengajian dalam negara)

• Pengurusan Risiko (pengajian dalam negara)

NILAI BIASISWA

• Yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya sepanjang tempoh pengajian untuk penerima biasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Untuk calon yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta, yuran pengajian maksimum yang ditanggung ialah RM8,000.00 setahun. Bagi pengajian luar negara, yuran pengajian adalah berdasarkan jumlah perbelanjaan sebenar; dan

• Elaun bantuan sara hidup berjumlah RM8,000.00 setahun untuk pengajian di peringkat Matrikulasi/Asasi atau Diploma dan RM10,000.00 setahun untuk pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Kursus Profesional sepenuh masa. Bagi pengajian luar negara, elaun sara hidup dan elaun penempatan yang secukupnya akan diberikan. Satu kontrak akan ditandatangani dimana pemegang biasiswa mungkin dikehendaki berkhidmat dengan kumpulan MNRB atau mana-mana syarikat yang diarahkan oleh Pemegang-Pemegang Amanah.

KELAYAKAN

Pemohon mestilah :

• Berumur di bawah 23 tahun

• Memperolehi sekurang-kurangnya gred A2 untuk minima 6 mata pelajaran termasuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); ATAU Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan pencapaian sekurang-kurangnya 3A serta lulus Pengajian Am; ATAU

• Memperolehi Purata Mata Terkumpul (PMK) sekurang-kurangnya 3.5 bagi peringkat Matrikulasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

• Dikehendaki menyertakan satu muka surat esei (dalam Bahasa Inggeris di lampiran berasingan) sebab-sebab memohon biasiswa, manfaat yang akan diperolehi dari bidang kursus yang dipelajari serta rancangan pembelajaran dan kerjaya

• Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum

• Tidak terikat atau memegang sebarang biasiswa atau bantuan daripada mana-mana organisasi

• Kakitangan yang bekerja di industri insurans tempatan atau anak-anak mereka adalah digalakkan untuk memohon. Tawaran adalah tertakluk kepada penerimaan kemasukan di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara untuk mengikuti kursus-kursus yang diluluskan.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM / STPM

Pemohon-pemohon yang telah menduduki peperiksaan PERCUBAAN SPM / STPM dan memperolehi keputusan yang menepati kriteria-kriteria kelayakan di atas digalakkan memohon. Pemohon yang terpilih akan diberi tawaran bersyarat untuk meneruskan kursus-kursus yang telah diluluskan tetapi tertakluk kepada perbezaan minima antara keputusan peperiksaan sebenar dan peperiksaan percubaan.

CARA MEMOHON

• Layari laman web www.mnrb.com.my untuk memuat turun borang permohonan

biasiswa atau melalui e-mel di scholarship@mnrb.com.my ; ATAU

• Borang juga boleh didapati melalui pos dengan melampirkan sampul surat beralamat sendiri berukuran 16sm x 23sm, berstem 50 sen ke alamat dibawah ;

ATAU

• Boleh dapatkan borang di alamat dibawah: –

TABUNG BIASISWA MNRB
Tingkat 11, Bangunan Malaysian Re
No 17, Lorong Dungun
Damansara Heights
50490 KUALA LUMPUR

Tel : 03- 2096 7050 (Puan Noridora)

Faks : 03-2093 7003

Borang permohonan yang lengkap beserta salinan-salinan sijil dan dokumen mestilah sampai ke alamat di atas tidak lewat daripada 5 Januari 2010. Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan / atau tidak memenuhi kriteria, tidak akan dipertimbangkan.

beliamuda: Sila baca dan fahamkan tentang biasiswa di atas sebelum bertanya di ruangan komen. Harap Maklum.

Comments

19 responses to “Tawaran Biasiswa MNRB 2010”

  1. ariff Avatar

    zaman2 mencari biasiswa aku sudah berlalu..
    .-= ariff´s last blog ..Sistem Peperiksaan Di Russia =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ariff, zaman aku pun dah berlalu.. membantu adik2 yang sedang melalui zaman ni plak..

  2. DaHLia Avatar

    aku pun bukan lagi pencari biasiswa…alhamduillah dah berkerjaya..tp bagus gak ni nk war2kan pada ex students..thanks
    .-= DaHLia´s last blog ..Entry Last 2009 =-.

  3. heatzik Avatar

    Thank you belia Muda!!!
    Harap dapatlah belia muda siarkan lagi tawaran biasiswa lain untk lepasan pelajar spm sperti saya…!

    saya akan sentiasa lawat blog anda!!Wehe~

    1. beliamuda Avatar

      @heatzik, saya cuba yang setakat dalam capaian saya.

  4. teya Avatar
    teya

    dlm setahun..mmg dye bukakk sekali je ke??
    atau ade batch agy utk apply ?

    1. beliamuda Avatar

      @teya, saya tidak tahu pasal biasiswa MNRB ni. Ini kali pertama saya tahu mengenai kewujudan biasiswa ini.

  5. leeya Avatar
    leeya

    beliamuda…

    tlg gtau info psl new scholarship 2010…course biotechnology…pointer 3.5 keatas

    klau ape pape info plez reply k. thnx 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @leeya, hmm, spesific scholar saya tak pasti la. tapi bioetch JPA ada taja rasanya.

  6. shadia Avatar
    shadia

    saya lepasan spm 2009. tawaran biasiswa ni dah tutup ke?? adakah saya masih blh memohon…

    1. beliamuda Avatar

      @shadia, tawaran MNRB telah pun ditutup. Boleh rujuk latest entri saya mengenai permohonan yuran pengajian luar negara JPA.

  7. Yusoff Avatar
    Yusoff

    salam..belia..aku tahun 2 semesta 2..sem depan sem1 tahun 3..bidang polymer engineering..ada x pape biasiswa ditawarkan untuk 2010 nih?

    1. beliamuda Avatar

      @Yusoff, byk je biasiswa ditawarkan untuk tahun ni…

  8. rimau Avatar
    rimau

    salam.nk tanye.skang da xleh nk mohon biasiswa da ke?tok sains aktuari.

    1. beliamuda Avatar

      @rimau, Khazanah ada menawarkan biasiswa untuk sains aktuari.

  9. yusoff Avatar
    yusoff

    hari tu ada tanya..tapi cam xmenepti soalan..sebb saya polymer engineering student..leh ke apply biasswa nih..???u link me into dis web

    1. beliamuda Avatar

      @yusoff, mcm saya cakap sebelum ni, ada banyak biasiswa yang ditawarkan setiap tahun. masalahnya cuma kesesuaian terhadap course anda dan juga syarat yang dikenakan dalam biasiswa tersebut.

  10. noor Avatar
    noor

    tlong sy,,
    sy sdg mncri scholarship lpasan matrix..
    course account,n my pngk 3.95..
    plzz ya~

    1. beliamuda Avatar

      @noor, JPA akan buka permohonan, nanti boleh mohon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge