Salam sejahtera buat semua.
Apakah persamaan ketiga-tiga perkara di atas? Yang saya tahu, ianya sangat menyakitkan dan patah tengkuk maknanya ajal dah sampai. Serius sangat sakit kalau ada kecederaan berkaitan tulang.
Paling kurang pun, terhantuk kepala dekat dinding ke, itu pun dah jadi sangat menyakitkan. Masa kecik-kecik dulu selalu juga terhantuk. Paling teruk pun terhantuk kepala dengan sepupu masa main kejar-kejar sampai berdarah hidung.
Tapi, kalau terjadi putus jari kaki ke, patah tulang pipi ataupun patah tengkuk ke, tahap kesakitan tu dah mencapai tahap maksimum. Kita yang membayangkan pun terasa ngeri yang amat.
Putus Jari Kaki
Dalam akhbar Metro ada berita mengenai nasib adik Mohd Farisz Daniel yang putus jari kakinya. Kejadian yang menyedihkan ini berlaku hampir dua bulan lalu.
Asalnya, jari kaki dia terhentak meja guru (tak boleh bayang macam mana sakitnya tu). Masa ni tak putus lagi. Tapi, urat-urat dalam jari kaki tu dah putus dan mati masa pergi jumpa doktor. Jari kaki itu sudah tidak boleh diselamatkan dan dinasihatkan untuk dipotong, tapi ibu bapa adik Mohd Farisz Daniel tidak bersetuju.
Sebulan kemudian, jari kaki tersebut putus semasa dia sedang bermain. Menangis jugakla budak tu dan meminta jari kaki tu disambung. Tak boleh bayang betapa pilunya perasaan ibu dia masa adik Farisz minta dipasangkan balik jari kaki yang putus tu.
Patah Tulang Pipi
Ni pulak kisah Tiger Wood. Mengikut berita yang dilaporkan, dia telah patah tulang atas pipi kanannya. Ni semua hasil dia dibelasah oleh isterinya dengan batang golf.
Fuh, sakit giler tu. Sampai gigi boleh patah dua batang. Ni semua gara-gara dia terkantoi sms dengan awek lain. Padan muka. Lepas tu la muncul berita Tiger Wood kemalangan.
Patah Tengkuk
Dalam kemalangan Bas Ekspress Sani tempoh hari, kebanyakan mangsa yang mati adalah disebabkan batang besi penghadang jalan yang menusuk masuk ke dalam bas. Batang besi ni la yang telah mematahkan tengkuk mangsa-mangsa dalam kemalangan tu. Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam.
Terfikir, kalau bas setingkat, kemungkinan kecederaan dapat dikurangkan sebab paras besi yang masuk ke dalam bas dua tingkat tu adalah tempat simpanan beg bagi bas ekspress setingkat. Mungkin perkhidmatan bas ekspress dua tingkat adalah tidak sesuai.
beliamuda: Apakah perasaan seorang pemandu yang mengekori sebuah lori kecil tapi membawa muatan setinggi bas dua tingkat di Lebuh Raya Timur-Barat? Gerun beb!
[Gambar diambil daripada Harian Metro]
Bas dua tingkat agak tinggi sedikit. Jadi kurang stabil bila bawa laju. Singapura tak ada masalah dengan bas dua tingkat sebab tak boleh bawa laju dalam bandar. Singapura kan kecik.
.-= Dr House´s last blog ..Status peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran denaihati =-.
Aku pun rasa agak kurg bersetuju guna bas 2 tingkat utk jalan jauh.. lg baek utk guna dlm bandar.. guna dlm bandar of coz bas xley laju2.. gerun gak, so nk g kl ni ak bli tiket bas setingkat je.. hehe
.-= faris´s last blog ..You are Chemical Engineer if… =-.
Apa juga yang berlaku ada sebabnya hanya yang BERFIKIR dan SABAR sahaja mendapat pengajarannya. Kekadang HIKMAHnya kita dapat setelah bertahun-tahun hidup susah. Redhalah apa juga pemberian tuhan.
.-= denaihati´s last blog ..Pengalaman main dengan jiran =-.
@denaihati, Tiger Wood apa nak kisah 1 lari 10 lagi menunggu….
.-= denaihati´s last blog ..Selamat TINGGAL blogku sayang =-.
sepatutnye bile dh terjadik skali, org lain ambk iktibar… tp yg pelik nye, bile dh terjadik skali… mesti byk2 kali lg terjadik… pelik pelik
.-= nOj´s last blog ..tahniah para SETIAUSAHA gomen atas pertukaran nama jawatan dan kenaikan gred kepada SETIAUSAHA PEJABAT Gred N27 =-.
wow…dengar tajukpun dh ngeri….sakit betul kalau patah2 tlg ni
.-= cyberboy´s last blog ..4 Sumber Kuasa Idea =-.
tapi saye suke naik bas dua tingkat! heheh :p
kesian adik kecik tu, putus jari 🙁
isteri tiger wood praktis main golf aa tu~~~
@ikin, tak pernah lagi naik bas dua tingkat..
Semalam aku tengok live bas Sani Ekspress tu di ipoh, fuh dahsyat keadaan belah tingkat 1 bas tu, aku rasa driver bas tu nyesal tak sudah la sebab terlelap
tadi ada terbaca blog yg ada video driver bas malaysia 2 tingkat drive sambil tengok video dangdut peh hebat tak hebat la
@Rjuna – Driver bas drive sambil tengok video dangdut? Gila kentang? @@!
Tp bab driver Sani Express tu mmg aku rasa dia nyesal x sudah lah..
.-= KertaZ´s last blog ..Good Bye 2009! Hello 2010! =-.
semuanya mengerikan….
tapi dah ditentukan qoda’ dan qadar…
kita sebagai manusia hanya mmpu berdoa agar dihindarkan Allah dari malapetaka yang tidak diingini…
.-= whose´s last blog ..my new destination !!!! Lahad Datu Sabah =-.
aq nak mintak perhatian kpd semua driver bas,pandulah dgn selamat