Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi

Salam sejahtera buat semua.

[TerbaruMaklumat Fasa 2 Permohonan ke IPTA]

Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2009 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

FASA

  1. Permohonan bagi kategori ini terbahagi kepada dua fasa;
    1. Fasa 1 – Pendaftaran dan Permohonan
    2. Fasa 2 – Pengemaskinian
  2. Pemohon yang tidak membuat pendaftaran dan mengemukakan permohonan semasa Fasa 1, tidak boleh memohon pada Fasa 2 dan seterusnya tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA. Fasa 2 hanyalah untuk pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua.

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Matrikulasi , PASUM dan Asasi 2009 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  2. Lulus Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian, dan
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan
  4. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). Ini hanya untuk permohonan ke USM.

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • Fasa 1 – 10 Disember 2009 – 10 Januari 2010
    • Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
  2. Sebelum membuat permohonan di Fasa 1, pemohon perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.

USM

  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • Fasa 1 – 10 Disember 2009 – 29 Januari 2010
    • Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Matrikulasi seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM, calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

TARIKH TUTUP

  1. Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan bagi Fasa 1 adalah;
    • UPU – 10 Januari 2010
    • USM – 29 Januari 2010
  2. Tarikh tutup bagi Fasa 2 untuk UPU dan USM akan diumumkan kemudian tetapi biasanya dua minggu selepas pengumuman keputusan semester 2.

MAKLUMAT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

[diberitakan oleh ePutra]

Comments

53 responses to “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi”

  1. ili Avatar
    ili

    knp kt website 2 kuar semakan temu duga??

  2. kai Avatar
    kai

    mcmana dgn fasa 2 tu? mcmana nak ubah balik ?

  3. nash Avatar
    nash

    salam, bila tarikh kemaskini fasa 2 2010/2011 ntuk pelajar lepasan matrik??

  4. […] kepada para pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi yang telah membuat Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Fasa 1 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi yang dibuka dalam bulan Disember tahun lalu dan ditutup pada Januari 2010 sudah boleh membuat […]

  5. tinie Avatar
    tinie

    bila agaknye kita bole tau keputusan kemasukan ke IPTA utk lepasan matrik?

    1. beliamuda Avatar

      @tinie, dalam bulan ni jugak.

  6. athiq Avatar

    sya isi fasa1 je,mcm mn erk lau kta xkemaskini fasa 2…still dpt msuk u ker???

  7. wanmnopqr Avatar
    wanmnopqr

    bley ja..tp rsult msti kna gempak..

  8. mizah Avatar
    mizah

    sy pon nak taw gak..huhu

  9. rihan Avatar
    rihan

    salam, sy nk tanya..hari tu sy buat asasi undang-undang di uitm ..alhamdulillah sy diserap masuk di uitm yg sama untuk sambung degree tp sy x berminat dgn cos yg ditawarkan, bolehke sy nk pohon u lain dan program lain??

  10. amirrul Avatar
    amirrul

    nak tanya.saya terlambat isi result MUET dan no LHDN.adakah saya akan diterima ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge