Permohonan Kemasukan ke IPTA Secara Online Sepenuhnya Untuk Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf (Matrikulasi, PASUM dan Asasi) dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian (online) secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 Nov lepas dan tarikh tutup adalah pada 31 Dis ini.

Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Feb 2010 mulai pukul 12 tengahari sehingga 30 Mac 2010.

Menurut kenyataan itu lagi, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Bagi pemohon Fasa 1, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti ko-kurikulum yang disertai.


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

beliamuda: Kepada pelajar yang berkenaan, diharap anda dapat menyampaikan info ini kepada rakan anda kerana sistem secara online ini akan berakhir sebelum tahun ini bagi Fasa 1. Harap Maklum.

Comments

71 responses to “Permohonan Kemasukan ke IPTA Secara Online Sepenuhnya Untuk Sesi 2010/2011”

  1. ayu Avatar
    ayu

    salam…selain uitm….u mna yg ada pengambilan second intake..???

  2. Farra Avatar
    Farra

    ble bleh thu tarikh prmohonan ke ipta untuk sesi 2011/2012…..

    1. beliamuda Avatar

      @Farra, biasanya hujung tahun.

  3. eny Avatar

    eh2 cmne nk check tarikh kemasukan ke ipta untuk sesi 2011/2012

  4. fadhilah Avatar
    fadhilah

    saya pelajar spm 2010……
    saya nak tahu bagaimana hendak memohon borang permohonan ke ipta????

  5. ejan Avatar
    ejan

    apa nak buat time nie?masih sempat ke nak mohon masuk ipta?saya lepasan stpm 2009.

  6. muhdzulfar Avatar

    aslmkm…sye pljar spm 2010…
    sye nk thu bgaimna memhn brng prmhnan ke ipta…

  7. naj Avatar
    naj

    permohonan utk fasa ke-2 lepasan spm bile?trima kasih

  8. naj Avatar
    naj

    er.. mksud sya lepasan spm 2010/2011?

  9. lyfaa Avatar
    lyfaa

    ,,2 feb bru bkak???!!

  10. LaMizUna Avatar
    LaMizUna

    sye nk cbe tye psl fasa 1 sye xsmpt buat..
    tp apabile fasa 2..sye cbe hndak msok tp xdpt coz dy mmerlukan pengesahan username n pssword dri fasa 1..
    adakah msih bole memohon ipta slps kuarnye result?
    adakah prosesnye ag lmbt,drpd spe2 yg memohon upu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge