Permohonan Kemasukan ke IPTA Secara Online Sepenuhnya Untuk Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf (Matrikulasi, PASUM dan Asasi) dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian (online) secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 Nov lepas dan tarikh tutup adalah pada 31 Dis ini.

Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Feb 2010 mulai pukul 12 tengahari sehingga 30 Mac 2010.

Menurut kenyataan itu lagi, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Bagi pemohon Fasa 1, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti ko-kurikulum yang disertai.


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

beliamuda: Kepada pelajar yang berkenaan, diharap anda dapat menyampaikan info ini kepada rakan anda kerana sistem secara online ini akan berakhir sebelum tahun ini bagi Fasa 1. Harap Maklum.

Comments

71 responses to “Permohonan Kemasukan ke IPTA Secara Online Sepenuhnya Untuk Sesi 2010/2011”

  1. enul Avatar
    enul

    eh2, cane nk check upu..???
    x ley nk check agy nyh..
    uwa3..

  2. acap Avatar
    acap

    cmne klu nak masok ipta tp x beli pin upu????

    1. beliamuda Avatar

      @acap, tak boleh la sebab pin itu akan diperlukan dalam pendaftaran online UPU.

  3. nas Avatar

    ble prmohonan online utk kmasukan 2011/2012 ke uitm mula???

    1. beliamuda Avatar

      @nas, sesi tahun depan tu. tahun depan la bukaknya…

      1. piqa Avatar
        piqa

        @beliamuda,
        ade tarikh tepatx?

        1. beliamuda Avatar

          @piqa, tarikh tepat tu takde la, tapi rasanya sekitar bulan 2 kot. sesi disember tahun ni pun ada jugak.

  4. DAVID Avatar
    DAVID

    di mana minta borang unitar

  5. shila Avatar
    shila

    sy nk tye..sy lepasan diploma dr politeknik..da bis study may lpas..ble lg pmohonan upu akn kuar?

    1. beliamuda Avatar

      @shila, buat masa ni, semua permohonan UPU sudah ditutup dan kemasukan akan bermula pada Julai ini. Kena tunggu apa bila permohonan UPU dibuka semula pada masa depan. Tarikh tepat, saya tak pasti tahu.

  6. kimi Avatar
    kimi

    untuk lepasan stpm 2oo9 masih layak mengisi ambilan kemasukan sesi desember bagi upu? adakah upu untuk pengambilan hujung tahun dan kos yg ditawarkan sama spt kos upu ambilan julai?

    1. beliamuda Avatar

      @kimi, kemasukan dis mungkin lebih sedikit, tapi pasal course tu, saya tak dapat pastikan.

    2. anis nabila natasha Avatar

      adakan boleh menyambungkan pengajian di universiti jika mengulang bg subjek pengajian am…

  7. thilip Avatar
    thilip

    saya pljr spm 2010, blh tahu bila tarikh utk permohonan ipta 2011/2012

  8. ella Avatar
    ella

    ble permohonan kemasukan ke ipta sesi pengambilan disember 2010 januari 2011….plezzzzz reply dgn sgera….

  9. faiz Avatar
    faiz

    bila permohonan ke ipta pengambilan disember 2010 akan dibuka???

    1. hasni Avatar
      hasni

      bila prmohonan ke ipta pemgmbilan 2010 pengambilan kedua dibuka??utk degree….

      1. beliamuda Avatar

        @hasni, rasanya dah buka sekarang (untuk sesi dis)

    2. beliamuda Avatar

      @faiz, ada yang dah dibuka.

  10. kinos Avatar
    kinos

    Untuk pelajar yang mengambil SPM pada tahun 2010, bila boleh mendaftar untuk kemasukan IPTA? Lepas dapat keputusan ke?

    1. beliamuda Avatar

      @kinos, permohonan IPTA biasanya bermula pada penghujung tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge