Kisah Pak Cik Tua Yang Selamba

Salam sejahtera buat semua.

Tersebutlah kisah, pak cik tua yang selamba. Hidupnya sangat selamba. Lagaknya memang selamba. Semua yang melihat pun tahu pak cik tu sangat selamba. Oh pak cik tua, kamu sebenarnya memang selamba.

Saya pun tak tahu lah betul ke penggunaan istilah selamba dalam konteks ni. Nak kata selamba, perlakuan tu sebenarnya dah jauh sekali dari selamba. Tapi, kalau tengok daripada riak muka pak cik tu, rasanya semua akan kata pak cik tu pak cik tua yang selamba.

Kisah 1

Kejadian ni berlaku hampir enam bulan lalu. Pada masa tersebut, kami sekeluarga dalam perjalanan ke Melaka. Kami mengambil jalan yang menghubungkan Kuala Berang-Kuantan.

Rasanya, tempat kejadian tersebut di Kuala Berang. Di suatu jalan yang lurus, macam biasa la kan, kereta akan memecut. Tanpa diduga, di suatu jalan, seorang pak cik tua dengan selambanya melintas dengan motor.

Kalau dia memecut tu boleh tahan la jugak. Tapi bawa motor tu dengan penuh selamba je. Yang kereta kami ni dah mula membrek sambil mengehon pak cik tua tersebut. Malangnya, pak cik tua tersebut buat rilek je.

Nasib baik kereta sempat mengelak motor pak cik tua tu. Lagi nasib baik tiada kereta mengekori di belakang.

Kisah 2

Kejadian yang hampir serupa. Tapi kali ni situasinya lagi berbahaya. Semasa dalam perjalanan pulang daripada Pulau Pinang, melalui jalan Tanah Merah-Machang, di suatu simpang empat.

Walaupun tu simpang empat, tidak terdapat lampu isyarat di kawasan tersebut. Pada masa tu, kereta kami sedang memecut melalui jalan tu. Berdekatan dengan simpang empat tu, semua kereta yang ingin memasuki atau melintasi jalan raya itu akan berhenti.

Namun, seorang pak cik tua yang menaiki motor, baru sahaja berhenti di simpang empat tu untuk pergi ke seberang jalan. Tidak semena-mena dia menggerakkan motornya. Kereta kami yang datang dari arah Jeli terpaksa la dibrek dalam keadaan mengejut sambil hon dibunyikan.

Pak cik tua tu buat rilek pulak. Pemandu kereta lain yang berada di seberang hanya mampu mengeleng kepala masing-masing. Kebetulan ada kereta Proton Saga yang laju memecut dari belakang. Pemandu kereta tu tak perasan pun pak cik tua tu.

Nasib baik masa kereta tu memotong kereta kami, pak cik tua tu dah selamat tiba ke seberang jalan. Kalau tak, tak tahu la apa akan jadi…

beliamuda: Oh pak cik tua, sungguh selamba perbuatan kamu. Jangan nanti ada yang menyesal sudah la.

Comments

19 responses to “Kisah Pak Cik Tua Yang Selamba”

  1. aidi-safuan Avatar
    aidi-safuan

    orang tua.biasa la tuh.dia pon xkesah kalau apa2 jadik kat dia.sabar jerla… 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @aidi-safuan, sabar2…

  2. jeb Avatar

    sendiri bawa kereta sendiri mau ingat la.. bukan salah sape2.. yg lintas tu salah die la…

    tapi kalu folo motor slow.. ape hak kita nk suruh die laju or ketepi kalo jln sempit..

    die pn bwk kenderaan die gak kalau folo lori yg perlahan

    xnk pulak kita hon2 kn?

    1. beliamuda Avatar

      @jeb, follow motor tu lain citer la.. ni pasal pak cik tu lintas tetibe je.. padahal dia yg kene berhenti sebab dia nak cross jalan. kalau cross laju boleh tahan la jugak, tapi dia cross slow n selamba lak tu..

  3. faris Avatar

    situasi ak best gak wei… tgh2 pecut laju2, dia pi lintas naik BASIKAL TUA x tgk kiri kanan.. dsbbkan mengelak, kete aku pulak terbabas kat kiri jalan (kebetulan pulak kiri jalan tu kubur.. hehe)…

    alhamdulillah xde org kat tepi n xde kete kat blkg.. pakcik tu buat x heran je… adei.. selamba2.. moral of the story: tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.. huhu
    .-= faris´s last blog ..The Virtues of Muharram and ‘Aashooraa’ =-.

    1. beliamuda Avatar

      @faris, pergh. mung yg bawak ke?

  4. rossa Avatar

    ase2 pakcik tu xdgr kot…beselah dh tua..tlnga k o jeeee

    1. apis Avatar

      betul2,setuju sangat!

    2. beliamuda Avatar

      @rossa, kalau betul cmtu, tak boleh bawa motor la. tak lulus syarat nak pegang lesen..

  5. nOj Avatar

    heheh pakcik selamba telinga dah tak brape dengar kot… huhuhu berhati2 la dgn pakcik2 selamba
    .-= nOj´s last blog ..Chicken Nugget homemade (translate – nuget ayam buatan rumahku) =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nOj, tu la. mmg kena lebih caution di masa depan..

  6. e Avatar

    ni pakcik terlampau ni

    1. apis Avatar

      ape yg terlampau tu?

    2. beliamuda Avatar

      @e, kalau aku letak tajuk ni mmg lagi menarik perhatian kan? hehe…

  7. apis Avatar

    aku rase lah,ko kene bawak kete dengan hati2 lah.pak cik tua tu nyanyok kot.

  8. senorita nadya Avatar

    sangat salute lah si pakcik tua. anda boleh cool saje. sedangkan org laen bermandi peluh sampai ade yang darah tggi melihat anda. hoho.
    .-= senorita nadya´s last blog ..ibu kepada adik:D =-.

    1. apis Avatar

      darah tinggi x pe,jangan mati mengejut sakit jantung sudah.hehehehe

  9. azrahazhar Avatar
    azrahazhar

    nasib baik sempat brek..kalo x sempat? arwah dah pakcik tu..

    1. beliamuda Avatar

      @azrahazhar, itulah. nasib baik sempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge