Kenapa Saya Mula Berblog?

Salam sejahtera buat semua.

bersambung

Kenapa saya mula berblog? Melihatkan perkembangan semasa yang sihat dan pesat di dunia blog, dengan pertambahan mendadak pengguna blog percuma seperti blogspot, wordpress, live journal dan macam-macam lagi, apatah lagi mereka yang berblog menggunakan domain dan hosting sendiri, saya mula terimbau semula kenapa saya berblog.

Masuk bulan Disember tahun ni, hampir genaplah setahun saya mula berblog semula setelah lama terhenti sebelum itu. Tidak lama kemudian, beralih ke domain dan hosting sendiri, merangkak-rangkak belajar perkara berkaitan teknikal dan apa yang diperkatakan sebagai SEO dan SERP.

Terikut dengan trend semasa

Semasa saya membina blog sendiri di perkhimatan blog percuma blogspot dan wordpress pada lewat 2007, ianya disebabkan saya terikut dengan trend semasa. Pada masa tu, selalu sahaja baca blog-blog yang ditemui melalui enjin carian Google dan Yahoo. Blog yang berdomain sendiri pun masih kurang lagi.

Kebetulan dalam majalah PC, sudah banyak kali tutorial ringkas disediakan untuk membina blog di blogspot. Lama-lama, timbul juga keinginan untuk ada blog sendiri. Akhirnya, setekah diilhamkan dengan nama pena “beliamuda”, saya terus sahaja mendaftar di blogspot dan wordpress (combo terus masa tu).

Tapi, disebabkan tiada minat yang mendalam, saya hanya sesekali sahaja update blog pada masa tersebut. Tu pun banyak juga yang dikopipes terus daripada hasil tulisan orang lain. Lama-kelamaan, terus tak update sebab minat pun hilang.

Galakan daripada rakan-rakan

Selepas hampir setahun berlalu sejak saya masuk ke dunia blogger, saya kembali menulis semula. Ini disebabkan perkembangan baik blog di kalangan rakan-rakan. Pada masa ni, semakin ramai rakan-rakan yang berblog dan saya hanya menjadi pembaca senyap sahaja.

Akhirnya, kebetulan pada masa tersebut cuti semester, tergerak hati nak buka blog lama tu. Terperasan ada satu komen daripada seorang rakan. Komen daripada Irda itulah yang sedikit sebanyak menggerakkan saya untuk menulis semula.

Akhirnya, saya mula menulis semula dan mencari rentak menulis. Kebetulan pada masa tu aktif juga di sebuah forum tempatan. Dari situ, minat blogging dibina semula untuk memenuhi kepuasan diri.

Keseronokan dan Keghairahan

Semakin lama saya berblog, keseronokan dan keghairahan semakin timbul. Walaupun kadang-kadang timbul perasaan malas, tidak dapat tidak, saya rasa tercabar melihat orang lain mampu berblog dengan baik.Akhirnya, saya beralih ke domain dan hosting sendiri.

blogspot theme

Semakin jauh saya masuk ke dalam komuniti blog Malaysia, saya telah menjumpai banyak blog-blog yang boleh dikatakan menjadi penggerak terawal kepada saya. Yang terawal memberi kesan ialah Justkhai, kemudiannya hadir lagi beberapa nama seperti Topo, Kak jie dan ramai lagi.

Melalui komuniti blogger seperti Negaraku, IMCurtain dan Gengblogger, semakin ramai rakan blogger yang saya kenali. Tapi, sumber inspirasi yang utama masih lagi kekal; “Kau Menjadi Inspirasi Untukku Menulis Kembali”.

beliamuda: [1] Tersilap eja mula jadi mual, maka tertulislah “saya mual berblog”, ngeh3 [2] Memulakan blog adalah mudah, untuk mengekalkan rentak berblog tu yang payah…

Comments

23 responses to “Kenapa Saya Mula Berblog?”

  1. iena Avatar

    thanks sebab share kat sini…
    .-= iena´s last blog ..5 Steps to Body Confidence =-.

    1. beliamuda Avatar

      @iena, sama-sama…

  2. lee Avatar

    bez kowt blogging nih. ngahaha…
    kalau ade domain sendiri, laggiiiii bez. ;p

    1. beliamuda Avatar

      @lee, nnt boleh la dapatkan domain sendiri…

  3. Pisyek Avatar

    weh… tumpang tanye…

    ko hosting kat ne blog nih???
    .-= Pisyek´s last blog ..High Dynamic Range (HDR) =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, aku hos di TNN… T&N la kot.. hehe.. npe?

      1. Pisyek Avatar

        @beliamuda,

        saje… best ke? kalo best nk try gak service dia tu.. hahaha….
        .-= Pisyek´s last blog ..High Dynamic Range (HDR) =-.

        1. beliamuda Avatar

          @Pisyek, ok la bagi hosting murah. tapi aku rasa cam nak pindah gi hosting lain la plak.. hehe..

  4. nOj Avatar

    go go chaiyok chaiyok… kira kira kalau org xde blog ni boleh la dikatekan ‘koman’ atau ‘kodi’ huhuh
    .-= nOj´s last blog ..saya SETIAUSAHA… tapi saya tidak sepanjang masa menambah bedak di muka =-.

  5. princess Avatar
    princess

    tp skrg ni sy plak yg kehilangan smgt nk berblog. mungkinkah blog ku itu akan terabai? huhu

    1. beliamuda Avatar

      @princess, ni pun berblog sambil meluangkan masa kat umah. rasanya bila start sem depan, dah tak dapat nak berblog macam ni lagi…

  6. denaihati Avatar

    Setiap hari yang kita tinggalkan merupakan kenangan dan pengalaman… HIDUP BERANI UNTUK GAGAL…teruskan blogging.

    1. beliamuda Avatar

      @denaihati, terima kasih. harap2 dapat terus berblogging…

  7. Eldy Avatar

    Gua rasa ingin berblog sebab dah jemur melepak kat web sosial haha ~
    .-= Eldy´s last blog ..Cara kreatif menukar background blog =-.

  8. a1zudd1n Avatar

    arap2 ak pn leh ad domain n hosting sendiri..hehe

    1. muhammad fakhruddin Avatar

      @a1zudd1n, sama la kita 😉
      .-= muhammad fakhruddin´s last blog ..PMR-Sandarkan Pada Kenangan =-.

  9. zool Avatar

    Tahniah dan semoga kuat berusaha..
    .-= zool´s last blog ..Kanun Tanah Negara =-.

    1. beliamuda Avatar

      @zool, terima kasih zool

  10. mohdisa Avatar

    semoga blogger malaysia terus maju kehadapan. hehe
    .-= mohdisa´s last blog ..Serangan Malware Bakal Menemui Kita di 2010 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @mohdisa, sama-sama kita menggerakkannya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge