Penahanan Dr Asri oleh JAIS

Salam sejahtera buat semua.

Dr Asri ditahan

Semalam, saya terperasan tentang perbincangan berkaitan Dr Asri di twitter. Tweet tersebut hanya berkisar tentang kuliah yang akan diadakan Dr Asri.

Kuliah oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada hari Ahad, 1 Nov 2009 jam 8.00mlm di No 2, Lrg 2C, Taman Sri Ukay. Semua dijemput hadir.

Minda Tajdid

Tidak berapa lama kemudian, timbul pula tentang rumah banglo kuliah tersebut diadakan telah dikepung oleh polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tapi, disebabkan keadaan yang agak letih dan tidak mengizinkan semalam, saya terpaksa tidur awal dan tidak dapat mengikuti apa yang berlaku seterusnya.

Dr Asri Ditahan

Awal pagi, selesai segala urusan penting, terus sahaja saya ikuti semula tweet yang tertinggal dan membelek akhbar-akhbar utama. Terkejut juga dengan tajuk utama di Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia Depan Dr Asri

Seperti yang ditulis dalam berita tersebut, Dr Asri telah ditahan lewat 12 tengah malam setelah rundingan dilakukan antara pegawai JAIS dan para tetamu serta tuan rumah.

Apa yang tidak enak ialah komen daripada salah seorang yang berada di tempat kejadian. Lobai Tampin dalam entri blognya mendakwa tindakan pegawai JAIS kelihatan tidak rasional dan kurang ajar berbanding tindakan pegawai polis yang lebih sopan.

Dr Asri dibebaskan semula sekitar 1.10 pagi setelah dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang. Tiada keterangan yang diambil selama sejam penahanannya. Tindakan penahanan ini telah menyebabkan orang ramai mempersoalkan motif JAIS atas tindakan ini yang menahan Dr Asri dengan tuduhan, “menyampaikan kuliah tanpa tauliah”.

Isu Bantahan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Beberapa hari sebelum itu, Dr Asri telah dikaitkan dengan bantahan oleh PGSM. Bantahan ini berkaitan dengan melantik Dr. Asri sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Memorandum bantahan ini telah dihantar kepada ang di-Pertuan Agong.

Di bawah ini ialah sidang media yang telah dilakukan oleh Dr Asri berkaitan isu ini.

Memorandum itu menyatakan Dr. Asri mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali serta tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jawatan Yang Dipertua Yadim ditawarkan kepada Dr. Asri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (diakui sendiri oleh Dr Asri dalam video pertama, sebanyak dua kali).

beliamuda: banyak spekulasi dibuat berkaitan dengan isu penahanan ini. JAIS dimaklumkan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Perdana Menteri telah menafikan penglibatan kerajaan pusat dalam kes ini. Tiada dakwaan dilakukan oleh JAIS pada pagi tadi. Ada berita melaporkan Dr Asri akan menyertai sebuah parti politik. Parti yang manakah?

23 thoughts on “Penahanan Dr Asri oleh JAIS

    • @Hong C.W., Saya setuju dengan Hong. Yang menghairankan saya kenapa seorang bekas mufti ditangkap sebagai seorang yang mengajar tanpa tauliah. Kalau xde tauliah kenapa pernah jadi Mufti. Adoi.

    • Pastikan awak Dr Asri itu revolusioner agama? Atau dia hanya menimbulkan salah faham and perselisihan antara umat Islam di Malaysia sahaja.

      Apa revolusi yg dia telah dia cadangkan?

      Dia hanya menyentuh perkara2 yang tak mendatangkan keuntungan yang lebih daripada apa yang telah kita perolehi hasil selama ini dan telah di ijtihadkan daripada buah fikiran ulama-ulama dahulu yang ternyata lebih luas and dalam ilmu dan peradaba islamnya daripada Dr Asri sendiri.

      Saya fikir diluar sana ada lagi ulama muda yang lebih bagus dan lebih tepat laluannya dan tujuannya berbanding Dr Asri. Jangan cepat terpengaruh dengan orang yang bijak berbicara and pandai memanipulasi ayat menjadikan kita terpesona dengan kata-katanya. Fikir and kaji daripada mana sumber kenyataan Dr Asri…adakah cetusan2 ilmu itu datang daripada susur galur yang selari dengan Islam, Quran, Hadis, Ijtihad2 Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan paling penting adakan dia selari dengan apa yang di turunkan oleh Rasullullah SAW melalui Jibrail daripada Allah SWT.

      Saya fikir Dr Asri lebih baik berfikir dan menggunakan ilmu dan tenaga beliau untuk membangunkan generasi muda Islam. Mencari revolusi macamana nak menjadikan belia islam tertarik dengan ajaran islam, menjadi muslim profesional dan di hormati oleh orang bukan islam. Lagi bagus daripada dia bercakap ttg ak perlu tahlil etc.

      Jika dia benar dan betul jalannya – saya rasa dia takkan menajdi sebegitu kontroversi dan pasti disukai oleh semua lapisan masyarakat – ulama dan orang2 marhaen sperti kita semua. “Siapalah yang nak mengaku terkentut kalau tiba2 ada bau busuk”. Siapalah nak mengaku Wahabi..kalau dia sudah tahu perbuatannya itu mengundang bencana bagi dirinya. Manusia memang begitu lumrahnya – pandai bersandiwara..hanya Allah sahaja yang tahu.

      • @Saya,
        aku x nampak yg dr sentuh tidak membawa keuntungan?
        dari segi apa tu?
        kebanyakannya ia berkata benda yg benar.
        adakah semua yang melantik dr sbagi Mufti dulu
        itu terlalu jahil?
        sekarang ni pun cuba kau cerita
        yg mana bab2 dia sentuh xder susur galur dgn yg kau mentioned
        diatas?

  1. dari pembacaan aku,byk spekulasi yang dtimbulkan..

    ferst–politik..ada kmungkinan ‘tangan ghaib’ yang menyuruh penagkapan dibuat..dlm ceramah tu,ada adun pkr turut sama dan dr asri tidak mengetahui kehdirannya..ni aku baca ktne eh tak ingt..sblum kejadian itu,parti PAS yg telah mengoffer Dr Asri tuk join mereka dgn menghantar harun taib xsilap menemuinya..

    second–isu wahabi..ada sesetgh org berpendapt dr asri berfahaman wahabi..yg mendorong pada penangkapanya..tapi xsilap aku,dr asri ni penah wt pengakuan scara tbuka,dia bukan wahabi..

    aku memg respek dia ni..dia memg tegas dan tidak cenderung pada mana2..yg mana salah nmpk plik dia tegur,tidak kira org tu kerajaan atau orang dari parti islam..tp kcewa lak,LAN skang takleh masuk drmaza.com…lu boleh jek..ceh..haha.UTP2..

  2. 1. Org Islam semayang sampai 2 imam ader tauliah ker?

    2. Org yg keluar fatwa Beer bukan minuman keras ada tauliah ker?

    3. Fatwa undi pas masuk syurga ada tauliah ker?

    4. Org Islam yg hina nabi hina tuhan ada tauliah ker?

    5. Orang kapir baca quran bila ceramah politik ada tauliah ke?

    6. orang islam,bagi ceramah dalam gereja,ada tauliah ke?

    7.orang islam bagi orang kapir/islam buka kelab malam dan disko sampai larut malam ada tauliah ke?

    8.artis buat konsert amal dapat tauliah ke? ada dalam islam ke?

    9.Anwar baca khutbah dan beri ceramah agama dalam masjid ada tauliah ke???

    10. Apakah gerakan dakwah Jemaah Tabligh, pendakwah-pendakwah bebas yang bergerak dari masjid ke masjid mempunyai tauliah?

    11. Apakah penceramah-penceramah agama yang bergerak dari rumah ke rumah, meletakkan semua aktiviti agama yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak betul belaka itu mempunyai tauliah?

    12.orang islam kata mufti bapak setan ada tauliah ke? sila tgk –> http://www.youtube.com/watch?v=qDyH9qtBp8Q

    Bila agama digunakan untuk cari makan… inilah jadi nya!

    orang bodoh bertindak ikut perasaan, orang bijak bertindak ikut fikiran!

    dr asri nak ceramah sebar wahabi pada malam dia ditangkap ???
    mana buktinya?

    bila tanya jais, kata atas aduan orang ramai, bila tanya polis,kata pergi hanya untuk mengawal keadaan.

    Rasanya, kepada orang yang menuduh dr asri Wahhabi ni,baik adakan satu forum atau debat terbuka secara lansung(sebab dia kata dia bukan wahabi)… biar seluruh rakyat tengok dan nilai jugak…. ingat ketika abuya al-arqam disoal secara lansung dulu ???.. dari situ rakyat boleh menilainya sendiri….

    boleh juga tengok pegawai agama berhujah dengan Bekas mufti termuda yang ada sarjana dan levelnya dulu pada tahap boleh mengeluarkan fatwa!

    kepada mereka yang kononnya pejuang salafi,atau pejuang tulen ASWJ, terutamanya para pentaksub ulamak politik …. jaga-jaga, cermin juga diri sendiri…kadang-kadang kamu lebih menyesatkan dari orang yang kamu tuduh!dan kadang-kadang orang yang kamu puja lebih bangsat melacurkan agama dari orang yang kamu tuduh!

    saya bukan wahabi , tetapi dalam kes dr asri ni…. nampaknya ada yang tak kena! sila selesaikan dengan cara yang bijak!!! semoga keadilan tertegak!

  3. aiyark!!
    masa tgk berita ni kat frontpage paper semalam aku terfikir
    aku dah tak faham ngan Malaysia ni
    huhu
    tah undang2 mana la yang ditegakkan
    bila bercakap soal agama…ada je pandangan yang serong
    soal tuduhan PGSM tu aku taktau la sejauhmana kebenarannya
    tp…perlu ke dapatkan kebenaran untuk menyampaikan ilmu agama?
    .-= teh´s last blog ..Back to Basic! =-.

    • @teh, alasan yang diberikan untuk tauliah ini ialah untuk mengawal sebaran dakwah. Nak mengelakkan benda salah @ sesat disebarkan. Itulah yang didakwa oleh pemberi tauliah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge