Pemuda zaman sekarang, pemudi masa kini

Salam sejahtera buat semua.

Alkisah, tersebutlah perbualan di antara segolongan pemuda dan pemudi. Sebenarnya ada seorang je pemudi ni. Dah tu tanah kepunyaan dia. Pemuda je la yang takde kerja pergi menyibuk di tanah kepunyaan pemudi tu.

Terjadilah perbualan antara mereka. Pemuda dengan banyak cakap macam dah tak ingat dunia. Yang pemudi pulak boleh dia suruh pemuda tu buat macam rumah sendiri. Alang-alang orang dah bagi peluang, gunakan sebaiknya je la.

Borak punya borak, dah berlarutan ke macam-macam topik lak. Pelbagai jenis bahasa keluar. Bahasa pasar, bahasa istana dan segala loghat yang ada. Nasib baik tak keluar bahasa kesat je lagi.

Kemudian, pemudi yang asyik je mendengar sambil mencelah sekejap-sekejap, membawa keluar adik-adiknya yang comel. Adiknya ni pun bakal jadi pemudi gak. Mungkin nak suruh teman kakaknya daripada anasir-anasir kurang sihat yang dibawa pemuda kot.

Pemuda yang sorang ni, entah apa namanya terus je mengusik si pemudi tadi. Dia suruh la si pemudi ni tolong dia mengayat budak yang dua orang tu. Dua orang pemuda tu siap boleh cop pulak nak ambil mana satu. Asyik je dua orang ni nak pilih-pilih antara budak comel yang berdua ni. Muka pun dah ada iras-iras kakaknya yang kiut tu. 😛

Sekali kakak budak comel berdua tu pun mencelah dengan penuh sinisnya, “Apa la nak jadi dengan pemuda zaman sekarang. Budak kecik macam ni pun nak mengayat”.

Fuh, terasa lain pulak pemuda seorang ni. Terus je dia jawab, “Nak buat macam mana, pemudi masa kini jual mahal”.

Kemudian, terus semua senyap. Tak tahu nak sambung mana dah. Betul ke pemudi tu jual mahal sebenarnya? Yang pemuda ni lak sedap je jawab.

beliamuda: hakikatnya, aku yang tak tahu nak sambung mana dah… haha~

34 thoughts on “Pemuda zaman sekarang, pemudi masa kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge