SPM guna sistem gred baru

Salam sejahtera buat semua.

grade spm

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah lama saya tinggalkan. Tiga tahun telah berlalu. Saban tahun, peningkatan pelajar yang mendapat semua 1A, A dan apatah lagi lulus telah meningkat dengan drastik lagi. Seiringlah dengan peningkatan kualiti pendidikan walaupun masih banyak lagi anak-anak melayu kita tak kira di bandar mahupun kampung masih leka dengan benda-benda lain.

Dengar cerita orang-orang kampung saya dulu, masa generasi mereka kalau dapat lulus SPM pun dah kira sangat bagus. Susah sangat la masa tu nak lulus SPM. Dengan kelengkapan yang serba kekurangan. Dulu mana ada buku-buku rujukan yang berlambak macam sekarang dengan bank-bank soalan yang banyak.

Terkejut juga beberapa hari lepas terbaca tentang penggredan baru untuk SPM. Penggredan yang ditingkatkan bagi membezakan pelajar yang betul-betul cemerlang diantara yang cemerlang. Semua cemerlang la kan.

Untuk gred baru, boleh rujuk jadual berikut:

Gred Sedia Ada

Gred Baru

A+

1A

A

2A

A-

3B

B+

4B

B

5C

C+

6C

C

7D

D

8E

E

9G

G

Penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G seperti di atas.

Dengan perubahan dalam perincian pencapaian ini, dirasakan akan ada perubahan besar dalam pecahan pelajar cemerlang. Kalau sebelum ni, bilangan semua 1A dikatakan cemerlang, untuk mendapatkan kesemua A+ bukan sesuatu yang mudah.

Kemungkinan markah untuk A+ ini adalah sekitar 90 ke atas. Tapi, ini mungkin juga bergantung kepada pencapaian keseluruhan pelajar pada tahun tersebut. Tentu kita biasa dengar macam mana gred direndahkan atau ditinggikan bergantung kepada tahap pencapaian pelajar pada tahun tersebut.

Sistem baru ini akan bermula dengan pelajar SPM 2009. Pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan paling cemerlang ini akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapatkan pembiayaan pembelajaran selepas SPM. Kalau tengok keadaan sekarang, terlalu ramai pelajar mendapat 1A sehinggakan ada yang merungut kenapakah pelajar tersebut tidak mendapat pembiayaan selayaknya.

Satu keburukan yang pada pandangan penulis ialah pengukuhan lagi sikap pelajar ke arah berorientasikan peperiksaan. Pastinya lebih ramai akan berlumba-lumba mendapatkan keputusan paling cemerlang ni. Diharapkan golongan paling cemerlang ini menafikan segala tanggapan buruk tersebut.

beliamuda: tak dapat nak jejak kaki kat PWTC pada tahun 2007…

Comments

76 responses to “SPM guna sistem gred baru”

  1. yan Avatar
    yan

    buat le apa sistem gred pun! ramai pelajar kita macac kayu hanyut di sungai, ke hulu ke hilir tanpa tujuan. Yang cemerlang tu dah tentu ada tempat dan masa depan. Yang tak kisah ni yang perlu di betulkan. Cammna nanti tahun 2020? negara penuh ngan eo bangla dan pati? ke orang melayu malaysia yang jadi pati kat negara orang?

  2. anisah Avatar
    anisah

    8E utk spm 2008 maksud lulus ke tak?

    1. peros 2011 Avatar
      peros 2011

      @anisah, lulus

  3. Puteri Julia Avatar
    Puteri Julia

    hahah saya pun akan mghadapi spm tahun ni,tapi tinggal lagi 2 paper je….susah la gred baru ni.ehh betul ke x akan ade gred g/-g dlam slip kite nanti? saya nak tnyer,agak2nyer lau markah dlam lngkungan 22-35 ke atas agak2 boleh lulus ke???hahaha helpp me,nak tauu…sbb dlam trial slalu pat markah lebeh kurg camtu je….hahaha! lawakh2…!

  4. mieyju Avatar

    hahah saya pun akan mghadapi spm tahun ni,tapi tinggal lagi 2 paper je….susah la gred baru ni.ehh betul ke x akan ade gred g/-g dlam slip kite nanti? saya nak tnyer,agak2nyer lau markah dlam lngkungan 22-35 ke atas agak2 boleh lulus ke???hahaha helpp me,nak tauu…sbb dlam trial slalu pat markah lebeh kurg camtu je….hahaha! lawakh2…!

  5. hOI93 Avatar
    hOI93

    I GOT 2E..ble msuk u jga ke tu..:(

    1. beliamuda Avatar

      @hOI93, mungkin sukar.

      1. hOI93 Avatar
        hOI93

        @beliamuda, yaka.. jdi..
        cm na tu bru ble?

        1. beliamuda Avatar

          @hOI93, kemungkinan, kalau tak boleh masuk IPTA, kena usahakan di IPTS. Kebiasaannya, kos lagi mahal la.

  6. […] Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon. Bagi yang masih terkejut dengan sistem baru (ada yang masih lagi tak tahu dan tidak sedar akan perubahan ini), boleh rujuk penggunaan sistem gred baru untuk SPM. […]

  7. Petak Avatar
    Petak

    Assalammualaikum.. saya nk brtnye kat korang nih.. ni lebih kpd mnta tlg.. saya x tawu la credit tu dberi brdsarkn gred mcmne ye? C ke, C+ ke, ataupn D?? tlg la ye..

    1. peros 2011 Avatar
      peros 2011

      @Petak, C tu dikira kredit. kalau D tu sama macam dapat 7D kalau ikut sistem spm yang lama.

    2. beliamuda Avatar

      @Petak, Waalaikumussalam. tak faham maksud soalan ada ni.

  8. Rhue Avatar
    Rhue

    As salam.
    Maaf. Pertanyaan saya ini bukan berkaitan SPM tetapi PMR.
    Dalam slip keputusan peperiksaan PMR, GRED A ada dicatat status CEMERLANG. Tetapi terdapat 3 matapelajaran iaitu BM, BI dan MATHEMATICS walaupun mendapat GRED A tidak dicatat status CEMERLANG. Kenapa boleh jadi begitu?
    Terima kasih.

    1. beliamuda Avatar

      Wasalam.
      Saya pun pelik kenapa terjadi begitu.
      Mohon bertanya kepada pihak yang lebih arif seperti pihak sekolah, PPD atau JPN.
      Sama-sama.

      1. miss Avatar

        assalamualaikum . nak tanya . kalau 2B+ 4C+ 1D 1E . boleh ke nak masuk politeknik .

  9. miss buntu Avatar

    salam…na tye ni…kalau kredit 2,gred dy C ea ? n kalau kepujian,gred dy ape ?

  10. wan Avatar

    klu mcm nie tlg komen
    BM (B+)
    PSV(B+)
    PI (C)
    MAT (D)
    SN (D)
    SEJ (D)
    GEO (E)
    SAS(E)
    BI (G)

    tlg komen sye x tw nk wat pe….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge