SPM guna sistem gred baru

Salam sejahtera buat semua.

grade spm

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah lama saya tinggalkan. Tiga tahun telah berlalu. Saban tahun, peningkatan pelajar yang mendapat semua 1A, A dan apatah lagi lulus telah meningkat dengan drastik lagi. Seiringlah dengan peningkatan kualiti pendidikan walaupun masih banyak lagi anak-anak melayu kita tak kira di bandar mahupun kampung masih leka dengan benda-benda lain.

Dengar cerita orang-orang kampung saya dulu, masa generasi mereka kalau dapat lulus SPM pun dah kira sangat bagus. Susah sangat la masa tu nak lulus SPM. Dengan kelengkapan yang serba kekurangan. Dulu mana ada buku-buku rujukan yang berlambak macam sekarang dengan bank-bank soalan yang banyak.

Terkejut juga beberapa hari lepas terbaca tentang penggredan baru untuk SPM. Penggredan yang ditingkatkan bagi membezakan pelajar yang betul-betul cemerlang diantara yang cemerlang. Semua cemerlang la kan.

Untuk gred baru, boleh rujuk jadual berikut:

Gred Sedia Ada

Gred Baru

A+

1A

A

2A

A-

3B

B+

4B

B

5C

C+

6C

C

7D

D

8E

E

9G

G

Penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G seperti di atas.

Dengan perubahan dalam perincian pencapaian ini, dirasakan akan ada perubahan besar dalam pecahan pelajar cemerlang. Kalau sebelum ni, bilangan semua 1A dikatakan cemerlang, untuk mendapatkan kesemua A+ bukan sesuatu yang mudah.

Kemungkinan markah untuk A+ ini adalah sekitar 90 ke atas. Tapi, ini mungkin juga bergantung kepada pencapaian keseluruhan pelajar pada tahun tersebut. Tentu kita biasa dengar macam mana gred direndahkan atau ditinggikan bergantung kepada tahap pencapaian pelajar pada tahun tersebut.

Sistem baru ini akan bermula dengan pelajar SPM 2009. Pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan paling cemerlang ini akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapatkan pembiayaan pembelajaran selepas SPM. Kalau tengok keadaan sekarang, terlalu ramai pelajar mendapat 1A sehinggakan ada yang merungut kenapakah pelajar tersebut tidak mendapat pembiayaan selayaknya.

Satu keburukan yang pada pandangan penulis ialah pengukuhan lagi sikap pelajar ke arah berorientasikan peperiksaan. Pastinya lebih ramai akan berlumba-lumba mendapatkan keputusan paling cemerlang ni. Diharapkan golongan paling cemerlang ini menafikan segala tanggapan buruk tersebut.

beliamuda: tak dapat nak jejak kaki kat PWTC pada tahun 2007…

Comments

76 responses to “SPM guna sistem gred baru”

  1. gasalan Avatar
    gasalan

    apakah markah untuk A-???adakah 70 atau 65????

    1. beliamuda Avatar

      @gasalan, penggredan untuk A- rasanya sekitar 80 sahaja kot.. tpi, mungkin bergantung pada prestasi pelajar pada tahun tu jugak…

  2. faten Avatar
    faten

    knape?
    knape?
    knape?
    knape 75 mukan a tp b?
    anyone can answer my question!
    huh skunk budak da la mlz nk blaja..
    aiyaaa..tgk gred truz ancur luluh aty aq..
    hahahah

    1. beliamuda Avatar

      @faten, aish, cam rendah la pulak kalau 75 tu A. Kalau ikut standard yang tinggi, 75 tu dah B (sebelum B ada B+, A dan A+)..

      kalau belajar sebab exam, memang payah la.. huhu~

  3. lia_92 Avatar
    lia_92

    salam…
    paper spm thn n aras rendah taw…
    solan2 tok paper pure sc like bio,chem,fzk n +math
    pn mudah la law compare ngn thn2 lps..
    tp problm ny kitorang xder r prepare tok solan mudah cm 2!!!
    so nk jd cter kire kantoi la jgk…tp ntah la,tyme jwb 2 i redah je,,,goreng2 g2!!hahahah…
    law xder A+,cacat r result…adoiii…
    aper la,nk wat uji kaji pn bg taw la awl2 start msk skull 2009,br r ktorg adapt lu ngn sstem n…krjaan2..!!!

    1. beliamuda Avatar

      @lia_92, apa2 pun, semoga dapat result yang best~

  4. fatin Avatar
    fatin

    bolehkah 65 jadi A-…..saya sangat takutlah…

    1. beliamuda Avatar

      @fatin, entahla. penggredan juga bergantung pada prestasi pelajar pada tahun tersebut..

  5. jojo Avatar

    kenapa meningkatkan gred kemarkahan diamalkan masa saya membuat spm.bolehka dilaksanakan tahn hadapan.

    1. beliamuda Avatar

      @jojo, kemudian pelajar tahun depan pun akan berkata perkara yang sama…

  6. arman Avatar
    arman

    tahun ni jgak lar nk tkar gred…..grrrrrrr

    1. beliamuda Avatar

      @arman, 😀

    2. Pisyek Avatar

      @arman, bagus ape… mwahahaha… XD

  7. […] kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 yang mendapat semua A+ (berdasarkan sistem gred baru SPM) dalam subjek yang diambil, dengan minima 9 […]

  8. cheq.com Avatar
    cheq.com

    cheq tak ambil SPM pon..

  9. […] kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 yang mendapat semua A+ (berdasarkan sistem gred baru SPM) dalam subjek yang diambil, dengan minima 9 […]

  10. nick hazwe Avatar
    nick hazwe

    semua yang ambil spm pda thun ini harap2 boleh berjaya

    1. beliamuda Avatar

      @nick hazwe, amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge