SPM guna sistem gred baru

Salam sejahtera buat semua.

grade spm

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah lama saya tinggalkan. Tiga tahun telah berlalu. Saban tahun, peningkatan pelajar yang mendapat semua 1A, A dan apatah lagi lulus telah meningkat dengan drastik lagi. Seiringlah dengan peningkatan kualiti pendidikan walaupun masih banyak lagi anak-anak melayu kita tak kira di bandar mahupun kampung masih leka dengan benda-benda lain.

Dengar cerita orang-orang kampung saya dulu, masa generasi mereka kalau dapat lulus SPM pun dah kira sangat bagus. Susah sangat la masa tu nak lulus SPM. Dengan kelengkapan yang serba kekurangan. Dulu mana ada buku-buku rujukan yang berlambak macam sekarang dengan bank-bank soalan yang banyak.

Terkejut juga beberapa hari lepas terbaca tentang penggredan baru untuk SPM. Penggredan yang ditingkatkan bagi membezakan pelajar yang betul-betul cemerlang diantara yang cemerlang. Semua cemerlang la kan.

Untuk gred baru, boleh rujuk jadual berikut:

Gred Sedia Ada

Gred Baru

A+

1A

A

2A

A-

3B

B+

4B

B

5C

C+

6C

C

7D

D

8E

E

9G

G

Penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G seperti di atas.

Dengan perubahan dalam perincian pencapaian ini, dirasakan akan ada perubahan besar dalam pecahan pelajar cemerlang. Kalau sebelum ni, bilangan semua 1A dikatakan cemerlang, untuk mendapatkan kesemua A+ bukan sesuatu yang mudah.

Kemungkinan markah untuk A+ ini adalah sekitar 90 ke atas. Tapi, ini mungkin juga bergantung kepada pencapaian keseluruhan pelajar pada tahun tersebut. Tentu kita biasa dengar macam mana gred direndahkan atau ditinggikan bergantung kepada tahap pencapaian pelajar pada tahun tersebut.

Sistem baru ini akan bermula dengan pelajar SPM 2009. Pelajar-pelajar yang tergolong dalam golongan paling cemerlang ini akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapatkan pembiayaan pembelajaran selepas SPM. Kalau tengok keadaan sekarang, terlalu ramai pelajar mendapat 1A sehinggakan ada yang merungut kenapakah pelajar tersebut tidak mendapat pembiayaan selayaknya.

Satu keburukan yang pada pandangan penulis ialah pengukuhan lagi sikap pelajar ke arah berorientasikan peperiksaan. Pastinya lebih ramai akan berlumba-lumba mendapatkan keputusan paling cemerlang ni. Diharapkan golongan paling cemerlang ini menafikan segala tanggapan buruk tersebut.

beliamuda: tak dapat nak jejak kaki kat PWTC pada tahun 2007…

Comments

76 responses to “SPM guna sistem gred baru”

  1. Nikuve Avatar

    hehe.. lagi gred baru disini. Tiru ala-ala IPTA/IPTS kot..
    .-= Nikuve´s last blog ..Concert Beyonce 2009 Malaysia: Negara Islam boneka =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Nikuve, perubahan sistem ni akan terus berlaku…

  2. Feyarts Avatar

    macam lebih susah nak lulus jer…. and bertambah gred bermakna……… markah akan diperkecilkan….??? akan dibahagi sama rata tuk gred2 tul x? payah tu…. dah la spm tahun nie…..
    .-= Feyarts´s last blog ..haa?? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Feyarts, tak tahu la.. claimnya, dari segi permarkahan takde perubahan.. cme penggredan tu je yang dirubah.. kena paham betul2 maksud ni…

  3. eldy Avatar

    Oo.. nasib baik SPM gua dah lepas.. kalau dpt A- tu kan x cantik sgt ~
    .-= eldy´s last blog ..[Video] Memasang flash widget jejaktrend =-.

    1. beliamuda Avatar

      @eldy, betul tu.. nampak cam tak best je kan.. ada minus kat situ..

  4. teh Avatar

    em
    macam2.
    bagusla tu
    harap nya pelajar2 jangan la kejar sangat nilai A+ tu
    ye..memang kita patut target semua A+
    maksud sy disini
    jgn sekadar ujian bertulis je power
    bnyk lg aspek len yg perlu diambil kira

  5. maizatul Avatar
    maizatul

    thun nie ak jwb spm..sblm nie nk dpa A1 sng je..tp kalie nie susah giler..doakan ak

    1. beliamuda Avatar

      @maizatul, kali ni memang mustahil la nak dapat A1, sebab A1 dah takde.. usahakan untuk dapat A+~

  6. farah Avatar
    farah

    knpa start gred br thn ni
    ksian la clon2 spm o9
    dgr kuar kt utusan 31 0ct 2009,
    ,nk dpt A ssh,pe lg A+,
    markh A+ 99-100,A 95-98 A 90-94,
    B+ 80-89, B 70-79,
    klo yg dpt 40 slme ni luls skg mcmne?
    d kire fail ke?Klo mcm 2 bpe sgt la student cmerlg nty
    mkin ssh dowg nk msok IPTA,
    knpa xmintak pndgn student dlu
    yg jd mangse clon2 spm 09
    klo ye pon nk gne sstem pmrkahan baru start la thn 2010 ke,
    hmm

    1. beliamuda Avatar

      @farah, Daripada apa yang saya faham, hanya gred untuk A+, A dan A- je yang berbeza dengan yang lama. Gred kelulusan tak berubah. Kemasukan ke IPTA tak terjejas sangat dengan perubahan gred ni. Kalau anda mampu, anda boleh berjaya~

      1. nick Avatar
        nick

        wahai belia muda…..awak cakap macam senang je kan……realitinya pengumuman sistem gred baru ni hanya dibuat kurang 2 BULAN saje sebelum SPM 2009 bermula….kenapa baru nak umum? Mangsanya, tidak lain dan tidak bukan calon2 spm 2009 yang bukan shaja tidak cukup masa untuk ‘adapt’ dengan sistem baru tapi juga menimbulkan tekanan kepada pelajar untuk mencapai gred tertinggi….segi satu aspek saya lihat gred baru ni hanya sesuai diguna pakai pada SPM 2010 bertepatan dengan jumlah maksimum mata mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar spm iaitu 10 subjek…wahai kerajaan 1Malaysia yang mendahulukan pelajar, dan mengutamakan pencapaian akademik….jangannlah bersikap kurang matang!!

        1. beliamuda Avatar

          @nick, memang bercakap lebih senang pun kan.

          boleh saya tahu, saudara/i ni salah seorang calon spm tahun ni ke?

          nyatanya, penggredan ini lebih memberi kesan kepada proses pemberian biasiswa, bukan kepada proses kemasukan ke IPTA.

          err, kerajaan memang suka buat perkara macam ni pun…

          1. faten Avatar
            faten

            @beliamuda, kalau cmtoo malaysia da bukan demokrasi oke..
            yg ney kes penting kn diri ke?
            haahah nta la…

          2. beliamuda Avatar

            @faten, hmm.. ntahla…

  7. zety Avatar
    zety

    emm susah la cmni

    1. beliamuda Avatar

      @zety, usaha tangga kejayaan~

  8. wkt Avatar
    wkt

    kenapa nak tukar sistem baru…
    guna sistem lama tu senang…
    hai…sistem – sistem sentiasa nak tukar…
    A1(75-100),A2(70-74),B3(65-69),B4(60-64),C5(55-59),C6(50-54),P7(45-49),
    P8(40-44),G9(0-39)
    sistem ini senang lah…

    1. beliamuda Avatar

      @wkt, sistem lama pun tak semestinya markah seperti yang dinyatakan.. pemarkahan dan penggredan tu sendiri melihat kepada prestasi pelajar pada tahun tersebut. Sistem ni lebih bagus. Ada satu sistem di universiti yang mana gred markahnya dihadkan kepada 20 orang markah maksimum sahaja yang akan dapat A. Yang ni lagi payah.

    2. mieyju Avatar

      @wkt, kalau (e) markah dia dlam sekitar berapa???…

  9. lisa Avatar

    sy membntah!!!lag baek gne sistem yg dlu..knape la taun ni mcm2 prubahan ade..

    1. beliamuda Avatar

      @lisa, 🙂 ambil SPM tahun ni ke? sistem dah nak dilaksanakan, buat yang terbaik la..

  10. lala Avatar
    lala

    cmne nak dpt A+. mrkh utk A+ bape?

    1. beliamuda Avatar

      @lala, tak tahu la plak berapa markah untuk A+, tapi surely ia agak tinggi sedikit daripada pemarkahan biasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge