Saya nak beri tapi…

Salam sejahtera buat semua.

Dilema dalam kehidupan manusia. Kita selalu diminta untuk memberi sesuatu kepada orang lain. Bukan sekadar pemberian materialistik, tetapi juga sesuatu yang abstrak dan subjektif seperti kasih sayang dan perasaan.

Dalam setiap pemberian itu, selalu kita mengharapkan balasan. Susah untuk dicari sekarang ni orang yang betul-betul ikhlas dalam pemberian dan tidak mengharapkan sebarang balasan terhadap apa yang telah diusahakan kepada yang lain.

Sebagai contoh, kita cuba menyayangi orang lain. Dalam hati, pasti terselit rasa untuk dikasihi semula. Itu lumrahnya kan? Tapi, pernahkah kita terfikir untuk memberikan kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan? Biasanya, naluri keibubapaan saja yang begini. Menyayangi anak-anak mereka tanpa rasa berbelah bagi. Tidak mengharapkan sebarang pembalasan. Kes terpencil tu tolak ketepi la ya.

Dalam percintaan, selalu juga diungkapkan perngorbanan. Pengorbanan yang macam manakah? Meninggalkan dia yang tersayang kepada yang lain sebab dia tak sayang pada kita? Memberi peluang orang yang kita sayang untuk mencari kebahagiaan yang sebenar? Saya tak tahu dan saya tinggalkan persoalan ini kepada pembaca.

Meminjam kata-kata kawan saya… (daripada anime apakah ni?)

For every wish you make

you must give something of equal value in return….

beliamuda: tidak perlu tunjuk keikhlasan hati secara terang-terangan, kerana itu bukan ikhlas namanya…

Comments

22 responses to “Saya nak beri tapi…”

  1. supel Avatar
    supel

    ayat yuuko dari anime xxxholic.
    mmg bermakna ayat tu.
    =)

    1. beliamuda Avatar

      @supel, o0o.. irsyad cakap dengan yakinnya ni ayat daripada cite Fullmetal Alchemist…

  2. safwanhussin Avatar

    Kadangkala pengorbanan dengan melepaskan dia pergi kerana dia berhak mendapat yang lebih baik.
    .-= safwanhussin´s last blog ..Kadangkala ‘Sound Direct’ Juga Perlu =-.

  3. Mr. Cuz Avatar

    try ungkapan ni plak bro..
    “don’t take things thats not belong to you except you’re ready to accept the consequences”
    sesuai ke dgn tajuk ni??hehe
    .-= Mr. Cuz´s last blog ..Cinta Tak Semestinya Bersetubuh =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Mr. Cuz, ini macam ayat nak mencuri je… 😛

  4. denaihati Avatar

    memang mujahadah nak jaga hati ni … kita selalu memberi dan mengharapkan balasan TETAPI yang terbaik biar kita memberi ikhlas kerana Allah kerana pasti Allah akan membalas dengan macam-macam cara. contohnya kita bantu A dan Allah akan hantar B pula membantu kita…kita sayang C dan Allah akan hantar D sayang kita…KERANA sesungguhnya ALLAH tahu apa yang terBAIK untuk kita…
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia : Hadiah Tambahan =-.

  5. ikin Avatar

    hakikatnya cinta tanpa syarat cumalah dari ibubapa.
    selain itu, saya tak pasti. 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, saya pun tak pasti~

  6. syin Avatar

    kadang2 aku tak tahu mengapa tiba2 dia pergi begitu sahaja…tapi aku bersyukur kerana Allah masih nk selamatkan aku dari semua ini…bnyk kali di uji…dia akan silih berganti datang…
    .-= syin´s last blog ..Acer TravelMate 6291 =-.

  7. Eddie Avatar

    Biasa dengar statement “amiklah.. saya ikhlas ni..”.
    Pas tuh kat belakang, (“Ceh! terima kasih pun tak!”)

    hehehhee.

    1. nazra Avatar

      @Eddie, klau dia ikhlas tak sepatutnya ayat yg kt belakang tu muncul kan 😀
      .-= nazra´s last blog ..Deepavali = Chinese New Year? =-.

  8. hazwan Avatar

    betol….
    .-= hazwan´s last blog ..Smart Life Campaign 2 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, betol juge~

  9. Kujie Avatar

    Betullah tu…buatlah baik dan kita lupa apa yg pernah kita buat tu..tak payah dok ingat2 lagi

    tapi soal hati bukan hal mudah…hati ni byk cabangnya..berdetik itu ini
    .-= Kujie´s last blog ..Doktor, makcik blogger minta maaf =-.

  10. Fatehah A. Avatar

    kalau ikhlas jgn ckp ‘saya ikhlas.’ biar dlm hati kita ikhlas, di mulut diamkan je
    .-= Fatehah A.´s last blog ..Ketahuilah atuk… =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge