Keputusan Pemilihan MPP UTP 2009/2010

Salam sejahtera buat semua.

Hari-mengundi

Izinkan buat saya untuk sekali lagi menulis mengenai pemilihan MPP UTP 2009/2010. Sejak terlibat dengan malam manifesto, saya tidak dapat tidak terasa dekat dengan pemilihan kali ni. Lagipun, ini merupakan satu tanggungjawab sebagai seorang pelajar UTP.

Keputusan pemilihan MPP UTP telah diketahui seawal jam 8 malam lagi. Mesej terawal yang diterima menyatakan Calon No. 3 kalah. Mesej tersebut dihantar oleh salah seorang penyokongnya. Agak terkejut juga secara peribadinya.

Berikut adalah keputusan pemilihan MPP UTP 2009/2010:

Haniff Humam -1390

Abdul Mu’id Basidth -1428

Muhd Ashraf -951 (tewas)

Nurul Ain -1394

Jenani -1040

Umair -1454 (tertinggi)

Sedikit mengenai analisa pemilihan kali ini dari kaca mata saya dan juga berdasarkan apa yang diutarakan oleh rakan-rakan. Secara peribadi, saya rasakan Ashraf (Acap) merupakan calon yang berpeluang untuk mendapat kerusi. Saya lihat punca terbesar yang menyebabkan dia kurang digemari ialah penyokongnya yang terlalu fanatik. Kesederhanaan Jenani lebih menjadi pilihan.

Hari-mengundi-2

Apakah fanatiknya penyokong Acap? Sejak malam manifesto lagi, ada beberapa tindakan penyokongnya yang agak provokatif. Bermula dengan serangan terhadap Nurul Ain dengan pertanyaan yang menyerang keperibadiannnya dan tindakan mempersoalkan tindakan pengerusi majlis pada malam itu pada sesi soal jawab.

Untuk makluman, sesi soal jawab pada malam itu agak tegang, terutama semasa sesi untuk Nurul Ain, sehingga saya terpaksa mengarahkan individu yang ingin bertanya kembali ke tempat duduk. Semasa sesi Umair, penyokong Acap dilihat tidak puas hati dengan kelebihan masa yang diberikan. Malam tu, manifesto Umair sahajalah yang menepati tempoh masa yang diberikan. Oleh itu, wajarlah untuk dia mempunyai masa yang lebih untuk soal jawab.

Selepas manifesto, ada khabar tidak sedap didengari apabila dikatakan beberapa penyokong Acap mengekori individu yang dilihat tidak pro-Acap. Saya tidak mengetahui sejauh mana kebenaran kisah ini, tapi dikatakan provokasi terhadap Nurul Ain telah mengganggu emosinya.

Saya tidak tahu kenapa penyokong Acap terlalu fanatik, sedangkan Acap sendiri dilihat lebih sederhana. Acap juga membawakan idea dia tidak disokong oleh mana-mana badan dan berdiri sendiri. Saya lihat, Jenani jauh lebih bersendirian dengan jumlah penyokongnya pada malam manifesto yang hanya memenuhi dua baris kerusi sahaja, sedangkan penyokong Acap memenuhi hampir separuh Island D.

Banyak lagi tindakan fanatik yang diutarakan oleh rakan-rakan tentang penyokong Acap. Mungkin inilah yang banyak menenggelamkan kepercayaan terhadap Acap. Saya rasa ramai yang sukar memilih pada hari pengundian kerana mereka perlu menolak seorang calon sahaja. Pada awalnya, saya rasakan ramai yang akan menolak Jenani atas sebab kurangnya populariti dan sentimen perkauman. Nampaknya, pengundi lebih selesa memilih Jenani berbanding kefanatikan pembawaan oleh penyokong Acap. Mungkin ini telah mengaburi kemampuan Acap sendiri.

Maaf kalau entri ini dilihat lebih kepada menyebut kesilapan yang dilakukan Acap. Saya sendiri tidak menyangka Acap akan kalah. Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran untuk Acap di masa depan. Buat penyokong Acap, ketahuilah, ramai yang menilai calon dengan melihat penyokongnya. Ini benar, terutama sekali dalam situasi sebenar politik. Ramai rakan-rakan saya menolak untuk memilih Acap disebabkan penyokongnya.

Saya sendiri? UNDI ANDA ADALAH RAHSIA.

beliamuda: tahniah dan takziah kepada yang menang… semalam, berkahirnya Test 2, dan dua minggu daripada sekarang, Final Exam akan bermula~

28 thoughts on “Keputusan Pemilihan MPP UTP 2009/2010

  1. huh..aku ada dengar gak cara berkempen yang kurang bersih dari pihak lawan..tak tau a..tp aku byk dgr cte yang sama..hahah..

    • @aminbaek, banyak citer tu, kena tapis mana satu yang benar… harap2, semua kembali reda dengan segala perselisihan dan perbezaan pandangan ni..

  2. ohoh. terasa bahang utp sampai ke sini tatkala saya membaca post anda. ekkeke. hyperbolic la pulok.

    saya nak tanya anda, anda tahu ape2 ttg tugas SUK mpp utp?

  3. Thanx sbb back up aku.. haha

    sedikit dari pengerusi majlis,

    Utk pengetahuan sy tidak berniat utk cenderung kpd mana2 pihak memandangkan tugas ini diamanahkan oleh Abg Raja Shoman dan tiada kaitan dgn mana2 badan memandangkan saya tidak ‘berbadan’. Tiada masa utk menjawab smmgny disebabkan mereka menggunakan masa yg lebih.. lebih masa utk menjawab kerana mereka telah menggunakan masa sebaiknya..

    adalah tidak adil bg saya mmberikan lebih peluang kpd org yg telah mensia-siakan peluang.. buanglah perasaan paranoid anda dan hentikan provokasi.. kami petugas ada 6 orang untuk menjadi saksi.. semmgny kami tiada kne mengena dgn mana2 pihak.

    korg pun tahu saya dah bagi 12 minit setiap seorang walaupun masa yg sepatutnya 10 minit sahaja. dan untuk Acap dan Ain hampir 15 minit.. sekadar makluman.. justeru di mana lagi biasnya?

    aku baru bersuara setelah berdiam diri sejak hari itu. baru rasa politik utp agak kotor sampaikan org yg x sepatutny dikaitkan. Walau bagaimanapun tahniah dan takziah untuk pemenang. kpd yg kalah, teruskan memberi sumbangan utk mpp seterusnya dan mungkin cuba lg pd peluang seterusny.. anda mmg hebat, itu tidak dinafikan. Calon len juga hebat, semua hebat. Semoga mpp 2009/2010 lebih berjaya dgn sokongan kita selaku ‘rakya’..

  4. first tyme bg komen kat blog nipi ni 😉
    saya bersetuju gak ngan nipi.. but jus wanna clear up something..

    ‘Selepas manifesto, ada khabar tidak sedap didengari apabila dikatakan beberapa penyokong Acap mengekori individu yang dilihat tidak pro-Acap.’

    memang btul ada penyokong acap yg pergi kpd salah seorang yg penyokong drpd pihak lain, tp hanya sekadar untuk menerangkan dan memberitahu perkara sebenar..saya dgr ada yg kate penyokong acap ni sampai block2 kete org.. mende tu x betul sama sekali.. mereka hanya pergi untuk memberikan penjelasan disebabkan ketika sesi soal jawab 2 acap x dpt menjwb soklan drpd org yg bertanya disebabkan kekangan masa..introduction kepada soalan sgt pjg sehinggakan acap sendiri tidak dpt menjwb pertanyaan itu..

    memang diakui penyokong acap agak agresif n fanatik n mungkin termasuk diri sy sendiri.. tp ini smue disebabkna kami betul2 mahukan perubahan, mahukan pembaharuan.. walaubagiamanapun mungkin benar juga kafanatikan ini memberi impak negatif kpd acap..insyallah nex tyme kalo acap bertanding lg, byk benda yg akan diimprove..

    acap memang stand alone n dia hanya ada my3 for all n kami yg menyokong sahaja.. jenani walaupun pada mlm manifesto tidak ramai penyokong yg dtg, tp harus kte ingat, die ada kekuatannya sendiri bila hanya dia satu2 nya calon drpd nonmuslim..

    ya, acap memang bersederhana sahaja orgnya.. thanx 2 nipi for this post.. election tahun dpn, pastinya ada improvement nant..insyaallah..n pastinya ramai lg “acap” yg akan muncul..

  5. tp siyesly aku rasa org yg dpt plg byk undi tu plg2 layak r… budak coz dia siap buat konvoi lg.. bukan maen weh.. penyokong dia pun plg agresif r aku rasa.. tp rilek je la xde ngutuk2 org setahu ak.. ad team len tu sampai bley cabut/koyak poster calon len plak tu..

    ps2 time manifesto ak bg lps je dia sorg 3 soalan sbb ada masa kan walaupun calon len plg byk pun 2. tp stil dia bley jwb dgn mantap r walaupun ringkas. dgn imejny yg bersih, mmg sgt layak r..

    tp siyesly ak rasa MPP kali ni mmg SANGAT MAMPU membawa perubahan dgn kemasukan Jenani selaku satu2ny wakil non-muslim buat pertama kaliny dan memecahkan dominasi melayu (yg kononnya dikatakan RM dgn hanya kerana selalu solat jemaah d msjd n pakai kopiah/jubah). komposisi yg sgt balance la bg ak setelah lama melayu je kat situ n org len asyik komen mcm2.. Nah! ini perubahan yg kita mau.. dan MPP lps pun byk gak bawa perubahan, cuma org yg x peduli mmg xtahu..

  6. hahahahaha..
    suka aku melawat blog2 pelajar UTP pasal ni..
    ada yg sokong acap,kata pilihanraya RM yg kontrol,suruh semua budak foundation jgn undi no.3…RM buruk2kan calon no.3..sabotaj no.3 sbb nak RM kontrol MPP…

    bs sungguh..
    .-= hakim´s last blog ..What I learn from Orphan =-.

    • @hakim, haha.. banyak juga dengar pasal hal ni. terkedu sampai dah tak tahu nak kata apa. harap2 lepas ni, segala perbezaan pendapat dan perselisihan dapat dipulihkan…

  7. Pingback: Rapuan dalam keserabutan malam | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge