Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2009

Salam sejahtera buat semua.

Pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di Politeknik bagi kemasukan Sesi 2009/2010 adalah dipelawa untuk memohon biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bidang

Semua bidang diperingkat diploma di mana-mana politeknik bagi sesi 2009/2010.

Syarat Permohonan

Calon yang layak memohon adalah;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada semua pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan
  4. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari sesi 2008/2009 atau pada bulan Julai sesi 2009/2010
  5. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian 6C dalam Bahasa Melayu
  6. Memperolehi sekurang-kurangnya gred 4B dalam 6 matapelajaran lain

Calon yang tidak layak memohon:

  1. Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil
  2. Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas
  3. Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan
  4. Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma
  5. Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa
  6. Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut;

  1. Elaun sara hidup samada RM7,560 atau RM6,426 setahun
  2. Elaun buku RM400 setahun
  3. Elaun alat perkakas antara RM50 sehingga RM250 setahun
  4. Elaun kertas projek RM150 setahun
  5. Yuran pengajian politeknik RM400 setahun.

Di samping itu elaun tambang kapal terbang untuk perjalanan dua hala diberikan setiap tahun daripada RM100 – RM1,000 bergantung kepada lokasi.

Kontrak

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ini dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi ini bergantung kepada tempoh pengajian dan jenis pengajian.

Tempoh berkhidmat ini adalah di antara 3 sehingga 6 tahun dan jumlah gantirugi pula samada RM70,000 atau RM100,000.

Permohonan

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) di laman web Permohonan Program Biasiswa Politeknik Sesi 2009/2010.
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan.
  3. Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.
  4. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Pertanyaan

  1. Sebarang masalah teknikal semasa mendaftar atau mengisi borang permohonan dan sebarang pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541, 03 8885 3552, 03 8885 3554 atau e-mail kepada esila@jpa.gov.my.
  2. Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini boleh juga diperolehi Syarat-syarat Permohonan Program Biasiswa Politeknik 2009 dan di laman web http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan ialah pada 4 Ogos 2009.

beliamuda: kredit kepada eputra.com… tolong menyebarkan sahaja sebab tarikh tutup dak dekat sangat.. cepat-cepat ya!

Comments

32 responses to “Permohonan Biasiswa JPA Politeknik 2009”

  1. tasha Avatar
    tasha

    nak tnya..
    ble blh mohon biasiswa tuk lpsn matrik ek??

    1. beliamuda Avatar

      @tasha, bulan jun biasanya dibuka….

  2. nuon Avatar
    nuon

    salam…mmg biasiswa jpa dibuka bulan jun sja ke?

    1. beliamuda Avatar

      @nuon, yup.

  3. nuon Avatar
    nuon

    bermakna tawaran hanya dibuka bulan jun je stiap tahun?

    1. beliamuda Avatar

      @nuon, ya, setiap jun sahaja atau lebih tepat, permulaan sem baru IPTA.

  4. Candy Avatar
    Candy

    salam..
    bila tawaran akan dibuka pada semester hadapan?

    1. beliamuda Avatar

      @Candy, tawaran hanya dibuka sekali sahaj setahun. Jadi, semester ni tiada tawaran. Nanti sesi seterusnya baru ada.

  5. XIN Avatar

    saya nak tanya tarikh bila tawaran biasiswa bagi politeknik dibuka dan cara memohonnya….

    1. beliamuda Avatar

      @XIN, mungkin bulan julai nnt baru bukak balik. cara nak mohon boleh refer balik pada biasiswa masa tu. seperti biasa, mungkin melalui eSila JPA.

  6. JAY Avatar
    JAY

    lepasan sijil politeknik yg nak ke program diploma xleh mohon lgsong ke??

  7. eka Avatar
    eka

    permohonan biasiswa untuk peljar politeknik yang akn mendaftar pada bulan jun ni ada x?

    1. beliamuda Avatar

      @eka, itu sayak tak pasti. kalau tgk tahun lepas, around bulan tu la…

  8. iza Avatar

    lau nk mohon tok sem 1 politeknik….
    pointer kne bpe…

  9. Lan Avatar
    Lan

    salam . . tnya sikit….sya akan berdaftar politeknik pada 22/6/2010
    so,kalau nk mohon biasiswa….bila boleh mohon???

    1. beliamuda Avatar

      @Lan, biasanya biasiswa poli dibuka agak lewat. maybe akhir Jun atau Julai ni.

  10. ojen Avatar
    ojen

    NAK TANYA….KALAU UMOR SYA BULAN 10 TAHUN 2010 MENCECAH 20 TAHUN….LAYAK KA MOHON BIASISWA POLITEKNIK NI ERK????? & SAYA MAW APPLY GUNA CGPA SEM 1 NGAN SEM 2 D POLTEKNIK?????

    1. beliamuda Avatar

      @ojen, itu kena tengok dalam penawaran biasiswa tahun ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge