Pelakon Zami Ismail @ Pak Uda Meninggal Dunia

Salam sejahtera buat semua.

Berita Pak Uda Meninggal Dunia

Gambar Zami Ismail (Pak Uda)Seperti yang ditunjukkan oleh print screen yang mengambil petikan daripada kicauan di Twitter Heliza Helmi, pelakon Zami Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda yang pernah popular dengan sitkom komedi ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ suatu masa dahulu telah meninggal dunia pagi tadi.

Mengikut sumber yang lain, Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 10:30 pagi tadi akibat serangan jantung.

ADUN Kerdau Meninggal Dunia

Salam sejahtera buat semua.

ADUN Kerdau

Lewat petang semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno dilaporkan meninggal dunia. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dikatakan terjatuh di bilik air rumahnya.

Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit sejak setahun yang lalu kerana tekanan darah yang tidak menentu. 9 Mei lalu, Allahyarham pernaj dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah buah pinggang dan jantung selepas pembedahan ulser usus.

Continue reading

Pergi Tak Kembali

Salam sejahtera buat semua.

Ustaz-Asri_Pergi-Tak-Kembali

Sejenak terleka di makmal bersama rakan hari ini, aku dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri. Buka sahaja twitter, kebanyakan rakan di twitter telah tweet berkenaan kematian Ustaz Asri. Ustaz Asri yang dikenali ramai ini merupakan vokalis utama kumpulan Rabbani, salah satu daripada kumpulan nasyid terhebat tanah air.

Continue reading