Salam sejahtera buat semua.
Saat entri ini ditulis, aku berada di penghujung separuh masa pertama untuk tahun 2009. Sebenarnya aku berada di persimpangan kerana ada keputusan yang perlu diambil. Keputusan yang akan memberikan kesan kepada perjalanan hidup aku untuk separuh masa kedua tahun ini. Walaupun pilihannya adalah sesuatu yang sukar, prinsip yang telah ditegakkan tidak beberapa lama dulu bukanlah sesuatu yang aku buat main-main. Ianya memerlukan satu perlaksanaan. Perlaksanaan yang menuntut satu pengorbanan. Pengorbanan yang tidak akan menjadi sia-sia demi untuk mencapai satu hasil yang paling cemerlang. Hasil sebenar yang diingini oleh setiap insan.
Mungkin ramai kenalan terdekat yang melihat aku sebagai satu insan yang aku pamerkan secara fizikal. Apa yang aku tunjukkan di depan mereka. Itu bukanlah aku yang sebenarnya. Mungkin ada lagi sesuatu tentang diri ini yang tersembunyi. Bagi mereka yang mengikuti tulisan aku, pasti mereka dapat mengesan sesuatu. Setiap tulisan aku mengambarkan mood aku pada masa tersebut. Walaupun aku cuba untuk hipokrit dalam setiap tulisan, seperti ada penyeksaan pada diri apabila tidak menonjolkan apa yang ada pada diri ini sebenarnya.
Bagi sahabat-sahabat yang berada dalam senarai YM dan Gtalk, pasti mereka dapat menangkap luahan perasaan dalam setiap tulisan status-status yang dipaparkan. Setiap tulisan pendek itu yang mempunyai makna secara tersurat dan tersirat, pasti aku akan mencatatkannya di sesuatu tempat. Apabila aku membacanya semula, aku dapat melihat perubahan mood yang berlaku mengikut keadaan sekitar. Ada juga status-status itu yang tidak sempat pun untuk disiarkan kerana terlalu jelas dan terang maknanya.
Perkenalan aku dengan twitter di awal tahun ini memberikan ruang untuk aku terus mencatat status-status yang tidak dapat disiarkan secara terus itu. Bagi mereka yang berkesempatan untuk membacanya, pasti ada sesuatu yang terdetik di hati. Ada juga yang telah menimbulkan salah sangka. Kegilaan mengupdate status twitter pada awal dulu menyebabkan setiap tulisan itu pantas bergerak dan hanya mereka yang follow sahaja akan mengetahui.
Dalam ramai, ada seorang sahabat yang aku banyak berkongsi dengannya. Walaupun kadang-kala kami tidak sependapat, namun dia banyak memberikan ruang untuk aku memikirkan kembali setiap tindakan aku. Setiap tegurannya, memberikan makna mendalam kepada aku. Perkongsian masalah aku dengan dia banyak meringankan beban masalah yang aku hadapi. Kebiasaanya, aku jugalah yang akan menjadi teman untuk dia berkongsi pendapat dan masalah. Walaupun bukan jawapan tepat yang mampu aku berikan, kebanyakan pertanyaannya itu biasanya turut sama aku hadapi. Pertanyaannya mencetuskan fikir untuk perkara yang tidak aku terjangkaukan.
Di awal tahun ini, aku sempat mencatatkan sasaran untuk direalisasikan pada tahun ini. Ada sesetengah perkara yang memang sudah tersedia berada di landasan yang betul, namun masih ada juga yang tersasar jauh. Kebanyakan yang tersasar berkaitan dengan keteguhan dalam melaksanakan prinsip diri. Catatan sasaran itu banyak membantu aku dalam usaha untuk terus membawa diri ke arah menjadikan sasaran itu satu kenyataan.
Perjalanan aku yang hampir cukup separuh tahun sejak berumur 20 tahun, banyak menuntut aku untuk terus berusaha ke arah menjadikan diri lebih baik di masa depan. Perjalanan separuh masa kedua hidup aku di alam 20 tahun baru sahaja bermula. Keputusan yang diambil ini akan menetuntukan hala tuju bahagian seterusnya. Aku tidak mahu lagi lari daripada prinsip diri. Aku tidak mahu lagi alpa dan leka dengan hal yang rendah keutamaannya. Keengganan aku dalam melaksanakan hal yang lebih penting telah memberikan impak yang negatif. Kesannya sudah kelihatan dan kenyataan yang sebenar semakin jelas. Tengoklah nanti dimanakah tahap diri ini pada separuh masa pertama tahun 2009.
beliamuda: sedang melalui fasa peralihan selama 10 hari~~
metamorfosis? herm,dgr supo serious jah
baca artickle ni,supo the road not taken
🙂
tak sangka kn cpt betoi masa brlalu. tau tau dh bulan julai. alahai…
thun dpn dh 2010. umur lak lg2 mningkat….
haji blm mampu lg nk ke mekah sana….
aduhai…
banyak lagi yang tak buat dan kena buat… hmm
jgn lupe slt istikharah utk junction2 yg sukar ^^
iA (^_^)
Pingback: (Video) Adakah Esok Masih Ada | beliamuda {dot} com