Koleksi Kata-Kata Hikmah (2)

Salam sejahtera buat semua.

universe (combo horizontal)

Sejak aku mula memasukkan kata-kata hikmah ke dalam blog ni, entri Koleksi Kata-Kata Hikmah (1) telah menjadi entri yang paling teratas dilawati setiap hari. Kebanyakan pelawat datang daripada enjin carian seperti Google. Jadi, kali ini aku masukkan sambungan kedua koleksi kata-kata hikmah dengan petikan daripada kata-kata tokoh terdahulu. Kata-kata hikmah ini tergolong dalam kata-kata hikmah adab. Layan dan hayati kata-kata hikmah di bawah.

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)
  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)
  • Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)
  • Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)
  • Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati – (Hamka)
  • Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)
  • Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)

beliamuda: terpekat dengan keyword kata-kata hikmah…

Comments

73 responses to “Koleksi Kata-Kata Hikmah (2)”

  1. nuroul Avatar

    Assalamualaikum..

    1. beliamuda Avatar

      @nuroul, waalaikumussalam…

  2. Syakirah Salsabila Che Mat Avatar
    Syakirah Salsabila Che Mat

    Bagus sekali ruangan ne yea. Minta Izin pinjam kata-kata yg hebat ne ….. bleh jd renungan bersama …. TQ

    1. beliamuda Avatar

      @Syakirah Salsabila Che Mat, silakan saja..

  3. lieyza Avatar
    lieyza

    hye sume..sy ni bru jer lps spm 2009..doakn sy yep!sy bdk SMKA TOK JIRING,K.TERENGGANU..kpd aurora sume,slm syg dr ak Noraliza bt Majid..geng korang sume..hehehe

    1. beliamuda Avatar

      @lieyza, semoga berjaya.

  4. Bebe Avatar
    Bebe

    wOow…mesti rajin membaca ni 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @Bebe, sikit2 je la.

  5. hujanlebat Avatar

    180 kali hari ini sahaja.. Murah rezeki hendaknya

    1. beliamuda Avatar

      @hujanlebat, alhamdulillah.

      1. hujanlebat Avatar

        @beliamuda, nak tanya.. soalan personal. dah berapa lama develop blog ni?
        .-= hujanlebat´s last blog ..Bagaimana Untuk Anda Menjadi Lebih Berpengaruh? =-.

        1. beliamuda Avatar

          @hujanlebat, blog ni dah hampir setahun umurnya.

  6. fatihah Avatar

    takde ke kata2 tg lebih memberi perangsang atau kata2 semangat…………..

    1. beliamuda Avatar

      @fatihah, ada je. tak berkesempatan nak siarkan lagi.

  7. faz Avatar
    faz

    asalamkum

    1. budak sweet Avatar
      budak sweet

      @faz, wassalam….

  8. aneess Avatar

    Terima Kasih
    .-= aneess´s last blog ..Greenday =-.

    1. beliamuda Avatar

      @aneess, sama-sama.

  9. nur Avatar
    nur

    suka sgt dpt baca kata2 ni…

  10. budak sweet Avatar
    budak sweet

    ASKUM CUME.MMM….SBNRNYA KMU CUME NIE FHM KE APA2 YG TRTLS DIATAS 2.TAU NK TLS AJERRRRR…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge