Koleksi Kata-Kata Hikmah (2)

Salam sejahtera buat semua.

universe (combo horizontal)

Sejak aku mula memasukkan kata-kata hikmah ke dalam blog ni, entri Koleksi Kata-Kata Hikmah (1) telah menjadi entri yang paling teratas dilawati setiap hari. Kebanyakan pelawat datang daripada enjin carian seperti Google. Jadi, kali ini aku masukkan sambungan kedua koleksi kata-kata hikmah dengan petikan daripada kata-kata tokoh terdahulu. Kata-kata hikmah ini tergolong dalam kata-kata hikmah adab. Layan dan hayati kata-kata hikmah di bawah.

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)
  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)
  • Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)
  • Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)
  • Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati – (Hamka)
  • Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)
  • Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)

beliamuda: terpekat dengan keyword kata-kata hikmah…

Comments

73 responses to “Koleksi Kata-Kata Hikmah (2)”

  1. Eddie Avatar

    bapok la bestnya bila entry kita duk kat tangga pertama dalam google. tak kiralah keyword niche ker tak niche ker.. hahaha

  2. beliamuda Avatar

    actually, ada jer peluang nak duk tangga pertama.. cuma kena tengok keyword la.. kalau keyword yang berterabur banyak orang guna, payah sikit la kan nak bersaing… hehe~~

  3. fifie ierina Avatar
    fifie ierina

    salam ziarah..

    1st time datang dan 1st time bg komen.. 🙂
    sy bru je wat blog sendiri 1 mgu yg lepas,
    da ade bbpe entri pn.. tp xtaw cmne nk ajak
    bloggers len msuk blog sy.. hahaha, cm
    malu pn ade.. that’s why sy xtglkn link kt
    cni.. =p

    erm, blog yg bgs! sy plg ske yg nie,
    “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”.. nice words…

    awak belajar d UTP ke? amek course pe ye?

  4. beliamuda Avatar

    wasalam… hmm..

    terima kasih kerana sudi datang bertandang.. kenapa nak malu dengan blog sendiri plak? kalau nak orang masuk blog awak, letakkan sekali link masa komen di sini… boleh saya bertandang.. hehe..

    yup, saya pelajar UTP, Cheme Jan 07.

    ~~nanti dah dah ada ABOUT page, senang sikit kan.. tak payah nak tanya banyak kali.. blog ni pun banyak kekurangan lagi..

  5. su Avatar
    su

    assalamualaikum…kate-kate hikmah ni bagus sgt2..sesuai untuk remaje2 ari ni

    1. beliamuda Avatar

      saya setuju.. adab ni seakan-akan sudah semakin hilang daripada jati diri masyarakat terutama remaja…

  6. alesya Avatar
    alesya

    dari kaya2 kte dpt dinilai.. btul x

    1. beliamuda Avatar

      @alesya, err.. maksudnya?

  7. kumi2 Avatar
    kumi2

    helo beliamuda,bkn sume remaja hlng adab!!!org tua pon ade!!!

    1. beliamuda Avatar

      @kumi2, kita tak bercakap mengenai orang tua yang dah takde harapan lagi.. kita memperkatakan tentang remaja yang bakal mewarisi…

      yang muda disayangi, yang tua dihormati.. salam kenal~

  8. remajatua Avatar
    remajatua

    salam…
    best la kata2 hikmh ni..n sy sarnkn agar koleksi yang brmnfaat sprti ini diprbnykkn lagi agar golongan remaja
    dpt faedah drpdny…

    1. beliamuda Avatar

      @remajatua, insyaALLAH.. koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa… sibuk dengan pengakhiran semester ni..

  9. naqiera(n_n) Avatar
    naqiera(n_n)

    kdg2 bez gak kalau layan kata2 hikmah ke mutiara kata ke kn..?? bgoz2 len kali letak yg bez2 agy k..! good luck n good bye.. assalamualaikum..

    1. beliamuda Avatar

      @naqiera(n_n), terima kasih… akan diletak lagi di masa hadapan… waalaikumussalam..

  10. zaris Avatar

    ok jugak laman ni. apapun teruskan menulis kerana mematangkan fikiran dan menambah pengalaman

    1. beliamuda Avatar

      @zaris, terima kasih~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge