Salam sejahtera buat semua.

Sejak aku mula memasukkan kata-kata hikmah ke dalam blog ni, entri Koleksi Kata-Kata Hikmah (1) telah menjadi entri yang paling teratas dilawati setiap hari. Kebanyakan pelawat datang daripada enjin carian seperti Google. Jadi, kali ini aku masukkan sambungan kedua koleksi kata-kata hikmah dengan petikan daripada kata-kata tokoh terdahulu. Kata-kata hikmah ini tergolong dalam kata-kata hikmah adab. Layan dan hayati kata-kata hikmah di bawah.
- Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
- Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
- Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
- Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)
- Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)
- Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)
- Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)
- Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)
- Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)
- Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)
- Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)
- Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati – (Hamka)
- Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)
- Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)
beliamuda: terpekat dengan keyword kata-kata hikmah…
bagus bro
bende tu dah boleh jadik niche untuk blog ko
semoga berjaya bro
aku tak berniat pun nak jadikan tu sebagai niche blog aku.. lagipun, blog ni blog personal je.. apa yang aku tulis pun ikut mood je..
tp still rmai yg masih x reti nak beradab..hurm.. slh ibu bapa kah?
x de r salah sgt….
@Nur Syafiqah Mustafa, maksudnya?
berapa lamakah masa anak-anak berada dekat dengan ibu bapa masing-masing dalam keadaan masa kini?
melentor buloh biorlah dari rebongyer…
rock the world..!!heheehehhe
salah tu tak boleh nak tuding kat sesape dengan sepenuhnya.hidup kau.kau jagalah sendiri.kau dah besar.dah ade otak.dah tahu pikir.kalau kau pandai pakai baju.sikat rambut bergaya sana sini.jalan sana sini.semua tu pakai otak sendiri gak.ade kau patuh segala mala arahan parent?tidak pun kan.haha.
mmgla melentur buluh dari rebungnya.tapi kadang2 ade jek parent ntah hape2.tp anaknya alim yang bagoz amaat.ade je parent alim2 amaat2.anaknye ntah ke mana2.
wallahualam~
masing2 ade haluan dan care hidup berbeza=)
otak
hati
jiwa
sekeliling
pelbagai lagi faktor.
wassalam.
ak hanya berkata ape yg aku fikirkan.
tiada berpihak mana2^^
@pisey, mmm..btl 2.
kalau dah besar, itu sudah masuk bab lain. Tapi, semasa zaman anak tu sendiri masih berada di bawah tanggungjawab ibu bapa. Semasa ibu bapa masih lagi menanggung segala dosa anak-anak.
namun, kita tidak boleh menolak kemungkinan wujudnya situasi yang berbeza untuk setiap kes. tepuk dada, tanya ….~~
tepuk dada…tanya iman…
iman lah akn jwb segalanya…
giler ar kata2 dorg,mmg berguna.nway bro thanks 4 the mssage.baru perasan.dah boleh gne dah skrg
mereka ni bukan sembarangan..
hmm.. beyeh~~
bole x klu ak nak slhkan ibu bapa gak?? hee~
becoz adalah tgjwb mrk utk mendidik anak2.. only dat nowadays.. parents are too bz with other ‘responsibilities’..
huu~
kalau ibu bapa dak didik anak sehabis baik… but still bile da bsr anak 2 jd x baek gak… then mmg slh anak 2 sndri r..
Allahua’lam~