beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 401 entri

Salam sejahtera buat semua.

Jika semalam aku dikejutkan dengan debaran bahan lawak oleh ITMS UTP, hari ini pula ialah debaran semasa melihat keputusan peperiksaan semester Jan 09. Aku secara tidak sengaja terbuka laman web UTP dan ternampak pautan untuk semakan keputusan telah diaktifkan. Masa tu memang dah berdebar sangat-sangat.

Terus sahaja aku menyebarkan kepada kawan-kawan melalui Google Group (GG). Namun, permainan lawak ini hanya tinggal debaran apabila tiada sebarang keputusan peperiksaan yang diumumkan. Pelbagai spekulasi liar diajukan oleh mereka-meraka yang mengikuti perkembangan di GG.

Tidak berapa lama, ada satu nota kaki ditambah pada pautan tersebut.

11th July 2009, 12 noon

Nampaknya lawak ITMS ini sungguh menjadi. Masa tu senarai pelajar yang dibenarkan menduduki peperiksaan ulangan telahpun disiarkan. Oh, nama aku tiada di situ. Alhamdulillah.Suasana kembali reda dan kami semua bertenang serta menanti untuk waktu yang dijanjikan itu.

Kebetulan pula pagi ini aku tidak dapat online kerana adik aku telah awal-awal lagi merampas talian internet. Aku pula terpaksa keluar ke Kota Bharu tadi. Jadi, aku memang tak berniat untuk online dan sedikit terkilan kerana akan mengetahui keputusan sedikit lewat. Terkilan kerana pastinya kawan-kawan akan heboh beranalisa di GG (andaian pada waktu itu).

Sekitar 10 pagi, aku terima satu sms daripada Faris. Rupa-rupanya keputusan telah boleh disemak di student portal. Apa lagi, aku terus hijack komputer yang sedang digunakan adikku untuk melihat sendiri keputusan. Dengan penuh debaran, aku memuat turun slip keputusan yang ada di dalam profil aku. Akhirnya, dapat jua ku lihat GPA yang diberikan untukku.

Adik Gloson

Tadi, aku berkesempatan untuk membaca surat khabar Utusan Malaysia untuk edisi hari ini. Salah satu yang menarik perhatian aku ialah tentang seorang budak yang berusia 11 tahun. Kanak-kanak ini dikatakan berbakat sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri.

Kebolehannya menulis puisi dan blog serta menjadi pereka laman web pada usia semuda itu, menjadikannya seorang pelajar yang mempunyai bakat unik.

Gloson merupakan pengendali dan penulis blog berbahasa Inggeris paling muda di Malaysia serta telah menghasilkan buku puisi kanak-kanaknya sendiri berjudul Creative Funny Poetry For Kids.

Kemampuan Gloson itu menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada satu pertemuan peribadi di kediaman pemimpin itu di sini hari ini.

Utusan Malaysia Online

Aku tidak menafikan kebolehan Gloson dalam penulisan, namun dikatakan sebagai pereka laman web adalah sesuatu yang sangat tidak bertepatan. Kenapakah? Sebab laman blog dia biasa sahaja. Menggunakan tema wordpress yang kebanyakan pengguna wordpress pun pakai.

preview-Gloson

Tapi, itu hak Utusan la nak cerita apa pun. Aku tumpang simpati dengan adik Gloson kerana bandwidth untuk blognya telah habis. Ini kerana trafik yang melampau tinggi melalui promo akhbar ini. Bukan macam blog Khai yang dah bertapak di dedicated server tu.

Ini bermakna pembaca tidak dapat masuk ke laman blog adik Gloson sehinggalah dia membayar untuk bandwitdth tambahan. Sabar ya dik. Perkara macam tu biasalah kalau dah jadi blog yang popular. Tak macam blog abang ni.. :p

beliamuda: entri dua dalam satu… jangan ditanya GPA aku.. ada paham?


11

July
2009
Masa: 15:22

19 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. bese2 jela poem die… no offence :P
    rue´s last blog ..I Like Oprah~ My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    weel, for 11 years old.. i could said it’s not bad.. i just wanna say that his blog already reach bandwidth limit cause of high traffic.. that’s all..

    ~~berBI ek..
    beliamuda´s last blog ..Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson My ComLuv Profile

    [Reply]

    rue Reply:

    why not write a post in english then :P
    rue´s last blog ..I Like Oprah~ My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    medium utama blog ini adalah bahasa Malaysia dan akan cuba untuk mengekalkan penggunaan tersebut.. tapi, sekala-sekala tu, mungkin akan ada jugak dalam BI.. siapa tahu kan..

    ~~maklum balas dalam BM pulak.. (^_^)v
    beliamuda´s last blog ..Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson My ComLuv Profile

    [Reply]

  2. dah bleh msuk dah blog gloson tuh…
    die beli bandwith lebih utk bulan ni kot…
    ekekekekee…

    stkt jumpe najib aku x heran…weeekkk….

    ak rse klau blog ak msuk paper pon trafik naik mencanak canak canak!
    woohooo!!
    zelo55´s last blog ..Eminem – Beautiful (Downlad, Video, Lirik) My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    malam semalam aku try bukak dah leh masuk..

    pastu baru aku perasan bukan takat Utusan, dalam Berita Harian pun ada gak.. patut la trafik mencanak…

    bukan ko aje.. aku pon.. haha~~
    beliamuda´s last blog ..Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson My ComLuv Profile

    [Reply]

  3. GPA brape bro?
    kongsilaaaa…

    ekekekekekekk…
    zelo55´s last blog ..Eminem – Beautiful (Downlad, Video, Lirik) My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    nak kata rendah, masih lagi GOOD STANDING.. tapi aku dah kena basuh dengan Abah aku dah. Sekali subjek yang aku belajar tu dia pernah amik gak.. memang sedap la kena..
    beliamuda´s last blog ..Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson My ComLuv Profile

    [Reply]

  4. korang ni ngan budak budak pun nak jeles.. takpe la utusan tu nak tulis apa pun. Mungkin tulisan tu menjadi pemberi semangat dan pemangkin budak tu pada masa akan datang untuk lebih berjaya dalam bidang blogging n web design..

    Tapi mengenai persembahan dia tu, no wonder kalau kasi lagi 10 minit, najib ngan rosmah dua dua pengsan… hahaha..aku pernah nengok budak 9 tahun buat persembahan sorang2 atas pentas, super duper lagi power lagi budak ni.. hehehe..

    thanks for linkback bro…

    salam..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    mana de jeles.. kalau tak aku tak promo la blog budak tu kat sini.. hehe..

    salam..
    beliamuda´s last blog ..Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson My ComLuv Profile

    [Reply]

  5. bape gpa ko?hehehehehehe~

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    ko cakap ko nya lu.. hehe~~
    beliamuda´s last blog ..Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson My ComLuv Profile

    [Reply]

  6. bole thn la bdak gloson ni..pape pon klu masuk akhbar mmg akn femes tu pon kalau ad org masuk la.hehee
    azizan4444´s last blog ..Terima Kasih Perdana Menteri Malaysia My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    memang ada la.. sampai habis bandwidth dia.. tapi dah boleh masuk dah blog budak tu..
    beliamuda´s last blog ..Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson My ComLuv Profile

    [Reply]

  7. bandwidth abis..erk…tak moh jadi fofuler lah kalo mcm gitu..kehkeh….

    impian kecundang le tu
    kujie´s last blog ..Di Puncak Serendah My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    Kak Jie takpela.. bandwidth kan besau gitu.. hehe~~

    [Reply]

  8. bestnya dpt promo FOC kt akhbar negara gitu ^_^
    nazra´s last blog ..Apabila kepala dilubangkan sebanyak 0.3cm My ComLuv Profile

    [Reply]

  9. Sek Netok

    Najib nge rosmah xdop kijo nok buat… zzz

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    demo tu, dengar kata sampai seru doh.. jolo ko?

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan