Koleksi Kata-Kata Hikmah (1)

Salam sejahtera untuk semua.

universe (combo horizontal)

Di awal entri ini, aku sediakan satu intro. Saje nak menceritakan mengenai sesuatu. Dalam keterlekaan aku menulis intro, tiba-tiba sahaja ianya menjadi sebuah cerita yang panjang. Boleh jadi entri yang lain. Gamaknya, boleh jadi macam kisah cinta yang ditulis oleh Zelo dan Azah (tapi bukan kisah cinta la yang aku tulis tu).

Sebenarnya, dalam entri kali ini aku ingin menyediakan kata-kata hikmah yang ditujukan khas untuk remaja yang bakal bergelar mahasiswa. 28 Jun, iaitu pada hari Sabtu ini ialah proses pendaftaran untuk IPTA seluruh negara. Sebagai bekal bagi bakal mahasiswa ini, aku sediakan koleksi kata-kata hikmah terpilih yang aku ada.

  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  • Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  • Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
  • “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
  • Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
  • Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
  • Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
  • Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
  • Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

beliamuda: jom kita hayati bersama~~

Comments

34 responses to “Koleksi Kata-Kata Hikmah (1)”

  1. nur akmal Avatar

    thnks… bt pedoman dan penaik semangat!!~

  2. Azah Avatar

    terharu la dgn kata2 ni..
    kalo la ade orang yg menuturkan setiap bait ayat ni ke telinga aku..
    mesti mengalir air mata..
    sedikit sebanyak… amat diperlukan dalam hidup aku..

  3. beliamuda Avatar

    pasti ada seseorang tu di luar sana..

  4. ubey Avatar

    huhu.. ak amk ayat2 ni. smpan. hehe. wt motivasi diri sdiri. tenkiu bos. sgt2 membantu

  5. irsyad Avatar

    aku tertanya-tanya…sape yg reka sume ni erk?

  6. beliamuda Avatar

    @ubey
    beyeh

    @irsyad
    entahla.. yang ni aku amik yang dah ada dalam koleksi aku.. yang ada petikan daripada tokoh, aku tak masukkan…

  7. rue Avatar

    sy copy-paste satu kata2 hikmah eh….jgn riso sy tlg promote skali blog kamu dlm fb sy…

    kamu xde fb kew?

  8. beliamuda Avatar

    tak kisah la nak ambil yang mana-mana pun..

    erk.. FB takde la.. entah, takde mood la nak wat FB.. dah bpe banyak emel invite tuk buat FB…

  9. […] aku mula memasukkan kata-kata hikmah ke dalam blog ni, entri Koleksi Kata-Kata Hikmah (1) telah menjadi entri yang paling teratas dilawati setiap hari. Kebanyakan pelawat datang daripada […]

  10. ezzati_93 Avatar

    ermm..besh2=P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge