Koleksi Kata-Kata Hikmah (1)

Salam sejahtera untuk semua.

universe (combo horizontal)

Di awal entri ini, aku sediakan satu intro. Saje nak menceritakan mengenai sesuatu. Dalam keterlekaan aku menulis intro, tiba-tiba sahaja ianya menjadi sebuah cerita yang panjang. Boleh jadi entri yang lain. Gamaknya, boleh jadi macam kisah cinta yang ditulis oleh Zelo dan Azah (tapi bukan kisah cinta la yang aku tulis tu).

Sebenarnya, dalam entri kali ini aku ingin menyediakan kata-kata hikmah yang ditujukan khas untuk remaja yang bakal bergelar mahasiswa. 28 Jun, iaitu pada hari Sabtu ini ialah proses pendaftaran untuk IPTA seluruh negara. Sebagai bekal bagi bakal mahasiswa ini, aku sediakan koleksi kata-kata hikmah terpilih yang aku ada.

  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  • Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  • Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
  • “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
  • Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
  • Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
  • Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
  • Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
  • Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

beliamuda: jom kita hayati bersama~~

34 thoughts on “Koleksi Kata-Kata Hikmah (1)

  1. salam,
    aku suka perkara yang baik dan positif macam ni.
    doaku kepada pelopor dan semua pengunjung
    semoga kita semua mendapat mamfaat dunia dan akhirat
    amin….
    aku sayang kamu semua..muuuaaahh

  2. kongsi kata hikmah:

    Andai pertemuan punca perpisahan biarlah kematian menemukan semula. Andai kematian punca perpisahan biarlah hidup penuh bermakna dan memberi erti yang nyata…ok tak

  3. Pingback: Pertemuan dan Perpisahan | beliamuda {dot} com

  4. best dapat kata2 gini mmg penaik semangat,pedoman diri.Sangat2 membantu…Susah sikit nak cari kata2 gini…(sikit jer susah),congrate!!!

  5. asalamualaikom….
    hai tgh wat pew..???
    i like you all….
    you all very good and impresive….
    he…he…he….he….
    you very simply…

  6. Pingback: Menyelusuri Semula Koleksi Kata-Kata Hikmah | beliamuda {dot} com

  7. salam…
    thnx 4 information about pe yg sye x tau…
    byk gak yg sye tau melalui kata2 hikmat nie!!!
    thanx a lot!!!
    wassalam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge