Sejak kebelakangan ini, masalah selalu sahaja datang menjenguk blog aku. Tak boleh nak masuk la. Kalau dah boleh masuk pun, orang tak boleh nak tinggalkan komen. Kalau dah komen, nanti komen tu pulak yang lari entah ke mana. Nasib baik la entri tak lari sekali. Disebabkan komen tu dah lari, terpaksa la aku tangkap balik mana yang sempat.
Oleh kerana aku takde mood sangat nak tambah entri baru, aku letakkan tag oleh Amin Baek.
1. Adakah anda terasa panas (baca: hot)?
Nak kata panas tu, takde la. Tapi semalam aku rasa macam nak makan orang je. Ingatkan nak setelkan tag ni semalam lagi, tapi beberapa kejadian menyebabkan aku jadi sedikit tidak stabil.
2. Muat naik gambar kegemaran anda.
3. Kenapa anda suka gambar ini?
Gambar ni dijumpai di dalam akaun FS seseorang. Kalau kakak dia terbaca blog aku ni, jangan marah ek. Pandai kan budak ni posing? Gambar ni antara dua gambar yang aku jadikan sebagai sumber motivasi aku. Gambar satu lagi adalah dalam bentuk hardcopy. So, aku tak dapat nak letak gambar yang satu lagi tu.
4. Bila kali terakhir makan pizza?
Ramai pulak yang boikot pizza ni. Aku baru je makan Isnin lepas kat dalam kereta MyVi kesayangan Kacang Akmal masa nak ke Jaya Jusco Ipoh. Pizza tu dibeli oleh Supel Shamsul (bukan Pizza Hut ek, yang ni pizza buatan orang melayu).
5. Lagu terakhir anda dengar?
Semasa menulis entri ni, track di Winamp menunjukkan lagu Bidadari – Meditasi.
6. Apa yang sedang anda buat semasa menyelesaikan tag ini?
Aku sedang berehat sambil mendengar lagu… dan juga membaca status Gtalk kawan-kawan…
7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
Nifi (ada yang panggil Nipi, lagi senang sebut kot) sebab panggilan tu macam sopan sikit bunyinya. Setakat ni, hanya kawan perempuan je yang panggil dengan nama ni…
8. Tag lagi 6
Oh, aku tidak mahu teruskan yang ni. Jadi, setakat ini sahajalah untuk tag kali ni.
beliamuda: nanti ada mood, aku akan masukkan entri “perjalanan ke dunia yang hilang”…
Jika keluar “page not found” selepas anda menghantar komen, sila cuba sekali lagi…
pasukan harimau kumbang sedia mengomen..
terima kasih di atas kerjasama anda… komen anda sangat bermakna…
hmm…?
anda tertanya-tanya mengenai apa?
sebarang masalah sila perbaiki slps exam ye ^_^
huhu.. kena lepaskan gian nak pos entri… masalah tu, nantilah akan betul2 ditengok balik… TQ 4 your word~~
huhu.. biasa lah tu masalah berblog.. sabo je la..
erk.. kebetulan gaya dak comel tu sama dengan gaya aku time baca entry nie tadi.. hehe.. =)
Aku ni baru je berkecimpung. Asam garam tu, baru je nak rasa… haha
nmpak cm tensen semacam jer…
huhuhu..
tenang2 kan diri anda dan bahagiakan jiwan anda..
pasti, Allah bersama disepanjang perjuangan anda…
biasa lah tu.. sekali-sekala tensen.. huhu..
masalah yang paling mentensenkan dah setel.. ni cuma masalah kecil je.. dugaan dalam hidup la katakan…