Siaran RTM Semasa Cuti Persekolahan

Salam sejahtera buat semua.

Siaran RTM

Sejak menjejak kaki ke rumah pada pagi Hari Raya Aidiladha tempoh hari, tak berkesempatan sangat nak tulis pasal diri sendiri dalam blog ni. Kebetulan pula dengan kesibukan pada hari raya, maklumlah hari raya haji kan empat hari?

Tidak banyak yang dilakukan berbanding rakan-rakan lain yang tidak dapat pulang selepas paper terakhir tempoh hari sebab terpaksa ke program OBS anjuran PETRONAS, ada juga yang telah terbang ke Brunei untuk program Rakan Muda, dan ada juga yang bertugas di Kuala Kangsar untuk Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM 2009.

Continue reading

Sehari sebelum SPM di MRSM PC

Salam sejahtera buat semua.

MRSM PC

Dalam gambar – Nik Akmal (Biro Badar BWP 2005/2006) dan Faris (Presiden BWP 2005/2006)

Pagi itu, debaran untuk mengambil SPM semakin terasa. Tinggal beberapa hari lagi sebelum SPM bermula. Pelajar Tingkatan 4 mula meninggalkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa menandakan bermulanya cuti persekolahan akhir tahun.

Situasi hari itu seperti biasa. Pelajar Tingkatan 5 semuanya sibuk dengan persediaan SPM. Ada yang belajar secara berkumpulan di Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) yang kecil tu. Ada juga yang berada di kelas. Tidak kurang juga yang hanya lepak di bilik sahaja.

Continue reading

Aku rindu pada satu nama yang berjasa

Gambar ni je ada.. tu pun hotlinking dari Friendster...

Entri khas ini ditujukan kepada para pendidik yang telah bertungkus lumus mencurahkan ilmu kepada setiap insan yang pernah belajar di sekolah, bersempena dengan sambutan Hari Guru tahun ini yang betemakan “Guru Pembina Negara Bangsa”. Continue reading