Tag: Maxis10

  • (Pengenalan) Kejutan #Maxis10: HTC Desire S

    Salam sejahtera buat semua.

    Maxis10 HTC Desire S

    Terkejut dan teruja apabila disahkan saya adalah salah seorang daripada Maxis10 reviewers yang terpilih untuk HTC Desire S. Saya sendiri tidak ingat bilakah kali terakhir saya memohon untuk #Maxis10 atau dah berapa kali saya memohon.

    Awalnya memang memohon dengan serius (masa tu untuk Nokia N8), tetapi lama-kelamaan memohon kembali sekadar untuk suka-suka sahaja tanpa harapan yang tinggi. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

  • Saya Terpilih Untuk Maxis10 Reviewers Programme: HTC Desire S

    Salam sejahtera buat semua.

    Alhamdulillah. Teruja apabila menerima pengesahan rasmi daripada pihak Maxis yang saya terpilih untuk Maxis10 Reviewers Programme bagi kali yang ke-11 bagi HTC Desire S.

    Inilah khabar gembira yang saya kongsikan dalam entri pelangi petang yang cantik tempoh hari. Masa tu masih belum menerima pengesahan lagi. Tapi semalam semuanya sudah disahkan oleh pihak Maxis.

    (more…)